Saturday, March 28, 2009

salam pantai timur dan usia ku..


alhamdulillh ari ni genap usia aku 24 tahun,hurmm makin meningkat usia aku,,persoalannya..adakah meningkat amalan aku?ape sumbangan aku terhadap agama samawi ini? apakah khidmat aku terhadap ibu bapa aku?isk..teruk n lagho aku ni,,kene byk pertingkatkan segala-galanya...hurmm..

syukur kehadrat Ilahi,sesungguhnya telah diberikan nikmat kurniaan usia,,masih berkesempatan untuk aku menilai dan terus mengejar akhirat,,,kadang-kadang terbabas dari landasan sebenar,,huuuuuuu takutnya aku.....

usai solat dhuha pg td,,aku sujud syukur kali keduanya....terasa hiba hati ni..pastu aku capai handset aku,terus kol mak...mak ucapkan selamat hari lahir,,semoga panjang umur dan dimurahkan rezki...aku balas ucapan mak,,terima kasih dan mak...terima kasih lahirkan abg mak,,sebak suara ku,,,,tak dapata aku teruskan kata,,aku skang kira berada jauh dr mak aku,,kat terengganu...jauh tu...anak mak..ahaks...

dan hampir hari merangkan ke matahari terpacak aku dikejutkan dengan kejutan yang aku betul-betul tak sangka,,,ada seorang muslimat datang jumpa aku..dan dia bertanya aku,.leh jumpa farid tak?aku cakap la sy farid,aku ingatkan customer aku nak beli buku..rupanya muslimat tu orang tengah sbg menghantar kek kat aku...huk aloh...terkejut wei...

blur aku jap aku tanya sape yang bg?dia cakap _ _ _ _ _ yang bagi...huk huk huk....seminggu ni dia memang wat aku tensen,,tp ini yg dia balas,,huhuhu,,,,terasa dihargai la plak....ahaks...bersorak kawan-kawan kat booth,,kak siti booth sebelah siap nyanyi lagi..isk...malu aku ar......

itu semua rentetan ari ni je,,,,,tp yang lebih penting semakin bertingkat umur,,moga semakin gagah dalam perjuangan,,,,berusaha terus bermujahadah...dan jangan leka dgn permainan dunia....

ape nak tulis lagi ek? cume aku tak sabar nak balik dari terengganu...ari ni last pesta buku terengganu.... kawan-kawan dr publisher lain bertemu dan berpisah,,,jumpa di pesta yang lain pulak....hurm...customer2 lama dtg semula,,,alhamdulillah hubungan aku dengan custumer lama membuatkan aku tersenyum sendiri...sedangkan aku lupakan dorg,,tp diorg masih ingatkan aku...datang ke sini bg semangat n motivasi...kawan-kawan dr sekolah2 berdekatan yang datang menjenguk booth emedia,..isk memory la plak....akan datang belum tentu aku akan ke sini lagi...k ....sekadar ini monolog ku...

p/s;special thanks buat yg msg wish mlm td...kak shairah,husna,ziyah,kidot,n pemantun dr sabah,,,kak yati...ahaks.....doakan ana..sekian.....

ari ni dan usia ku..

cite byk tak gune,,aku bz,,senang cakap ari ni besday aku,ahaks,yg ke24,,ade ms aku edit ni bermenolog sikit k..

Friday, March 27, 2009

Politik atau Siyasah

sebenarnya,aku memang tak paham ape itu politik,,n aku jarang amik port pasal politik ni..baca sokabar politik rajin la.g ceramah2x politik rajin la.umah dah siap,pahat masih berbunyi,,xpe,,untuk pemahaman aku sendiri,,aku rajinkan diri aku cari penyelesaian konflik dalam diri aku.aku join parti islam kat malaysia ni,,sbb aku tau keperibadian tunjang pemimpinnya,malah bekas to guru aku pun,,salah sorg mursyidul nya..dr situ tertrik,,bukan taklid k..aku dok slongkar sensawang,,n jumpa artikel ni....bg aku..ISMA mmg best,dr awl join..sampai la ni(wpun lm x aktif..huhuhuhu).zassss!!!!!

Berasaskan tuntutan kewajiban melaksanakan tujuan Syarak dan Fiqh Siyasah Syariyyah, lahirlah pelbagai gerakan Islam yang berusaha untuk mengembalikan pelaksanaan Syariah Islam dalam sistem pemerintahan. Namun disebabkan wujud perbezaan di dalam memahami realiti semasa dan manhaj Nabi s.a.w. dalam melakukan perubahan maka lahirlah kepelbagaian ini. 


Tidak dinafikan wujudnya kesepakatan antara gerakan Islam dalam perkara prinsip Islam tetapi terdapat perbezaan pada pendekatan ke arah merealisasikan prinsip-prinsip tersebut. Antara sebab perbezaan pendekatan tersebut berpunca daripada mafhum siyasah dan politik.

Kita selalu mendengar orang berkata bahawa politik sebahagian daripada Islam. Maknanya sesiapa yang tidak melibatkan diri dalam politik telah mengurangkan kesyumulan Islam dalam amalan hidupnya. Lantaran itu ramai umat Islam melibatkan diri dalam politik dan menjadikannya sebagai satu jihad dan ibadah demi mencapai keredaan Allah. Lebih daripada itu ada juga yang menganggap bahawa sesiapa yang tidak berpolitik dianggap sebagai menyeleweng daripada landasan amal-amal Islami masa kini. Kadang-kadang ia menjadi satu aqidah dan pegangan yang kuat sesetengah umat Islam dan menganggap bahawa melibatkan diri dalam kancah politik semasa adalah satu tuntutan iman.

Malangnya perkataan politik dan mafhumnya hanya disempitkan kepada politik kepartian dan perjuangan menegakkan Islam melalui cara pilihanraya sahaja. Sekiranya mafhum politik hanya terbatas kepada ideologi dan mekanisma politik Barat maka ia bukanlah politik yang bertepatan dengan Ruh Syariat Islam.

Sebaliknya mafhum siyasah dalam Islam adalah amat luas; ia bermula dengan siyasah dakwah mengajak manusia kepada Islam, siyasah dalam mendidik dan mengubah syakhsiah mereka, siyasah dalam membina asas-asas tanzim dan organisasi kerajaan Islam, perlaksanaan Syariat Islam dalam seluruh aspek kehidupan, perlaksanaan hukum-hukum Islam dan siyasah hubungan Islam dengan bukan Islam sama ada bukan Islam itu syakhsiah hakiki atau syaksiah iktibari ( institusi).

Berlandaskan keluasan Siyasah Syariyyah ini kadang-kala penglibatan gerakan Islam dalam pilihanraya di suatu tempat bukan merupakan suatu keutamaan dan kadangkala menjadi keutamaan di tempat yang lain pula.

Ikhwan Muslimin membahagikan siyasah mereka kepada tiga bidang; siyasah dalaman, siyasah tarbiyyah dan siyasah luaran. Siyasah dalaman berkaitan dengan syarat-syarat keahlian dan kepimpinan serta proses perlantikannya. Siyasah tarbiyyah menjadi asas kepada kenggotaan dan kepimpinan di mana keperibadian anggota dinilai di sudut penguasaan saqafah Islamiyyah dan tercernanya sykhsiah Islamiyyah tertentu yang menjadi objektif tarbiyyahnya. Siyasah luaran merupakan dasar dalam menentukan sikap gerakan dan hubungannya dengan gerakan Islam yang lain, hubungannya dengan gerakan bukan Islam dan kuasa pemerintah yag sedia ada ditempat mereka.

Menyertai pilihanraya atau tidak adalah berkaitan dengan siasah luaran yang dinilai berdasarkan asas-asas maslahah . Kadang-kala mereka menyertai pilihanraya kerana keperluan maslahah seperti semasa untuk menyampaikan dakwah, menyatakan yang hak dan mencegah kemunkaran dengan tidak mengabaikan kerja-kerja asas dalam mengubah tamaddun manusia daripada jahiliyyah kepada Islam melalui manhaj perubahan al-Quran

Matlamat Siyasah Syariyyah.

Matlamat Islam disebut dalam istilah Syarak sebagai `Maqasid Syarak’ bukan sekadar melaksanakan undang-undang Syarak; hukum hudud dan qisas. Malah paling asas ialah mengislamkan manusia dan menjadikan mereka hamba Allah yang soleh. Menmbentuk institusi keluarga agar menjadi sebuah institusi yang melahirkan insan yang soleh dan beramal untuk kemaslahatan manusia. Melahirkan sebuah masyarakat yang berkasih sayang dan saling merasa bertanggungjawab dihadapan Allah terhadap kemungkaran dan berusaha mencegahnya. Melahirkan sebuah kerajaan yang tayyibah dan mendapat keberkatan dan keampunan Allah. Melahirkan khalifah Islam yang merealisasikan matlamat terakhir perjuangan Nabi s.a.w. untuk membawa Rahmat ke seluruh dunia.

Manhaj al-Quran dalam merealisasikan matlamat Syarak.

Allah S.W.T yang membimbing Nabi s.a.w. melaksanakan tugasnya sebagai rasul yang mengubah tamaddun kemanusiaan telah menggriskan satu manhaj pergerakan yang wajib dicontohi oleh semua gerakan Islam.

Manhaj al-Quran adalah bertitik tolak di atas perubahan manusia. Bermula dengan mengubah pemikiran dan ideologi jahiliyyah dan digantikan dengan aqidah Islam. Seterusnya al-Quran mengubah identiti, suluk atau tabiat hidup manusia sehingga mereka menjadi al-Quran yang bergerak. Perubahan yang mengambilkira perubahan pemikiran, neraca nilai, akhlak dan tabiat, budaya dan adat dan sistem hidup.

Kelemahan Manhaj Politik Kepartian.

Jika gerakan Islam hanya memfokuskan agenda perubahan kepada pilihanraya ia tidak dapat lari daripada beberapa kelemahan yang antaranya:

1. Boleh menyebabkan berlaku perpecahan ummah kepada kelompok; pemerintah dan pembangkang.

Keadaan ini bertentangan dengan tujuan Syariat Islam yang menggesa umatnya agar hidup berkasih sayang, bertolak ansur, bermaaf-maafan, berbaik sangka dan sebagainya.

Maksud hadis Nabi s.a.w. ” kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, tidak sempurna iman kamu sehinggalah kamu berkasih sayang…”

Sekiranya sistem pemerintahan yang terlaksana bukan sistem Islam, undang-undangnya bukan undang-undang Islam dan seluruh sistem hidup bercanggah dengan Islam maka penglibatan dalam pilihnraya berasaskan sistem tersebut juga tidak akan membawa kepada tertegaknya Syariat Islam. Ketika itu jika gerakan Islam terlibat dalam sistem politik kepartian dan menyertai pilihanraya hanyalah berasaskan kaedah `melakukan kemudaratan yang lebih rendah untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar’. Penglibatan tersebut tidak sayugia melupakan kerja-kerja asasi gerakan Islam iaitu merubah diri ummah agar kembali kepada Islam melalui siyasah tarbawiyyah.

2. Tidak memfokuskan kerja kepada melakukan perubahan manusia melalui manhaj tarbiyyah al-Quran.

Kepimpinan dalam kerajaan Islam mestilah lahir melalui proses tarbiyyah Islamiyyah yang sebenar. Untuk memastikan generasi masa kini menjadi pemimpin masa depan yang memiliki ciri-ciri seorang khalifah maka mereka perlulah dididik melalui acuan Islam. Sebelum itu perlu wujud generasi murabbi yang menghayati ciri-ciri sorang murabbi qudwah yang mendidik secara teori dan amali. Pendekatan ini dianggap oleh pengamal-pengamal manhaj politik sebagai wasilah yang lembab dan lambat. Oleh itu manhaj ini sukar dapat dilaksanakan dalam parti politik yang kepimpinannya terdiri daripada pelbagai ragam latar belakang pemikiran.

Kalaupun ada aktiviti tarbiyyah ia hanyalah sekadar majlis-majlis Ilmu yang bersifat sukarela dan tidak menjadi syarat keanggotaannya malah kepimpinannya juga tidak disyaratkan melalui proses tarbiyyah tertentu. Seseorang itu boleh jadi suatu ketika menjadi pemimpin parti lain dan dengan melompat ke parti lain pula beliau berkemungkinan besar terpilih menjadi pemimpin yang boleh menentukan dasar dan halatujunya.

3. Terikut-ikut dengan sistem politik barat yang menghalalkan cara.

Biasanya parti politik menjadikan pilihanraya sebagai gelanggang pertarungan. Pertarungan pilihanraya biasanya berasaskan isu. Isu-isu pula sentiasa berubah-ubah. Ada isu yang sebenar dan ada isu sampingan yang dibesar-besarkan dan ada isu yang sengaja diada-adakan. Ada isu peribadi dan ada isu dasar yang diketengahkan. Kadang-kadang isu kebendaan dilebih-lebihkan dan kadang-kadang isu teknikal seperti isu Bahasa Melayu dalam pendidikan Sains dan Matematik yang ada pro dan kontra.

Dalam Siyasah Syariyyah isunya sentiasa konsisten iaitu mengembalikan manusia kepada pengabdian diri kepada Allah, melahirkan dan memantapkan ukhuwwah sesama orang-orang yang beriman, membina asas-asas sistem Islam melalui ikatan hati umat Islam dalam saf yang tersusun rapi dan membina semua kekuatan sehingga gerakan Islam memilki syarat-syarat kemenangan; majoriti masarakat memberikan wala’ dan intima’ kepada pimpinan Islam dan wujudnya peluang yang sesuai untuk melaksanakan Syariah Islam mungkin melalui pilihanraya dan mungkin melalui cara lain yang bersesuaian.


Oleh: Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL
Sumber: Renungan2u
(klu ade yg tak setuju kat artikel ni,leh la tegur2 kat komen kat ruangan komen....aku bukanlah sorg yg pandai berhujah,,terima je la teguran)

Thursday, March 26, 2009

Syarat-syarat Ukhuwah Islamiyah


Ukhuwah Islamiyah memiliki persyaratan dan landasan yang harus dipenuhi agar dapat diterima oleh Allah SWT. Berikut ini adalah syarat terpenting dan landasan paling pokok dalam menerapkan ukhuwah Islamiyah.

1. Ikhlas karena Allah Semata

Ukhuwah islamiyah akan terlaksana jika orang-orang yang terlibat di dalamnya mampu membebaskan dirinya dari kepentingan dan keuntungan pribadi. Mereka berukhuwah atas dasar semata-mata karena Allah. Jika ukhuwah ini berlandaskan semata-mata karena Allah swt., maka akan memberikan dampak positif yang keberadaannya dapat dirasakan masyarakat.

2. Harus Disertai Iman dan Takwa

Ukhuwah islamiyah tidak mungkin akan terwujud kecuali seorang muslim memilih sahabat-sahabatnya yang mukmin dan mengambil teman-temannya yang paling beriman dan bertakwa. Allah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara..." (AJ-Hujurat: 10)

"Teman-teman dekat pada hari itu sebagiannya musuh bagi sebagian yang lain, kecuali yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67)

Rasulullah juga bersabda:

"Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, 'Janganlah kamu berteman melainkan orang mukmin dan janganlah makan makananmu melainkan orang yang bertakwa'." (HR. Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Hakim, hadits shahih)

Jika ukhuwah islamiyah ini terdiri atas orang-orang beriman dan bertakwa, maka ikatannya akan kukuh dan kuat, tidak mungkin tergoyahkan oleh apapun dan siapapun, walau badai fitnah dan angkara murka mengguncangnya.

3. Harus Iltizam (Komitmen) dengan Manhaj Islam

Keiltizaman ukhuwah dengan manhaj Islam akan dapat terwujud jika dua orang atau pihak yang saling bersaudara berjanji setia untuk berhukum dengan hukum Allah swt. dan mengembalikan segala persoalan kepada petunjuk Nabi Muhammad SAW.

Hal ini telah diisyaratkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadits yang menjelaskan tentang dua orang yang saling mencintai dan berpisah karena Allah. Keduanya berjanji berkumpul untuk berpegang teguh kepada syariat Allah dan berpisah dalam keadaan tetap mengamalkan syariat Allah.

Oleh karena itu, bila dua orang Sahabat Rasulullah SAW berjumpa, mereka tidak akan berpisah kecuali satu diantara mereka telah membaca surat Al-‘Ashr, kemudian saling mengucapkan salam. Hal ini menunjukkan bahwa keduanya berjanji setia melaksanakan manhaj Islam dalam hidupnya. Mereka berjanji setia atas dasar iman dan amal shalih untuk saling berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran serta berjanji setia akan selalu menegakkan Islam serta beriltizam penuh dengan Al-Qur'an dan seluruh prinsip Al-Qur'an, baik keyakinan hatinya, ucapan lisan, dan amal fisiknya.

4. Tegak Berasas Nasihat karena Allah

Seorang muslim harus menjadi cermin saudara muslim lainnya. Jika salah seorang muslim melihat saudaranya berbuat baik, ia memberi semangat agar terus meningkatkan amal kebaikannya. Akan tetapi, jika ia melihat saudaranya mengerjakan sesuatu yang kurang sempurna, ia akan menasihatinya dengan cara yang baik, -secara diam-diam- dan menganjurkan agar ia bertaubat kepada Allah agar kembali ke petunjuk Dinul Haq. Dengan demikain, terjadilah tolong-menolong yang penuh keutamaan, dan jauh dari kenistaan.

Jelaslah bahwa salah satu konsekuensi iman adalah menjauhkan dan memutuskan hubungan dengan orang-orang yang terus-menerus dalam kekufuran serta memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Di pihak lain, Islam menempatkan ikatan ukhuwah islamiyah di atas semua ikatan, dan menempatkan persaudaraan aqidah Rabbaniyah berada di atas segala persaudaraan. Oleh karena itu, prinsip Islam yang tetap dan tidak berubah-ubah adalah, "Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara."

5. Setia dalam kesenangan dan kesusahan

Rasa kesetiaan dan tolong-menolong saat susah dan senang tidak akan terwujud jika dikalangan mereka tidak tumbuh rasa sependeritaan dan sepenanggungan. Oleh karena itu, jika Islam mewajibkan berbuat tolong-menolong sesama muslim, sudah tentu tolong-menolong tersebut berada dijalan Allah. Karena pada hakikatnya, dua orang yang bersaudara di jalan Allah telah mengikat janji setia untuk selalu berpegang dengan manhaj Islam, baik perkataan maupun perbuatannya. Mereka berjanji untuk melaksanakan Islam secara utuh dan konsekuen, tidak boleh melakukan penyimpangan sedikitpun dari garis-garis Islam. Allah berfirman:

"...Hendaklah kamu tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa" (Al-Maidah: 2)

Rasulullah juga bersabda:

“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri'." (HR. Bukhari Muslim dari Anas)

Orang-orang yang bersaudara karena Allah, mengutamakan pelaksanaan prinsip syariat dan iltizam yang penuh dengan sistem Islam. Ringkasnya, dalam upaya membangun tegaknya ukhuwah islamiyah persyaratan-persyaratan di atas harus dipenuhi. Apabila persyaratan di atas terpenuhi, maka ukhuwah akan tangguh dan tegar. Ukhuwah tidak akan terpengaruh oleh badai dan topan yang menerpanya. Ukhuwah akan menjadi kokoh seperti gunung, bersinar terang seperti matahari, dan selalu ceria seperti pagi yang cerah.

(Dipetik dari buku Abdullah Nasih Ulwan, "Persaudaraan Islam".)

Renungan Bersama Terhadap Ujian Kenikmatan

Hadis Pertama: Ujian Kenikmatan

“Daripada Ibnu Abbas r.anhuma telah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya (rugi) ialah nikmat ketika sihat dan ketika waktu lapang".”

Pendahuluan

Sesungguhnya penciptaan manusia di atas muka bumi ini adalah sebagai satu ujian dan ini dijelaskan melalui firman Allah SWT: yang bermaksudn: “(Dialah) yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakan di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dialah Yang Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” (al-Mulk:2)

Manusia keseluruhannya berada di dalam situasi ujian yang amat hebat dan setiap perlakuan atau perbuatan yang dilakukan sentiasa ada yang mencatatnya. Perlakuan tersebut dilakukan secara tersembunyi atau secara terang terangan, perlakuan yang melibatkan dosa kecil ataupun dosa besar, semuanya akan dicatat oleh malaikat yang ditugaskan. Allah SWT telah berfirman yang maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Qaf:18)

Anggota tubuh badan manusia itu sendiri melihat apa yang dilakukan oleh tuannya, semua makhluk melihat apa yang dilakukan oleh manusia malah manusia saling memerhatikan di antara satu sama lain apatah lagi Allah SWT yang merupakan Pencipta manusia dan alam seluruhnya sudah tentu Dia melihat segala apa yang dilakukan oleh makhluknya. Sebenarnya kita tidak boleh lari daripada dilihat oleh makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini. Jika kita merasakan mencuri tidak dilihat oleh makhluk lain, sudah tentunya kita silap sebab tangan yang mencuri itu melihat apa yang kita lakukan dan tangan itulah yang akan berkata-kata di hadapan Allah SWT di atas perlakuan yang kita lakukan. Jika dahulu manusia menganggap apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW melalui firman Allah SW bahawa segala perlakuan dan amalan manusia akan dipertontonkan di akhirat nanti, ramai di kalangan orang musyrikin mentertawakannya. Nah sekarang, apabila alat perakam sudah wujud, kita mampu menonton kembali aksi-aksi, perlakuan, lakonan dan amalan yang kita lakukan walaupun sudah berpuluh dan mungkin beratus tahun ianya dirakamkan. Ini adalah alat yang dicipta oleh manusia, bagaimana dengan Allah SWT yang mencipta manusia itu sendiri!.

Tempoh manusia di atas muka bumi ini pula hanyalah sebentar sahaja bagi melaksanakan segala tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah SWT jika hendak dibandingkan dengan kematian yang akan menjemput bila-bila masa sahaja. Sebagai contohnya, seorang pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan; mengetahui bila waktu peperiksaan akan tamat tetapi manusia tidak akan mengetahui sama sekali baki umurnya di atas muka bumi ini. Jika sekiranya seorang pelajar diberitahu peperiksaan yang akan dihadapi tidak mempunyai tempoh masa yang ditetapkan, sudah tentu pelajar tersebut akan menjawab soalan peperiksaan yang diberikan dengan menggunakan ilmu dan usaha yang ada secepat mungkin. Pelajar tersebut tidak akan membuang masa kerana mengetahui masa yang diberikan akan berakhir bila-bila masa sahaja. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada pada setiap muslim dengan bekerja setiap detik untuk berjaya di dalam menghadapi ujian di dunia ini.

Untuk menghadapi ujian, seorang pelajar dibenarkan untuk membawa pen, pemadam dan akan diberikan kertas jawapan yang khas untuk menjawab soalan yang diberikan. Manakala bagi seorang manusia yang menghadapi ujian di dunia ini akan diberikan tubuh badan, masa, harta dan ilmunya serta segala keupayaan dan kekuatan yang ada padanya. Soalan-soalan yang akan diberikan kepada manusia di dalam ujian tersebut pula merangkumi perkara berikut:

a. Suruhan dan kefardhuan yang wajib untuk ditunaikan.
b. Larangan dan perkara-perkara haram yang wajib ditinggalkan.
c. Nikmat-nikmat yang wajib disyukuri.
d. Musibah atau bala bencana yang wajib dihadapi dengan kesabaran.

Huraian Hadis

Hadis yang pertama ini telah mengingatkan kepada kita tentang nikmat yang mesti disyukuri sehinggalah manusia tidak akan menyesal dengan nikmat yang diberikan apabila bertemu dengan Allah SWT kelak. Terdapat banyak ayat-ayat suci al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita.

1. Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah terlalu banyak sehingga kita tidak mampu untuk menghitungnya. Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, maka kamu tidak akan dapat menghitungnya.” (an-Nahl:18)

Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah terlalu banyak dan di antara nikmat yang boleh dilihat dan dikecapi oleh manusia ialah nikmat iman, akal fikiran, pendengaran, penglihatan, kesihatan, nikmat diberikan anak dan harta benda malah nikmat tubuh badan yang ada pada diri kita ini merupakan nikmat yang tidak terkira banyaknya. Terdapat satu cerita di mana seorang lelaki yang fakir telah mengadu tentang nasibnya kepada seorang ulama dengan menyatakan Allah SWT tidak memberi kepadanya apa-apapun!. Dijawab oleh ulama tersebut: “Adakah kamu sudi menjual mata kamu kepada aku dengan harga seratus ribu dirham?. Maka lelaki fakir itu menjawab: "Tidak!" Ulama’ tadi bertanya lagi: “Adakah kamu sudi menjual tangan, kaki dan akal kamu dengan setiap satu harganya seratus ribu dirham? Lelaki fakir itu menjawab: “Tidak sama sekali”. Maka ulama itupun berkata: “Bagaimana kamu mendakwa sebagai seorang fakir sedangkan kamu mempunyai beratus-ratus ribu dirham!!!”. Lelaki fakir itupun menyedari bahawa nikmat tubuh badan yang dimilikinya dan nikmat-nikmat yang lain adalah lebih berharga daripada nikmat harta benda.

2. Segala nikmat yang diberikan merupakan satu bala atau ujian. Ramai manusia menyangka bahawa nikmat yang diperolehi merupakan satu penghormatan atau balasan baik yang diberikan kepadanya sedangkan pada hakikatnya ia merupakan satu ujian. Firman Allah yang maksudnya: “Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan diberi kemewahan di dalam kehidupannya (mereka tidak mahu bersyukur dan terus bersikap takabbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhan telah memuliakan aku”. Dan sebaliknya apabila mereka diuji oleh Tuhannya dengan disempitkan rezekinya (mereka tidak sabar bahkan resah gelisah) serta merepek dengan berkata: “Tuhanku telah menghina aku". (al-Fajr:15-17)

Jika sekiranya nikmat itu merupakan satu penghormatan kepada para Rasul, sudah tentu para Rasul merupakan mereka yang mempunyai harta kekayaan dan lebih kaya daripada orang lain manakala orang-orang kafir pula tidak mempunyai apa-apapun harta di dunia ini. Sebaliknya para rasul diutuskan oleh Allah SWT dengan kebanyakannya terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai harta termasuklah junjungan besar Nabi Muhammad SAW sedangkan orang-orang kafir mempunyai kemewahan dan kekayaan yang melimpah-ruah. Perumpamaannya ialah seperti seorang guru memberikan kepada anak-anak muridnya tiga jenis buku iaitu buku bersaiz besar, sederhana dan yang bersaiz kecil. Selepas sahaja selesai mengagihkan buku-buku tersebut kepada anak-anak muridnya, guru itupun berkata: “Di dalam buku tersebut mengandungi soalan-soalan ujian dan jumlah soalan bergantung kepada saiz buku yang diberikan!”. Maka beruntunglah pelajar yang memperolehi buku yang bersaiz kecil kerana soalan di dalamnya sedikit. Manakala pelajar yang memperolehi buku bersaiz sederhana dan besar pula akan berkata alangkah eloknya kalau mereka memperolehi buku yang kecil juga. Ini adalah kerana mereka memperolehi soalan yang lebih banyak dan perlu menjawab soalan-soalan tersebut. Inilah sebenarnya nikmat di dunia ini!. Semuanya akan diperhitungkan di hadapan Allah SWT di atas pemberian-pemberian nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada manusia semasa mereka hidup di atas muka bumi ini. Jika sekiranya nikmat yang diberikan banyak, maka banyaklah yang diperhitungkan di akhirat nanti dan begitulah sebaliknya.

Sesungguhnya nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia bukanlah satu penghormatan sebenarnya tetapi ia merupakan satu ujian dan dugaan. Nikmat tersebut bukanlah yang akan menjadi ukuran apabila bertemu dengan Allah SWT bagi menentukan kedudukan kita di akhirat nanti sama ada memperolehi syurga atau neraka. Timbangan dan ukuran yang akan menentukan kedudukan kita ialah iman dan amal soleh. 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di kalangan kamu.” (al-Hujurat:13)

Walaubagaimanapun, ramai di kalangan manusia di zaman moden ketika ini terkeliru dengan situasi ini. Ada yang menganggap kurniaan kekayaan sebagai contohnya merupakan balasan baik daripada Allah SWT kepada dirinya. Justeru itu, mereka tidak menganggapnya sebagai ujian. Mereka bangga dengan kekayaan yang dimilikinya walaupun hasil daripada sumber yang haram seperti rasuah, peras ugut, perniagaan yang haram, wang riba dan pelbagai sumber lain yang jelas haramnya. Oleh kerana itu, mereka tetap berusaha menambahkan kekayaannya dengan alasan ia adalah kurniaan daripada Allah. Sungguh silap dan tersesat mereka yang berfahaman sedemikian. Apabila harta haram menguasai jiwa atau hatinya, maka ianya mempengaruhi tindak-tanduknya dan boleh menyebabkan akhirnya mereka terus melakukan kezaliman kepada dirinya sendiri tanpa menyedari bahawa harta itu adalah ujian menilai ketaatannya kepada Allah SWT.

3. Kejayaan terhadap segala dugaan dan ujian ini adalah dengan bersyukur. Syukur terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

a. Bersyukur dengan hati.
Sebagai seorang manusia, kita hendaklah beriktikad dan berpegang dengan pendirian yang kukuh di dalam hati bahawa segala nikmat yang diperolehi dan dinikmati adalah datangnya daripada Allah SWT dan bukannya daripada orang lain. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka kesemuanya datang daripada Allah.” (an-Nahl:53)

Manusia hanyalah merupakan pelaksana kepada ketentuan atau ketetapan Allah SWT. Manusia sama sekali tidak boleh memberi apa-apa manfaat kepada manusia yang lain kerana mereka tidak memiliki apa-apa manfaatpun untuk diberikan kepada orang lain. Janganlah kita mendabik dada bahawa kita berupaya untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada orang lain kerana kita tidak memiliki apa-apa kuasapun. Justeru itu, silaplah bagi mereka yang berusaha untuk menggembirakan orang lain dengan mendapat kemurkaan daripada Allah dan beruntunglah bagi mereka yang mendapat kemarahan daripada orang lain tetapi tidak mendapat kemurkaan daripada Allah. Inilah garis pemisah sama ada seseorang itu bekerja kerana Allah atau kerana manusia.

b. Bersyukur dengan lidah.
Bersyukur dengan lidah seolah-olah mudah untuk dilaksanakan tetapi sebenarnya ia memerlukan kefahaman dan komitmen yang berterusan. Selepas kita makan, kita akan berkata “Alhamdulillah” dan ia merupakan satu tanda kesyukuran terhadap nikmat makanan dan kenyang yang diperolehi. Tetapi adakah sekadar ucapan itu sahaja sedangkan lidah kita jarang untuk memperkatakan nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita dengan perasaan tawaduk dan jauh daripada sifat riya’. 

Firman Allah yang maksudnya: “Dan dengan nikmat yang diberikan oleh Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebutnya (dan dizahirkan) sebagai tanda kesyukuran kepadaNya.” (ad-Duha:11)

Berzikir, membaca al-Quran, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, menyampaikan ilmu dan memperkatakan perkara yang benar merupakan di antara kesyukuran yang wajib dizahirkan melalui lidah kita.

c. Bersyukur dengan perbuatan.
Firman Allah yang bermaksud: “(Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai kaum keluarga Daud dengan bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba:13)

Bersyukur dengan perbuatan hendaklah dizahirkan melalui nikmat yang diberikan kepadanya. Mereka yang diberikan hidayah oleh Allah SWT hendaklah menyeru manusia yang lain kepada hidayah tersebut dengan menggunakan segala kekuatan yang dimilikinya. Mereka yang diberikan nikmat oleh Allah SWT dengan dianugerahkan kecerdasan akal fikiran hendaklah menggunakannya untuk belajar dan mengajar ilmu tersebut kepada orang lain serta menyelesaikan segala permasalahan umat Islam dengan menggunakan ilmu yang diperolehinya. Mereka yang diberikan oleh Allah SWT kekuatan tubuh badan hendaklah menggunakannya untuk membantu orang lain dan berjihad di jalan Allah. Mereka yang dianugerahkan oleh Allah SWT nikmat kekayaan hendaklah menginfakkannya di jalan Allah sama ada secara terang-terangan atau secara tersembunyi. 

Kesyukuran dengan perbuatan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada setiap muslim. Mungkin syukur dengan hati dan lidah mampu dilaksanakan oleh sebahagian besar manusia tetapi bersyukur di kategori yang ketiga ini ramai yang tewas. Berapa ramai di kalangan cerdik-pandai Islam yang menggunakan keilmuannya untuk membantu umat Islam dan negara Islam? Berapa ramai di kalangan ulama’ yang bangun menentang kezaliman dan memperkatakan kebenaran walaupun ianya pahit untuk dituturkan? Berapa ramai di kalangan umat Islam yang memiliki pancaindera yang sempurna membantu umat Islam lain yang sedang ditindas di bumi Palestine, Iraq, Afghanistan dan pelbagai tempat lain yang memerlukan pertolongan umat Islam? Berapa ramai di kalangan jutawan di kalangan umat Islam yang membantu saudara seakidah mereka yang sedang merana akibat tekanan dan kezaliman yang berlaku seperti di Palestine? Persoalan-persoalan ini perlu kita jawab dengan jujur dan dengan hati yang ikhlas malah yang paling utama ialah; kita bertanya kepada diri kita sendiri dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, apakah sumbangan yang telah kita lakukan demi kepentingan Islam dan umat Islam?

Allah SWT menjanjikan kepada manusia dengan perjanjian yang jelas dan menguntungkan iaitu barangsiapa yang bersyukur melalui ketiga-tiga nikmat tersebut maka Allah SWT akan tambahkan lagi nikmat keatasnya. 

Firman Allah yang bermaksud: “Jika sekiranya kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan lagi (nikmat) dan jika sekiranya kamu kufur (nikmat), sesungguhnya azabKu adalah amat pedih sekali.”

Bersyukur merupakan salah satu sebab mendapat kejayaan di dunia. Allah SWT telah memberi pertolongan kepada Nabi Lut as dan pengikutnya dengan menyelamatkan mereka daripada azab hasil daripada kesyukuran dan ketaatan mereka terhadap Allah SWT. 

Firman Allah yang maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menghantar kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar) pada waktu pagi (waktu sahur). Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur.” (al-Qamar:34-35)

Inilah balasan yang diberikan oleh Allah SWT semasa di atas dunia lagi manakala di akhirat pula balasan kepada mereka yang bersyukur juga amat lumayan iaitu dengan memberikan kepada mereka kebahagian yang kekal abadi dengan memasukkannya di dalam syurga. 

Firman Allah yang maksudnya: “Maka Kami akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.” (Al-Imran:145)

Rasulullah SAW telah memperingatkan kepada kita semua tentang dua nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Kesihatan tubuh badan dan akal fikiran merupakan di antara nikmat besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia. Bagaimana pula dengan nikmat masa lapang? Adakah masa lapang merupakan satu nikmat? Maksud masa lapang di dalam hadis ini ialah masa dan kehidupan di dunia ini. Masa merupakan satu kehidupan. Ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui hadisnya:

لا تزول قدما عبد –أي يوم القيامة-حتى يسأل عن عمره فيما افناه، وعن علمه فيما فعل، وعن ماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه، وعن جسمه فيما أبلاه"

Maksudnya: “Tidak akan melangkah kaki seorang hamba di hari kiamat nanti sehingga mereka akan ditanya tentang umur telah dihabiskannya, tentang ilmu apakah yang telah dilakukan, tentang harta dimanakah diperolehi dan kepada apa diinfakkannya, tentang tubuh badannya bagaimana menggunakanya.”

Maksud masa lapang yang digambarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis dijelaskan dengan hadis kedua iaitu nikmat umur yang diberikan kepada manusia. Dua nikmat ini iaitu nikmat kesihatan dan nikmat umur (untuk hidup) merupakan nikmat yang memungkinkan manusia memberikan ketaatannya kepada Allah SWT dan akan memperolehi kejayaan apabila menghadapi ujian nikmat ini. Walaubagaimanapun, ramai di kalangan manusia yang tertipu dan leka dengan nikmat yang diperolehi. Mereka beranggapan bahawa nikmat yang diperolehi merupakan satu penghormatan sedangkan ia merupakan satu ujian!. Disebabkan manusia tidak mengetahui bahawa kesemua nikmat ini merupakan satu ujian maka ramai yang tidak mahu bersyukur. Natijahnya mereka akan mengalami kerugian dan akan menyesal di hari kiamat nanti sedangkan penyesalan pada waktu tersebut tidak akan dapat mengubah apa-apa keputusan yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ramai di kalangan manusia akan terus leka, tertipu dan mengalami kerugiaan jika sekiranya tidak mengetahui hakikat dan mempunyai sensiviti dengan kurniaan nikmat ini .Hadis ini dengan menjelaskan ramai di kalangan manusia yang tertipu dan sentiasa berada di dalam landasan yang tidak benar. Oleh yang demikian, setiap mukmin hendaklah mengelakkan diri mereka daripada tertipu dengan nikmat yang diberikan kepada mereka. Aqidah, ibadah dan akhlak yang dimiliki oleh orang mukmin hendaklah sentiasa berada di dalam lingkungan yang diredhai oleh Allah SWT walaupun ramai di kalangan umat Islam yang lari dari lingkungan atau garisan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Ramainya manusia melakukan sesuatu bukanlah ukuran untuk menentukan sesuatu itu betul. Ukuran yang perlu digunakan oleh setiap mukmin ialah dengan ukuran Islam. Di saat ramai di kalangan umat Islam berada di dalam kerugian, seorang mukmin yang sejati tidak akan terikut dengan situasi tersebut sebaliknya tetap teguh mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. 

Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun keburukan yang banyak itu menarik hati kamu”. (al-Maidah:100)

Firman Allah SWT lagi yang maksudnya: “Dan jika engkau menurut kebanyakan manusia yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah”. (al-An’am:116)

Sebagai seorang mukmin, kita hendaklah sentiasa bersama dengan Allah SWT walaupun bilangan sedikit atau dalam bilangan yang ramai. Jadikanlah diri kita Ansarallah yang sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan seterusnya memperolehi ganjaran yang besar apabila diperhitungkan segala amalan yang kita lakukan semasa hidup di atas muka bumi ini. Janganlah kita biarkan hari yang berlalu tanpa ada manfaat apatah lagi dengan kesihatan dan masa lapang yang dimiliki. Janganlah kita menjadikan harta kita diperolehi melalui cara yang haram dan melabur ke tempat yang haram melalui kerja yang dilakukan,malah membelanjakannya ke jalan yang langsung tidak menghasilkan apa-apa ganjaran pahala. Kita telah menggunakan kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT dengan cara yang tidak betul dan ianya amat dilarang sekali. Ramai di kalangan manusia yang tidak memiliki hati yang bersih tidak dapat menilai dan menghargai nikmat kesihatan dan masa lapang yang diberikan lalu menggunakannya tanpa menghayati nikmat tersebut. 

Alangkah ruginya jika kita yang diberikan oleh Allah SWT akal fikiran tetapi menghabiskan masa dalam hal yang tidak boleh memberikan manfaat sama ada untuk dirinya atau kepada orang lain malah langsung tidak memberikan manfaat sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti.

Ramai yang tidak menyedari bahawa banyak perkara boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang melalui kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT. Berbuat baik sesama manusia sebagai contohnya bergotong-royong, menziarahi orang sakit, ziarah kubur, membersihkan masjid, terbabit melakukan kerja-kerja sosial, bersahabat denga orang yang soleh, mengemas rumah dan pejabat, bersukan untuk menyihatkan badan, membantu orang fakir, miskin, janda, anak yatim dan banyak perkara manfaat yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. Walaubagaimanapun, kita banyak menghabiskan masa di warung kopi, dilaman sembang (chat) yang tidak manfaat, bersiar-siar tanpa tujuan dan perlbagai kegiatan yang langsung tidak memberi manfaat sama sekali. Akhirnya masa yang diberikan oleh Allah SWT berlalu begitu sahaja dan hari ini lebih baik dari semalam tidak wujud di dalam kamus kehidupannya. Manusia tidak dapat mengubah dirinya kecuali dirinya sendiri yang perlu berubah.

Pengajaran Hadis

1. Nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia adalah terlau banyak dan tidak mampu dihitung oleh manusia.

2. Di antara nikmat yang diberikan oleh Allah SWT dan kebanyakan manusia tidak mahu untuk menggunakannya dengan sebaik yang mungkin bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT ialan nikmat kesihatan dan masa (umur).

3. Ukuran benar atau salah terhadap sesuatu perkara bukanlah boleh dinilai dengan ramainya manusia yang mengamalkannya tetapi ukuran yang wajib digunakan ialah dengan ukuran Islam.

4. Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT hendaklah digunakan dengan sebaik yang mungkin bagi membantu dan menyelamatkan umat Islam, apatah lagi di dalam suasana yang memerlukan pengorbanan bagi membantu menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia.

5. Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia sebenarnya merupakan medan ujian bagi mengetahui siapa yang berjaya dan yang gagal dan bukannya sebagai satu penghormatan sebagaimana yang dianggap oleh sebahagian besar manusia.



Ustaz Nadzri Munsman
ISMA Daerah Hulu Langat


sumber;ISMA

Wednesday, March 25, 2009

Politik, Melayu Dan Islam

masuk blog ni,,cite pasal politik,,tgk blog yang satu lagi,,dok hentam n kutuk-kutuk,,jenguk blog yang lain pun,,lebih kurang,ade yang taksub dengan pemimpin...nyampah aku...kalu sibuk dok cite berguru dengan syeikh ni,,syeikh tu,,suke gak aku baca,,,isu  ppsmi la,,ape la...sekadar seperti anjing menyalak bukit je la...aku nak cite bab politik tak pandai,bukan taraf aku kot lg,mayb bukan ini kancah dakwah aku..sibukkan la dulu cari ilmu.alert ckit dengan akidah anak remaja yang da bocor,,..bila dah bermasa.hah lantak kamu la....dalam dok ati yang bergelora tengok sahabat-sahabat sebangsa aku ni dok hebat dalam  politik.takpe la,,kita raikan la...meh aku kongsi satu artikel yang leh kita sama2 beringat..ambik perhatian..bukan nak menghentam mana-mana parti,,individu,,tapi nak kita semua ada kesedaran dalam apa yang dah berlaku...secara telusnya aku memang di bahagian pembangkang..tapi aku sependapat dengan penulis artikel ni...aku tak tau la..penulis ni di bhgian mana..takpe,dalam menerima kebaikan..jangan la memilihkan?sama-sama baca n insafi..sekian-owner blog-


Semenjak pilihanraya Mac 2008 lepas, senario politik menjadi semakin kucar-kacir. Satu pihak melaungkan hak sama rata untuk semua kaum manakala satu pihak lagi tidak dapat menerima kekalahan yang mengejut. Kedua-dua pihak menggunakan pelbagai cara untuk memikat hati pengundi. Tuduh-menuduh, saman-menyaman, bertikam lidah dan tak kurang juga pertembungan fizikal. Media digunakan sepenuhnya bagi melaungkan slogan masing-masing. Ekonomi yang semakin merudum dengan pengangguran meningkat kepada 50,000 pekerja yang telah dibuang dan mungkin naik kepada 200,000 sehingga akhir tahun, kurang mendapat perhatian.

Kalau di Amerika Syarikat kehangatan politik berakhir dengan perlantikan Obama sebagai Presiden tetapi sebaliknya pula berlaku di negara kita. Ia tidak berakhir dengan keputusan pilihanraya umum. Yang amat membimbangkan, kerakusan kuasa menyebabkan sebilangan pemimpin sanggup mengkompromi prinsip-prinsip asas agama Islam. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat yang menjadi semakin keliru antara prinsip yang harus dipertahankan dengan mainan politik. Teori matlamat menghalalkan cara seolah-olah dijadikan sebagai pegangan untuk berkuasa. 

Dalam konteks ini yang paling malang adalah orang-orang Melayu yang beragama Islam. Bukan saja mereka telah berpecah menjadi 3 kumpulan utama malah ramai menjadi bingung dengan kenyataan-kenyataan pemimpin yang keliru lagi mengelirukan. Kemaksiatan yang jelas dipertahankan atas dasar “privacy”, memperjuangkan bangsa Melayu dikatakan asobiah (perkauman), peralihan kuasa melalui perpindahan parti oleh wakil-wakil rakyat yang tidak beramanah menjadi kebanggaan. Ini belum mengambil kira faktor penafsiran undang-undang yang didakwa betul oleh kedua-dua belah pihak sehingga kuasa kesultanan Melayu dilihat begitu tercabar hari ini. Sultan tidak lagi dilihat kebal sehingga ada tindakan-tindakan yang dilihat sebagai cuba melanggar “adat-adat Melayu”. 

Ada juga yang mempersoal terma keistimewaan Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan. Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan untuk Bumiputera (terutama Melayu) sudah tidak dianggap relevan walaupun statistik kemiskinan masih dikuasai oleh bangsa Melayu. Alasannya, kita kena terbuka dan berjuang bersama-sama bangsa lain. 

Kalau kita berbincang dengan pejuang bahasa Melayu pula, kita akan dapat merasakan kehampaan mereka. Bahasa Melayu yang dahulu menjadi rujukan bangsa-bangsa lain di dunia kini dianggap ketinggalan zaman. Bercakap saja dengan para belia hari ini kita akan dapati mereka sudah bercakap bahasa Melayu yang lain. Sukar untuk kita mengikutnya. Pemimpin masih diam membisu. Yang rugi, anak-anak Melayu di kampung-kampung yang gagal dalam matematik dan sains. 

Persoalannya bolehkah Melayu survive? Melayu yang dimaksudkan bukan setakat bangsa semata tetapi agama Islam yang dianuti. Bolehkah maruah Islam dipertahankan? Ketika bangsa lain bersatu mempertahankan perlantikan anak bangsanya sebagai CEO kepada satu agensi utama kerajaan negeri, bangsa Melayu gagal bersatu walaupun dalam perkara yang sangat simple - mempertahankan penggunaan kalimah agung “ALLAH”. 

Kepada yang melaungkan kebebasan bersuara dan beragama, kita ingin bertanya:-
- Adakah ini bererti negara akan ada 100 masjid, 100 gereja dan 100 kuil? 
- Adakah ini bererti sesiapa saja boleh keluar dan masuk agama Islam bila-bila masa sesuka hati? 
- Adakah ini bererti bahawa jika orang Islam boleh berdakwah kepada orang bukan Islam, maka orang Kristian pun boleh berdakwah kepada orang Islam? 
- Adakah betul kenyataan “saya sanggup bekerja dengan bangsa lain yang amanah dari orang Islam yang korup?”

Semua persoalan ini memerlukan jawapan sebelum kita boleh menerima prinsip kebebasan yang diperjuangkan. Saya berasa sedikit lega apabila seorang presiden dari sebuah parti menyuarakan konsep pembentukan “kerajaan gabungan” demi menjaga maslahat ummah. Saya tidak pasti sejauh manakah suara ini disambut oleh pihak pemerintah. Mudah-mudahan survival bangsa Melayu ini tidak dipolitikkan. Ini kerana saya berpandangan, tertegaknya hakimiah Allah di negara tercinta ini hanya boleh dilakukan oleh bangsa Melayu, selagi prinsip-prinsip demokrasi diamalkan dengan sejahtera.


Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


sumber;isma

Kasihnya Allah kepada Wanita

 setiap tahun  ade hari wanita,,ada hari ibu,,malah ade je la hari yang berkaitan dengan wanita ni..oleh itu dok godek2x artikel2 yang berkaitan,ada yang menarik minat ana utk dikongsi bersama....sama2 kita kongsi,,,bertuahnya wanita.......

Dengan penuh keimanan, kita tidak menafikan betapa keistimewaan yang Allah s.w.t berikan kepada wanita memang terlalu banyak. Ini menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada kaum Hawa ini. Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang memberikan banyak keistimewaan kepada kaum wanita selain daripada agama Islam. Islamlah agama yang mula-mula sekali mempelopori taraf keistimewaan ini kepada kaum wanita.

Hakikatnya, ´betapa kasihnya Allah SWT kepada wanita.´ Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ´layanan´ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sebagaimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah s.w.t tawarkan buat seorang wanita di dalam agama Islam.

Bagaimanapun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu, kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pelindung di dalam keluarga (pemimpin) dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lantas kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah kalau boleh mereka tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang dibuat oleh manusia seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7.00 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan banyak lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Allah s.w.t sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Allah s.w.t kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada wanita, sama ada secara langsung ataupun tidak.

GELARAN ´ISTERI´ DI DALAM AL-QURAN

Perkataan yang Allah s.w.t gunakan di dalam al-Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah ´husband´ manakala perkataan untuk isteri ialah ´wife´. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah ´mari´ manakala perkataan ´femme´ untuk isteri.

Tetapi di dalam al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza ´zaujuh´ dan ´zaujat´. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu ´zaujuh´ yang bermakna ´pasangan´. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna bahawa kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanita. 

Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap semua itu adalah setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap bahawa stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam al-Quran.

Namun, gelaran ´zaujuh´ ini hanya diberikan kepada isteri yang beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut ´zaujuh´. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam al-Quran, mereka disebut ´imraah´, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap mahupun pelindung kepada suaminya.

PEMBELAAN RASULULLAH TERHADAP WANITA

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w banyak yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
1. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Apakah wanita tidak berasa mulia dengan hadis ini? Mengapa Rasulullah s.a.w memilih perkataan ´di bawah telapak kaki´ dan bukan ´di dalam tangan´ atau ´di sisi seorang ibu´? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
2. Orang yang paling baik di antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.
3. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu ´Asakir)
4. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
5. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya) yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disukai. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam suatu masyarakat yang bertakwa, kaum wanita tidak perlu bimbang bahawa mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka dapat meyakini bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

BAHAGIAN TUBUH WANITA YANG DIANUGERAHKAN NAMA YANG MULIA

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Allah s.w.t yang bermaksud ´Maha Penyayang´. Sudah tentulah Allah s.w.t tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah s.w.t akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah s.w.t tidak memberikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah s.w.t dan memberi makan kepada apa yang Allah s.w.t ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah s.w.t kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah s.w.t.

DIBERI PAHALA YANG BERTERUSAN

Wanita disebut ´kurang dari sudut agama´, tetapi ini bukan bermaksud bahawa wanita itu kurang dari sudut iman dan takwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Bagaimanapun, oleh kerana pada waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Allah s.w.t tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan karenah anaknya pula, maka makin banyaklah pahala yang Allah s.w.t sediakan untuknya.

Begitu Maha Pemurahnya Allah s.w.t kepada wanita. Maha Pengasihnyanya Allah s.w.t kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah para wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada seseorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Apa yang Allah s.w.t tawarkan itupun sudah terlalu banyak nikmatnya.

sumber;yadim

p/s;gambar-gambar diatas adalah hiasan semata2x,,sekadar bertazkirah dalam artikel...