Sunday, December 28, 2008

Berhijrah demi akidah



sumber utusan malaysia

KEMUNCULAN bulan Muharam pada tahun ini bermakna umat Islam telah memasuki tahun baru Hijrah 1430. Sejarah mencatatkan bahawa peristiwa hijrah ini amat besar ertinya bagi perjuangan Rasulullah khususnya, dan umumnya kepada seluruh umat Islam. Peristiwa ini juga bertujuan merubah strategi perjuangan Nabi SAW. dalam menegakkan syiar Islam. 

Di bawah panji-panji Islam kaum Muhajirin dan Ansar membangun persaudaraan sejati, membangun masyarakat Madani di bawah pimpinan Rasulullah 

Hijrah merupakan perintah ilahiah. Dan tahun Islam mengingatkan kaum Muslim bahawa pada setiap tahun bukan sahaja terhadap kemenangan, tetapi banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan dan bersedia untuk melakukan pengorbanan yang sama seperti yang dilakukan oleh kaum Muhajirin dan Ansar itu. Iman, hijrah dan jihad adalah trilogi perjalanan hidup Rasulullah dan para sahabat. 

Trilogi tersebut diabadikan dalam al- Quran pada surah al-Baqarah ayat 218: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Dalam meneruskan perjuangan Islam ini, tiada bekalan yang paling utama selain daripada akidah itu sendiri. Hijrah sebenarnya menggambarkan perjuangan untuk menyelamatkan akidah. Kita hijrah maknawi daripada perbuatan syirik kepada tauhid, dari kufur kepada iman, dari melakukan maksiat kepada taat, dari riak kepada ikhlas, dari takbur kepada tawaduk, dari malas kepada rajin dari khianat kepada amanah, dari dusta kepada jujur, dari perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang.

Perjuangan menegakkan akidah umat Islam di negara ini harus dihadapi dengan perjuangan dan keyakinan bahawa Allah swt sentiasa bersama dengan kita. Ini bukan bererti Allah bertempat, berjihad (berpihak) sebagaimana fahaman kumpulan bidaah. Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa ketika saat hijrah Rasulullah ia adalah satu kemenangan walaupun ketika itu pada pandangan kita kemenangan itu belum dicapai.

Kalau kamu tidak menolong (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya. Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. 

Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkan dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al- Taubah ayat 40).

Keteguhan akidah atau agama seseorang itu diukur ketika ditimpa musibah bukan saat kemenangan atau kejayaan. Semua akan memeluk satu akidah apabila melihat kejayaan, namun belum tentu demikian apabila mengalami penderitaan.

Akidah atau tauhid adalah sesuatu yang paling berharga kepada umat Islam. Para Nabi saw. diutus untuk membawa manusia kepada akidah yang sebenar iaitu tauhid mutlak.(kesaan Alah). ketuhanan yang esa dan satu inilah Tuhan yang perlu disembah, Yang terkaya dan tidak berhajat kepada suatu kerana suatu yang lain itu semuanya berhajat dan memerlukan-Nya. 

Pastinya benih tanaman akidah yang suci dan bersih ini dapat melahirkan bunga-bunga perpaduan dan kasih sayang, keikhlasan dan ketakwaan serta pengorbanan. 

Dalam Islam, akidah yang berunsur ketakwaan inilah yang akan melahirkan amalan yang benar-benar ikhlas, di mana amalan-amalan seseorang tidak akan diterima Allah kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang yang tidak menyekutukan atau menyerupakan Tuhannya dengan sesuatu yang lain. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Tidak ada seumpama-Nya suatu pun. (As-Shuraa ayat 11). 

Dari segi realiti pula, apa yang berlaku di negara kita terdapat gerakan-gerakan politik dan ideologi tertentu yang telah mengutamakan kepentingan politik dan peribadi daripada agama Islam itu sendiri sehingga lahir fatwa-fatwa karut yang boleh memesongkan amalan mereka atas alasan tuntutan sunah, agama dan sebagainya.

Akibatnya, kita dapat melihat begitu banyak sekali penyelewengan fikiran dan fahaman baik besar dan kecil tanpa disedari oleh pengikut awam. Semua ini berpunca daripada amalan mentaati semua fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin tertentu dan setengahnya adalah daripada kalangan pemimpin tertinggi agama yang mempunyai kepentingan diri dan politik.

Adalah tidak wajar kepada mana-mana golongan, misalnya mencampuri urusan Allah berhubung dengan perkara- perkara yang hanya diketahui oleh Allah seperti iman dan kufur, syurga dan neraka atau masa depan seseorang itu masuk syurga atau neraka, kerana ia juga dikategorikan sebagai penyelewengan akidah dalam mencapai sesuatu tujuan. Dalam Islam memfatwa dengan menafikan akidah sesama Islam secara rambang dan mudah adalah terkeluar daripada sunah Rasulullah.

Islam amat ketat untuk menentukan seseorang itu terkeluar daripada akidah atau murtad, kecuali setelah dia terang- terangan menunjukkan pengkhianatannya terhadap akidah Islam. Itu pun setelah dinilai dengan saksama oleh orang yang ahli dalam bidang tersebut.

Demikian juga tuduhan zalim dan terkeluar akidah kerana menolak hukum hudud. Kerajaan sebenarnya tidak pernah menolak hukum hudud.

Kita menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal- hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja.

Keadilan

Untuk mencapai keadilan yang di harapkan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia perlu kepada pelaksanaan yang betul. Prosedur, keterangan-keterangan serta penyiasatan semuanya mesti betul dan tidak mengandungi sebarang syubhat. Justeru inilah pemerintah melihat dalam kontek yang lebih jauh dan berhati-hati untuk melaksanakan hukum sepenuhnya termasuk hudud dan sebagainya kerana melihatkan banyak percubaan pemerintah Islam lain di negara luar sebelum ini semuanya menempuh kegagalan dan menghinakan lagi hukum Allah itu sendiri, bukan kerana menolak hukum tersebut, tetapi untuk mempastikan ia berada dalam satu keadaan yang semua akan menolong mencapai keadilan dan kemegahan Islam itu sendiri. 

Inilah sebabnya ulama telah mengariskan suatu kaedah yang jelas sebagai dasar ikutan sesiapa yang berhasrat melaksanakan hukum tersebut, untuk mengelak dari berlaku kezaliman dalam suatu perundangan yang dilaksanakan. Kata mereka: Hukuman hudud akan digugurkan jika terdapat sebarang syubhat ini berpandukan hadis Rasulullah saw. yang mengarahkan supaya pemerintah jangan melaksanakan hukum hudud kiranya masih terdapat sebarang subhat atau kesamaran.

Tetapi berlainan dengan hukum takzir yang diserahkan kepada pilihan dan budi bicara pemerintah itu sendiri, sekalipun tindakan hukum takzir itu menyebabkan pembunuhan dan sebagainya. Kerana ia telah diberikan kepada kuasa pemerintah itu sepenuhnya.

Ia harus dilaksanakan dan tidak perlu digugurkan dengan syubhat seperti hudud tadi. Ini kerana hudud adalah merupakan hukum yang telah ditentu dan ditetap Allah tetapi cara dan masa pelaksanaannya terpulang kepada budi bicara pemerintah.

Jadi hendaklah dipastikan perbezaan antara siapa yang menolak hudud, dan siapa yang menangguhkannya kerana sebab tertentu yang dibenarkan agama.

Tegasnya undang-undang yang didasarkan kepada kepentingan atau maslahah yang kebelakangan, tetapi bercanggah dengan kepentingan dan maslahah yang lebih utama bukanlah undang-undang yang Islamik kerana tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki oleh syariat Islam.

Demikian juga pusat pemulihan akidah yang dikawal selia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu memainkan peranan yang lebih aktif khususnya dalam memulihkan akidah orang yang telah murtad atau mereka yang terpengaruh dengan ajaran sesat. Ini bertujuan bagi memastikan mereka benar-benar bertaubat dan kembali ke jalan benar dan diredai Allah. 

Sempena tahun baru Hijrah 1430 ini, kita harus berusaha melawan hawa nafsu yang cenderung mengajak manusia ke arah melakukan perkara-perkara kejahatan dan penyeleweng daripada lunas-lunas syariat. Hijrah daripada sifat jahil kepada sifat kecerdikan dan kepandaian dari sikap jumud tertutup kepada sikap bertoleransi dan berlapang dada. Ini semua merupakan maksud dan tuntutan hijrah dalam Islam.

Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Bukan Yang Pertama (Siri 126)


"SABARLAH. Itu kan ujian Tuhan," selalu pula Umar Khalil memujuk rasa yang 
saling bergalau tidak keruan dalam mindanya. Malam ini juga, sekali lagi 
lelaki 
itu memujuk. Walaupun sekadar pujukan yang klise, tetapi sekurang-kurangnya 
dia terasa diri kuat sebentar. 

"Saya akan cuba..." balasnya. 

"Saya kan ada. Kalau awak susah, saya akan tolong, jangan risau..." itu lagi 
janji UmarKhalil. 

Yasmin Zulaikha mengejapkan pegangan telefon. Dia tidak pasti apa sebenarnya 
yang berbuku menjadi racun yang mendak di dasar hati. Tetapi yang pasti ada 
sejumlah besar rasa serba salah mengepung hatinya. 

"Er... awak... saya ada terfikir kalau kita boleh tangguhkan majlis kita tu. 
Saya bimbang mengenai mak...." 

Umar Khalil diam di hujung talian. Hanya kedengaran desah nafas yang berat. 

Yasmin Zulaikha di talian sini berdebar dalam hati. Terasa paluan jantung 
tidak ketahuan hala sejenak. 

Dia pandang lagi keluar jendela, mendongak ke langit yang gelap bukat, 
bagaikan mencari jawapan. Dia tahu tiada jawapan di sana. Jawapan mungkin 
ada pada 
Umar Khalil. 

"Awak mahu saya beri jawapan? Tapi adakah jawapan saya ini boleh selesaikan 
masalah awak sekarang?" Itu pula yang terlontar dari mulut Umar Khalil. 

Yasmin Zulaikha tergamam, terdiam. Jelas, dia tahu itu reaksi tidak puas 
hati dari jiwa Umar Khalil. Entah mengapa dia boleh terlepas permintaan itu? 
Itu 
satu permintaan yang tentu boleh menyentap hati tunangnya! 

"Zu, masalah awak sekarang adalah mengenai kesihatan mak yang tak menentu. 
Tapi saya percaya, mak akan sihat nanti. Mak akan pulih. Kita doa. 
Banyak-banyak 
doa. Saya percaya, menjelang hari perkahwinan kita hujung Syawal nanti, mak 
sudah betul-betul sihat...." lembut tenang dan teratur bicara Umar Khalil 
masuk 
ke telinganya. 

Jeda. Jeda agak lama. 

"Zu...." 

"Saya!" 

Umar Khalil mengeluh di hujung talian. Namun jauh dalam hati, dia cuba 
memahami keliru yang melingkungi minda tunang tersayang. Cuba mengusir pergi 
kabut 
yang berselubung di jiwa ratna hatinya. 

Wajah tunang yang punya sepasang mata jernih bersinar dan memiliki senyuman 
bagaikan gula itu bermain di layar pandang. Dia juga tahu, malah dapat 
membayangkan 
wajah tunang kala ini. Gadis itu kalau terbelenggu emosi atau beralih mood, 
wajahnya akan jadi begitu serius, luput senyuman dan kadangkala boleh 
menakutkan 
orang yang memandang! 

"Saya faham rasa bimbang awak tu. Tapi macam saya cakap, saya ada. Saya akan 
tolong. Keluarga saya akan bantu. Awak ni kadangkala tamak, kadangkala macam 
nak tunjuk hebat, semuanya hendak buat sendiri, seperti tidak percaya pada 
orang lain. Awak takkan mampu buat semuanya seorang diri, Zu. Tak usah jadi 
superwoman. Percaya dan agihkan pada orang lain juga," langsung, tajam dan 
dalam maksud yang dihantar oleh Umar Khalil. 

Merasuk 

Terkedu Yasmin Zulaikha. 

Begitukah dia pada penilaian Umar Khalil? 

"Maaf..." hanya itu mampu dia katakan. 

Telefon masih kejap dalam genggaman. Wajah terasa panas mendadak. Malu 
memanjat ke sekujur jiwa. Dia barangkali akan dianggap mementingkan diri. 

Tiba-tiba dia tersedar, sebenarnya resah tidak keruan ini adalah perasaan 
yang saling tidak menentu yang cuba merasuk dirinya, yang cuba membuatkan 
dia 
keliru dan bimbang tidak bermatlamat. Kebimbangan ini, jika dibiarkan boleh 
menyebabkan dia nanar tidak menentu. 

"Zu...." suara Umar Khalil kembali lembut menerjah gegendang telinganya. 

"Dengarlah cakap saya. Jangan terlalu memberatkan diri. Setiap kita ada 
batasan dan hadnya. Tapi Allah takkan menguji kita lebih daripada kemampuan 
yang 
kita ada. Ingat tu..." 

Air mata Yasmin Zulaikha menitik. Spontan jarinya mendarat menghapuskan air 
mata yang berlinang. Entah mengapa ungkapan itu terasa begitu menyejukkan 
dan 
mendamaikan hati. Ironinya dalam damai dan sejuknya ungkapan itu, dia 
serasa-rasa bagaikan jiwanya kembali dibakar. 

"Dengar Zu?" 

"Dengar..." 

"Lagi satu..." jeda beberapa saat di sana. 

"Apa dia?" 

"Jangan sekali-kali sebut lagi mengenai tangguhkan perkahwinan kita. Jangan 
buat saya sakit jantung! Hujung-hujung Ramadan begini, kita patut lebih 
banyak 
berdoa minta perkenan Allah supaya semuanya dapat berjalan ikut 
rancangan..." 

Mematikan talian telefon, menyeka air mata yang berlinang, dia lihat langit 
masih gelap bukat. Tetapi dalam pekat gelap itu juga dia nampak kelipan 
bintang 
bagaikan taburan berlian di atas baldu hitam. Bukankah kerlipan itu mewakili 
harapan? 

Dia menjenguk sekali lagi ke kamar emak, melihat emak tersayang sedang 
berusaha untuk melelapkan mata kembali. Kata emak, dia baru terjaga dan 
hendak pujuk 
mata untuk lena semula. Cahaya kamar sedikit berbalam kerana hanya lampu 
kecil di atas meja pinggir katil yang berfungsi. 

"Mak sakit sikit saja. Doakan mak boleh tahan semua ni. Insya-Allah, mak 
sempat sambut raya dan sempat tengok Min selamat jadi isteri orang..." gumam 
emak 
perlahan, di sebalik senyuman paksanya. Ada butir gurauan dalam suaranya. 
Tersirat optimis di sebalik nadanya. 

"Mak akan sihat. Jangan fikir yang bukan-bukan," balasnya segera. 

Dia minta diri berlalu. Membasahkan anggota tubuh dengan wuduk dan bersiap 
untuk menghadap-Nya. Resah begini, hanya solat jadi penawar dan penenang 
jiwa 
yang terbaik. Bukankah itu sumber motivasi terbaik? 

Usai solat, dia capai pula al-Quran Tafsir Pimpinan Ar-Rahman di atas meja. 
Membuka halaman bertanda, di hujung Ramadan ini, dia baru tiba di juzuk ke 
dua 
puluh satu, surah Luqman. Surah 34 ayat yang diturunkan di Mekah, mengenai 
orang yang beroleh kebahagiaan dan beroleh hidayah, mengenai Luqman hamba 
Allah 
yang bertakwa dan penyerahan diri pada Allah yang Esa. 

Bahawa ayat-ayat Allah ini sarat hikmah dan kebenaran kukuh, yang menjadi 
hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang sedia mengerjakan amal yang 
baik. 
Orang yang baik itu adalah orang yang mendirikan solat, memberi zakat dam 
yakin kewujudan hari akhirat. 

Berselang-seli membaca sambil diiringi rujukan pada terjemahan, dia cuba 
menghayati maksud yang dihantar lewat seruan itu. Makin lama meneroka jauh 
ke dalam 
tafsiran itu, terasa diri makin bodoh. Tetapi dia cepat sedar bahawa mungkin 
itu proses pembelajaran yang sebenarnya, bahawa semakin kita mengenal ilmu, 
semakin kita kenali kebodohan dan kejahilan diri sendiri. 

Yasmin Zulaikha memejamkan mata. Air mata berjurai lagi. 

Ya Allah, benar-benarlah Ramadan kali ini sungguh menguji tetapi juga 
mendidik jiwanya! 

(Bersambung)

Bukan Yang Pertama (Siri 116)

Oleh SALINA IBRAHIM


Majlis pertunangan Yasmin Zulaikha dengan Umar Khalil berlangsung hujung minggu itu dalam suasana yang amat ringkas tetapi penuh kekeluargaan. Penuh kekeluargaan kerana kebanyakan anggota keluarga kedua-dua belah pihak hadir sama. 

Sebelah pihak Umar Khalil, hadir Muna bersama suaminya. Juga abang mereka yang menetap di Kuala Lumpur turut meluangkan masa bersama isterinya ke majlis pertunangan si adik bongsu. Mereka sekeluarga tiba dari Kuala Lumpur semalam dan hari ini anak-anak semuanya ditinggalkan di kediaman Ustazah Wan Faezah.

Cuma kakaknya yang menetap di Johor tidak dapat datang, sekadar menitipkan salam dan pesan. Ustazah Wan Faezah dan suaminya Cikgu Rashid pula bertindak selaku orang tua bagi pihak Umar Khalil.

Di sebelah keluarga Yasmin Zulaikha, riuh dengan kehadiran Abang Yassin suami isteri serta anak-anak mereka. Juga beberapa jiran terdekat dan saudara mara akrab. Majlis itu kelihatannya seperti sudah jadi suatu acara untuk berkenal mesra apabila selepas beberapa ketika berbual, dapat pula dibongkar kaitan sangkutan keluarga ini dengan keluarga di sana. 

Perbincangan ringkas, tiada langsung berpantun-pantun atau berbalas bertepak sirih. Sekadar membincangkan hal yang penting dan patut sahaja. Kebanyakan perkara sebetulnya sudah diketahui hasil perbincangan tidak rasmi antara emak dengan keluarga Umar Khalil.

Muna diberikan penghormatan untuk menyarungkan cincin ke jari manis Yasmin Zulaikha. Si kakak yang peramah itu ceria sekali wajahnya. Suara dia sahaja yang paling banyak kedengaran. Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan orang dalam rumah ini menyebabkan dia tiada silu-silu lagi. 

“Umar kirim salam. Dia ada tugasan mengejut tengah hari tadi. Mungkin lepas tu baru dia singgah nak jumpa tunang tersayang,” bisik Muna seraya mencium pipi kanan dan kiri bakal adik ipar.

Yasmin Zulaikha tersenyum. Hati bergetar bahagia. Dia sudah mengajar diri untuk menerima Umar Khalil seadanya. Dia sudah belajar menyemai perasaan terhadap lelaki itu sebagai persediaan sebelum lelaki itu jadi suaminya nanti. Dia harap mulai detik ini, dia akan menjadi orang yang lebih bertanggungjawab terhadap Umar Khalil.

Tetamu mula menikmati jamuan ringan. Suara borak, ilai tawa dan usik sakat mula kedengaran, hangat kemesraan. Anak-anak Abang Yassin berebut sesuatu di ruang tamu, sedikit menjerit-jerit, langsung dikerah ibu mereka supaya bermain di halaman. Mula-mula kelihatan berdegil tetapi selepas dijegil bapa mereka, mencicit mereka melarikan diri. 

Yasmin Zulaikha menyertai tetamu, mahu ambil kesempatan lebih berkenal akrab dengan keluarga bakal suami. 

Kakak ipar Umar Khalil ramah menggesa dia mengambil tempat berhampiran mereka. Mula membuat interviu; bertanya itu ini, terutamanya mengenai perkenalan mereka berdua, hal niaga dan program homestaynya.

“Umar baru-baru ini saja bercerita mengenai Yasmin. Jadi kami excited juga nak kenal Yasmin,” kakak iparnya, yang dibahasakan sebagai kak long membuka mulut. 

Orangnya berisi, berkulit cerah dan murah senyuman. Kalau tidak silap, Umar Khalil pernah memberitahunya, kakak ipar yang seorang ini bertugas sebagai guru. Abangnya pula berkulit lebih gelap daripada Umar lebih rancak makan. 

“Umar macam abang long juga, kalau suka satu orang, takkan cakap apa-apa selagi tak jadi. Dah nak bertunang, baru nak bercerita. Dia takut, lepas yang dulu tu tak jadi...” bakal abang iparnya mencelah pula.

Si isteri cepat menepuk paha suaminya. 

“Apa cakap pasal yang dulu depan Yasmin? Tak eloklah abang ni...” 

Lelaki itu tersengih.

“Terlupa pula abang. Alah, Yasmin jangan risaulah! Umar ni setia orangnya, macam abang dia juga,” lanjutnya lagi, sekali lagi si isteri menepuk pahanya.

Yasmin Zulaikha tergelak. Rasa terhibur pula dengan celoteh suami isteri itu. Pasangan peramah ini tidak banyak berbeza dengan karakter Umar Khalil juga. 

“Tak apa, kak long. Saya tak kisah,” dia membalas. 

“Dulu masa di Kuala Lumpur, Umar rapat dengan kak long, selalu datang tidur di rumah kami di Putrajaya. Cuma sejak dia pindah ke sini, kami jarang-jarang jumpa...” Kak long bercerita lagi.

Kisah itu juga Yasmin Zulaikha sudah tahu dari mulut Umar Khalil. Dua tiga hari ini lelaki itu banyak berkisah hal keluarganya. Setiap seorang abang dan kakaknya diperincikan untuk makluman bakal tunang. 

“Cerita awal-awal supaya Zu tak terkejut lepas jumpa mereka nanti. Takut nanti tak terlayan, terutamanya abang long dan kak long. Saya sendiri pun kadangkala tak terlayan mulut banyak kak long tu,” Umar Khalil ketawa di hujung bicara. 

Suara lembut teratur, tidak lagi membahasakan diri aku-kau seperti sebelum ini. Katanya, dia mahu belajar lebih bersopan dengan bakal isteri. Melayan (bakal) isteri tentunya tidak sama seperti melayan kawan-kawan.

Memang benar kata-kata Umar. Tetapi dia senang dengan kemesraan yang ditunjukkan anggota keluarga Umar Khalil ini. 

Tunangnya itu hanya tiba ketika anggota keluarganya sedang bersiap-sedia untuk berangkat meninggalkan kediaman Yasmin Zulaikha. Bersorak adik beradik Umar Khalil ketika melihat kereta si adik membelok masuk. Anak muda itu tersengih-sengih sahaja diusik sakat.

“Maaflah, lepas habis tugasan, balik ke pejabat untuk siapkan bahan dulu. Kalau bertangguh, takut tertunggu-tunggu pula orang di ibu pejabat,” dia memberi alasan, sempat bercerita ringkas mengenai kunjungan perdana menteri tengah hari tadi. 

Sepatutnya bukan tugasan dia tetapi kerana wartawan yang sepatutnya bertugas tiba-tiba cuti mengejut kerana ibu mentuanya meninggal dunia, maka Umar Khalil terpaksa mengambil alih tugas itu.

“Kami dah nak balik. Umar tinggallah. Tapi jangan lebih-lebih. Baru bertunang, belum apa-apa lagi tahu!” Muna sempat memberi amaran ketika berlalu ke kereta.

“Hisy! Apa Kak Muna ni, malu cakap macam tu depan mak cik...” Umar Khalil sedikit menyanggah, sedikit segan silu kerana ibu Yasmin Zulaikha ada di situ. 

Muna tergelak-gelak, suka hati melihat wajah adik yang serba salah.

Emak tersenyum-senyum.

Adik beradik Umar Khalil yang lain tumpang ketawa. 

Kenderaan MPV milik abang long Umar Khalil bergerak keluar ke jalan raya, meninggalkan debu-debu yang berterbangan sebelum mendak semula ke bumi.

“Min, ajaklah Umar masuk. Makanan banyak lagi di dalam. Jamahlah dulu apa yang patut,” emak bersuara sebelum melangkah masuk.

Umar Khalil tersenyum. Bergerak ke pintu, menanggalkan kasut dan melangkah masuk. Ruang depan sedikit berkecah. Anak bongsu Abang Yassin terlentang lena di atas sofa. Yasmin Zulaikha menghela tetamu istimewanya ke dapur. Hidangan tersedia di atas meja, baki makanan yang dipindahkan ke pinggan baru untuk dinikmati tetamu yang baru.

Yasmin Zulaikha menemani Umar Khalil makan, bercerita serba sedikit majlis tadi. Emak datang menyertai mereka tetapi minta diri beberapa minit kemudian kerana mahu melayan teman-temannya yang mahu beransur pulang. 

“Zu dah okey sekarang?” Umar Khalil memandang Yasmin Zulaikha.

“Baik saja...” si gadis selamba.

Umar Khalil tersenyum.

“Ini detik baru bagi kita. Saya harap kita sama-sama bersedia untuk masuk ke satu lagi fasa baru selepas ini...” suara Umar Khalil tenang.

“Insya-Allah...”

Mereka saling bertukar senyuman.

Bersambung

previe novel yg best..sr 11

Bukan Yang Pertama
Oleh: SALINA IBRAHIM

Ini permulaan
Maghrib tua. Yasmin Zulaikha baru menyudahi zikirnya sebelum menyambung solat sunat syukur sebanyak dua rakaat. Ada ketenangan rebas ke hati. Ada kelegaan juga di jiwa ketika dia menghabiskan doa terakhir, “Ya Allah, jadikanlah aku orang yang banyak bersyukur dan orang yang banyak bersabar. Jadikanlah aku kecil dalam pandangan mataku sendiri dan besar dalam pandangan mata orang lain.”

Syukur, segala yang dirancang terlaksana seadanya. Dia pastinya tidak akan sekuat ini tanpa keberanian milik-Nya yang dipinjamkan sedikit ke hatinya. Dan dia berdoa mudah-mudahan keberanian itu akan terus teguh terpasak dalam hati. Dengan izin Allah, dia masih punya masa yang panjang untuk menongkah kehidupan. Dia mahu kekalkan keberanian itu.

Dia menyandar ke kepala katil. Masih dalam keadaan bertelekung. Dari dalam bilik kedengaran suara emak berbual dengan Azlan dan Jason di dapur. Sesekali ada tawa berderai.


Yasmin Zulaikha memejam mata. Teringat-ingat semula kemesraan dan ramah tamah pembesar negara ketika bertamu di kediamannya petang tadi. Walau kunjungan mereka singkat sahaja tetapi dia berbesar hati. Walau dia bukanlah tenaga penting dalam projek homestay yang dia sertai ini tetapi dia rasa diberikan kepercayaan yang bukan sedikit oleh orang yang lebih dewasa daripadanya.

Kepercayaan ini buat dia lebih yakin terhadap diri sendiri! Keyakinan ini penting untuk orang muda sepertinya mengorak langkah lebih berani. Dia sebagai anak desa generasi baru harus membuktikan bahawa dia orang muda yang berani menerima cabaran. Dia harus berfikir di luar daripada kebiasaan untuk membuka horizon baru.

“Tahniah sebab berani buat sesuatu yang baru,” suara Umar Khalil masih terngiang-ngiang di kepala.

Senyuman anak muda wartawan itu, dia sambut seikhlasnya.

“Tok Ketua pernah cerita pada saya, ada seorang budak perempuan masuk program ini. Dia peserta paling muda. Lepasan Universiti Malaya, katanya. Saya bangga sebab saya pun lulusan UM juga. Tapi saya tak sangka pula, perempuan yang dia cakap tu, seseorang yang saya pernah kenal. Tahniah sekali lagi Zulaikha,” ada senyuman tidak kering di bibir anak muda itu.

Yasmin Zulaikha senyum juga. Tidak tahu bagaimana mahu bereaksi.

“Tak usahlah puji-puji sangat. Saya takut. Ini baru permulaan. Tak tahu apa yang ada di depan sana. Tak tahu sama ada saya boleh atau tidak teruskan semua ni,” dia membalas.

Umar Khalil merenungnya.

“Insya-Allah. Ingat orang kata, istiqamah? Tetap teguh dengan apa yang kita lakukan. Kalau awak tahu apa yang awak buat, insya-Allah, semuanya berjalan baik.”

Dia diam, merenung dalam diri sendiri. Dia tidak berani untuk merangka yang bukan-bukan. Dia mesti melakukannya satu-satu. Dia harus mengatur langkah demi langkah agar tidak tersadung sendiri.

Tetapi kata-kata Umar Khalil memang ada benarnya. Bahawa istiqamah - teguh dan mempertahankan pendirian, tidak berganjak dan tidak mundur ke belakang - adalah senjata seorang mukmin. Bukankah budaya istiqamah yang dibawa oleh personaliti silam seperti Sumayyah Khayyat yang teguh dengan pendirian walaupun nyawa jadi galang-gantinya?

Tetapi dia bukan Sumayyah Khayyat. Dia hanya Yasmin Zulaikha yang masih kekurangan segala.

“Terima kasih. Saya tak sangka berjumpa dengan kawan satu universiti dahulu. Dah lama saya tak ada kawan yang muda. Sejak masuk program ni, kawan-kawan saya semua kategori makcik-makcik dan pakcik-pakcik saja!”

Umar Khalil ketawa besar.

“Okey apa, dapat belajar banyak daripada orang tua. Mereka kan berpengalaman.”

“Ya, jangan saya jadi tua sebelum usia sudahlah!” dia terlancar.

Berderai ketawa mereka berdua.

Mak Long Zakiah datang ke meja mereka dengan pinggan berisi bihun goreng dan seketul karipap. Duduk di sebelah Yasmin Zulaikha.

“Esok keluar surat khabarlah kamu. Ini ha, dah diinterviu wartawan pula,” wanita peramah itu merenung Yasmin Zulaikha dan Umar Khalil silih berganti.

Yasmin Zulaikha meletakkan tangannya atas tangan Mak Long Zakiah.

“Mari saya kenalkan mak long. Nanti mak long pun boleh masuk surat khabar juga. Ini Encik Umar Khalil. Dia sebenarnya kawan saya masa di universiti dulu.”

Umar Khalil tersenyum. Anak muda itu mengangguk sekali pada Mak Long Zakiah. Mak Long Zakiah pula merenung anak muda itu agak lama sehingga Umar Khalil sedikit serba salah.

“Oh, dah kenal rupanya. Patutlah mesra. Siapa nama tadi?”

“Umar Khalil, mak long.”

“Umar? Sedap nama tu. Macam nama sahabat Rasululullah. Khalil tu pula maksudnya sahabat. Eloklah, Si Yasmin ni pun belum bersahabat! Kawan-kawan dia kat sini semuanya orang tua macam mak long ni. Elok sangatlah tu!” lancar Mak Long Zakiah bersuara.

Yasmin terasa mukanya panas.* Dia terperasan emak yang duduk di meja hadapan sana, menoleh sekali-sekala ke arah meja mereka.

Umar Khalil pula tersenyum-senyum, tidak terkata.

Mak Long Zakiah bangun mengangkat pinggannya. Mahu mencari tempat lain katanya. Tidak mahu mengganggu perbualan orang muda, tambahnya.

“Maaflah. Mak Long Zakiah tu memang suka mengusik.” Yasmin Zulaikha cepat-cepat bersuara, ingin menghapuskan kecanggungan Umar.

Umar Khalil mengangguk, senyum ramah lagi.

Ada ketukan di pintu mengejutkan lamunan Yasmin Zulaikha. Dia beristighfar. Panjang sekali angan-angannya. Dia bingkas ke muka pintu. Azlan tersengih, cepat-cepat meminta maaf kerana menganggu rehat si kakak. Kemudian memberitahu dia hendak membawa Jason ke majlis berzanji dan marhaban di rumah bilal Hasan.

“Elok-elok bawa motosikal. Habis di sana, balik terus. Jangan melencong ke lain!”

Azlan buat muka.

“Nak melencong ke mana dalam kampung ni?”

Yasmin Zulaikha masuk ke bilik semula. Kembali membaringkan tubuh atas katil dan mengkhayalkan saat pertemuan sepetang. Wajah Umar Khalil melayang datang, bertamu di panti ingatan. Dia sahabat yang kurang dikenali sebelum ini, walaupun benar mereka pernah sekampus, malah pernah menginap di kolej kediaman yang sama dahulu. Sekadar kenal begitu-begitu saja. Yang dia tahu, Umar itu bekas pelajar aliran Sains.

“Tak boleh memilih kerja, Zulaikha. Saya cuba apa saja yang ada. Kerja yang bukan bidang sendiri pun tak apa. Lebih baik daripada menganggur. Saya sebetulnya sedang bercuti sekarang. Balik kampung di Taiping. Ada kawan di Kementerian Pelancongan beritahu mengenai program ini. Dia bagi nombor telefon Tok Ketua. Saya hubungi, kami sembang-sembang dan saya buat keputusan langsung ke mari, melihat-lihat apa yang menarik.”

“Untung begitu. Graduan perempuan lebih ramai menganggur dari lelaki, walaupun ramai graduan perempuan ada kelayakan lebih baik dari lelaki. Tapi majikan pilih lelaki.”

Umar tergelak.

“Itulah hakikatnya…”

“Perasan!”

“Saya akan tulis kisah yang baik-baik mengenai awak, Zulaikha,” ujar anak muda itu sebelum beredar petang tadi.

“Untung ada kawan wartawan.”

“Tolong kawan.”

Dia masih ingat, emak tidak habis-habis memandangnya ketika mereka dalam perjalanan pulang dari dewan jamuan.

“Kata Mak Long Kiah, budak lelaki tu kawan satu universiti dengan kamu? Dia dah kahwin?”

“Kalau sudah, kenapa? Kalau belum, kenapa?”

Emak tersenyum-senyum.

Yasmin Zulaikha rasa dia terlambung ke daerah mimpi. Azan sayup-sayup di udara, tersentuh di telinga. Dia terasa seperti berjalan di awang-awangan ketika tersentak terkejut mendengar deringan nyaring telefon di ruang tamu.
(Bersambung

CERITA DI SABALIK NAMA UMAR KHALIL..



Dari novel ni,,,nama ku ku sematkan sbg nama pena ku..tp sebelum novel ni,,mmg da ade nm ni,,xsangka nm umar khalil dlm novel ni,,membuat aku mengimbau kembali kenangan nm umar khalil...biar ar jd rahsia...tp nm umar khalil terkesan di hati ku....bukan aku membenci nm MOHD FARID BIN MANSOR..tp setiap org ada nama penanya..begitu gak aku,,,hurmmm....hnya warga ukhwah.com memanggil nm umar khalil...di luar aku tetap farid....then...terima kasih kepada arwah ustaz ahmad,,penah memanggilku umar khalil satu ketika dahulu sebelum umar khalil muncul di novel bukan yang pertama....pape pun,,novel ni ingatkan aku nm umar khalil...tahniah buat kak salina ibrahim..novel yang bermutu..


Bukan Yang Pertama 
Tajuk: Bukan yang Pertama

Penulis: Salina Ibrahim

Cetakan pertama: 2009
ISBN: 978-983-3603-63-3
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Harga: RM 34.00 (Sem. Malaysia), RM 37.00 (Sabah & Sarawak)
Tebal: 800 halaman 

“Sesuai dengan struktur novel bersiri, Bukan yang Pertama memenuhi satu daripada ciri penulisan novel bersiri dengan mewujudkan elemen 'cliff-hanger' pada akhir setiap episod. Elemen ini meletakkan pembaca dalam keadaan tertanya-tanya, dan ada ketikanya terkejut, dan ada waktunya menahan nafas dalam jerutan saspen yang mendebarkan. Unsur 'cliff-hanger' ini menguja sensitiviti pembaca di samping menempatkan pembaca pada takah tidak sabar untuk mengikuti kisah selanjutnya,”

Dr. Amida Abdulhamid – Pengkritik Sastera

Yasmin Zulaikha Basri, graduan universiti tempatan pulang ke kampungnya setelah gagal mendapat peluang pekerjaan di ibu kota. Di kampungnya, dia mengambil alih perusahaan kecil kudapan tradisi yang diusahakan oleh ibunya bersama Hasniah, ibu tunggal beranak tiga.

Sememangnya dia seorang wanita yang cukup tabah. Memikul tanggungjawab sebagai usahawan di desa sendiri, dia turut menggalas tugas sebagai anak solehah dan dalam masa yang sama dia harus menjadi contoh teladan buat dua orang adik angkatnya, Anis dan Azlan.

Berbekalkan didikan agama dan ilmu yang diperoleh semasa menuntut di universiti, sedikit demi sedikit dia mula memahami nilai falsafah di sebalik tugasnya yang penuh dengan cabaran. Dia cuba memahami tuntutan syarak dengan menjadi tuan rumah yang baik, belajar menjana ekonomi dengan cara tersendiri dan cuba menjadi anak muda contoh yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan desa.

Sudah lumrah kehidupan, antara hal peribadi dengan urusan kerjaya pasti akan bercanggah. Anis, gadis yang memberontak pulang ke kampung setelah digantung kolej. Tidak cukup dengan itu, setelah pulang ke kampung, tingkahnya yang semberono telah mencetuskan kebimbangan pada keluarganya.

Yasmin Zulaikha juga harus menangani hal Jason, pemuda yang pada asalnya adalah tetamu di homestaynya. Jason tertarik dengan agama Islam namun niat murninya itu ditentang hebat oleh keluarganya.

Watak Ustaz Mustakim, duda beranak tiga muncul menagih kasih Yasmin Zulaikha. Di sini pembaca akan berteka-teki mengenai pilihan hati Yasmin Zulaikha apabila mucul watak Umar Khalil, kenalan ketika dia menuntut di universiti.

Emosi pembaca pasti terusik apabila penulis mula menjalin plot cerita cinta tiga segi antara Hasniah, Ustaz Mustakim dan Yasmin Zulaikha. Apakah kesudahan konflik ini? Apakah Yasmin Zulaikha akan menerima cinta Ustaz Mustakim?

Watak Yasmin Zulaikha diangkat sebagai wanita muda yang bersemangat waja, berani menongkah arus, berwibawa dan penuh keterampilan dalam aspek kepemimpinan. Beliau sedaya upaya berjuang merentasi pelbagai rintangan dan tidak pernah menyerah kepada kegagalan.

Bukan yang Pertama mengangkat dan mempersembahkan alihan konsep cinta, perjuangan, intelektual dan survival hidup yang selari dengan syariah Islam. Penceritaan dengan plot yang berturutan mengikut kronologi masa, tempat, emosi dan konflik disusun kemas. Bahasanya cukup mudah dan diselangselikan dengan terjemahan ayat-ayat Quran dan hadis menambahkan lagi rencah dalam penceritaannya.


wordpress.com/tag/bukan-yang-pertama/

al insan

by;umar khalil al palongi

sekadar gambar hiasan



Tersebutlah kisah di sebuah negeri... sedang seorang raja berada di dalam sebuah majlis anjurannya sendiri, baginda ternampak sesuatu di luar istana. Nun di kejauhan seorang rakyatnya sedang berjalan kaki menghala ke istana. Keadaannya berjalan bagaikan orang mabuk kepayang. Raja bertanya kepada Memanda Menterinya, “Siapalah gerangan yang berjalan seorang diri bagaikan tidak tentu halanya itu?”
“Pada pandangan patik yang belum kabur ni tuanku, orang itu seperti di timpa masalah yang berat, barangkali dia berhajat untuk menemui tuanku,” jawab Memanda Menteri yang sudah terlalu lama berkhidmat.
“Kalau benarlah bagai dikata, beta bersedia untuk menemuinya. Jangan halang dia masuk jika dia datang untuk bertemu dengan beta.” perintah raja pada memandanya. Tersengguk-sengguklah Memanda Menteri menuju ke luar singgahsana raja. Tidak pernah jemu dia berkhidmat dengan raja yang memang terkenal dengan keadilan dan kebaikannya. Sementara menanti, raja ternampak habuk pada singgahsananya.
“Dayang! Bawakan beta vacuum cleaner,” titah raja. Terkocoh-kocohlah dayang membawa vacuum cleaner menghadap raja.
“Ampun tuanku, patik baru saja selesaikan di bahagian sana,” jawab dayang dengan rasa bersalah.
Tanpa banyak soal, raja terus mencapai vacuum tersebut dan memvacuum singgahsana serta carpetnya sendiri.
“Jangan tuanku, jangan... Itu sepatutnya tugas patik tuanku,” pinta dayang dengan rasa bersalah.
“Udah.. biarkan saja dayang, jangan nak berebut-rebut dengan beta.
Nanti tersentuh tangan, batal air sembahyang!” kata raja tegas. Begitulah tegasnya si raja dalam menjaga syariat. Terkulat-kulatlah dayang melihat baginda raja terbongkok-bongkok memvacuum carpet dan singgahsananya sendiri. Tidak lama kemudian, masuklah memanda menteri. Alangkah terkejut si Memanda Menteri melihatkan suasana yang berlaku di hadapannya.
“Dayang! Awat hang pergi biar raja buat sendiri kerja-kerja tu?” teriak Memanda Menteri. Terketar-ketar dayang sambil tertunduk takut.
“Biarkan... beta yang nak buat sendiri... Beta pun hamba... hamba ALLAH...” kata raja selamba.
“Ampun tuanku... patik mohon beribu ampun...,” kata Memanda Menteri.
“Beta sebenarnya tak ada kuasa untuk mengampunkan sesiapa. Oh ya... memanda, ada satu perkara yang beta nak beritahu pada memanda,” kata raja setelah selesai memvacuum dan berjalan menuju ke satu ruang. Memanda mengikut dari belakang.
“Begini... berapa tahunkah umur memanda?” tanya raja sopan.
Terkejut juga memanda mendengar pertanyaan raja yang tak semena-mena itu.
“Err... kalau ikut dalam IC ni dah hampir 70 tahun tuanku,” jawab Memanda teragak-agak.
“Emm..” raja berjalan mudar-mandir. “Sebenarnya beta nak beri tugas yang lebih ringan tetapi kedudukannya lebih besar dan lebih tinggi dari jawatan memanda sekarang,” sambung raja lagi.
“Err... tugas apa tu tuanku?” tanya memanda semakin tak sabar.
“Begini, memandangkan usia memanda yang sudah veteran, beta rasa eloklah memanda banyakkan tugas untuk ALLAH, tidak payahlah lagi memanda bersusah payah untuk beta. Namun begitu, beta masih mahu memohon nasihat memanda yang beta telah anggap seperti ayah sendiri. Mulai hari ini beta mahu memanda berehat di rumah sambil mempertingkatkan hubungan dengan ALLAH. Jika ada apa-apa masalah, beta akan hubungi memanda melalui handphone yang akan beta berikan kepada memanda selepas ini.” ujar raja dengan teratur. Sedih pilu juga memanda mendengar kata raja kerana terpaksa berpisah dengan raja kesayangan tetapi sebagai seorang rakyat yang taat, memanda akur. Mulai hari itu, Memanda Menteri bertukar jawatan menjadi Penasihat Kehormat Diraja yang beribu pejabat di rumah sendiri.
Selepas bercakap dengan Memanda Menteri, hulubalang datang mengadap.
“Assalamu’alaikum tuanku, ada seorang hamba mahu menghadap tuanku,” lapor hulubalang.
“Wa’alaikumussalam, persilakan dia masuk menghadap. Beta berbesar hati untuk bertemu dengannya,” jawab raja.
Masuklah si hamba rakyat tadi dengan keadaan sugul dan terpinga-pinga.
“Assalamu’alaikum tuanku...” kata si rakyat dengan lesu.
“Wa’alaikumussalam sila ke mari. Apa hajat tuan hamba menghadap beta?”
“Tuanku. Patik datang pada tuanku hendak mengadu dan meminta bantuan,” jawab hamba rakyat tersebut.
“Apakah bendanya yang hendak tuan hamba adukan itu? Moga-moga ALLAH mengizinkan beta membantu,” kata raja pula.
“Macam gini tuanku, perihal wakil tuanku di sebelah timur negeri bernama Paduka Marwan Alhamid,” kata hamba itu lagi...
“Begini tuanku, perihal wakil tuanku di sebelah timur negeri bernama Paduka Marwan Al Hamid,” kata hamba itu lagi.
Dia diam seketika kemudian menyambung.
“Wahai tuanku yang adil lagi bijaksana, patik mempunyai seorang isteri yang baik. Dia sayangkan patik dan patik sayangkannya. Dia sangat setia pada patik dan patik juga sangat setia padanya. Tidak pernah patik meluangkan masa untuk mengorat orang perempuan lain.
Sebelum ini, patik adalah seorang yang kaya-raya, punya kambing yang banyak, harta menimbun dan rumahtangga kami tersangatlah harmoninya. Tapi itu dulu. Sekarang...isk..isk..isk,” terputus ceritanya kerana terlalulah sedihnya. Hilang malunya di hadapan raja, menangis teresak-esak. Raja bagai tidak sabar untuk mengetahui episod seterusnya. Segera dihulurkan tisu gulung untuk keperluan si hamba rakyat itu.
Selesai mengesat air mata dan hingusnya, disambung ceritanya lagi.
“Sekarang... keadaan patik sudah berubah. Kambing-kambing patik habis mati semuanya akibat lah Nina, harta patik pula habis dibelanjakan untuk perubatan kambing-kambing patik lantaran itu patik tidak dapat membuat pusingan modal. Patik menjadi miskin harta. Orang ramai serta rakan taulan mula memulaukan patik dan isteri. Kemudian bapa mertua patik pula datang dan membawa isteri patik pergi ...isk...isk ...isk” kesedihannya tidak dapat dibendung lagi. Raja terasa pilu juga mendengar cekerangrama tersebut tapi masih dapat menahan airmatanya dari mengalir. Maklumlah raja... kenalah juga wibawa.
Setelah reda kesedihannya, disambung lagi ceritanya.
“Kini tinggallah patik seorang diri... Betapa malang nasib patik semenjak itu. Lalu patik pergi bertemu Paduka Marwan Al Hamid untuk mengadu nasib malang patik dan berharap moga-moga dengan bantuannya, dia dapat mengembalikan isteri patik dari tangannya bapanya.
Setelah mereka dipanggil menghadap, bapa mertua patik menafikan yang
ada mengenali patik. Isteri patik juga turut hadir. Apabila Paduka
Marwan terpandang akan isteri patik, dia tidak berkelip pun lantaran
terpegun dengan wajah isteri patik itu. Tiba-tiba Paduka Marwan
memarahi patik dan mangarahkan patik dimasukkan ke dalam penjara dan
kemudian berkata kepada bapa mertua patik,
“Wahai bapak, kahwinkanlah anak perempuanmu itu dengan hamba dan hamba akan membayar mas kahwinnya sebanyak seribu keping wang emas dan hamba akan memberi jaminan yang suaminya akan meninggalkannya.”
Bapa mertua patik sangat gembira. Patik yang dukacita. Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan isteri kembali, isteri dikebas lagi. Esoknya patik dipanggil menghadap Paduka Marwan. Dia memaksa patik meninggalkan isteri patik dan telah menggunakan pelbagai akta perundangan dan kekerasan agar patik membuat keputusan meninggalkan beliau. Wahai tuanku, patik sesungguhnya amat kasihkan isteri patik itu. Tapinye... akibat terlalu teruk disiksa, akhirnya patik melepaskan aiteri patik itu walaupun bukan dengan kerelaan hati patik. Maka selepas itu, patik mendapat tahu yang Paduka Marwan menikahi isteri patik itu. Isk... isk... isk...” Kesedihan si rakyat berulang lagi setelah selesai bercerita. Kali ini tangisannya semakin keras.
“Udahle tu... Ingatlah ALLAH banyak-banyak. Setiap ujian yang menimpa diri kita, ALLAH datangkan dengan terselit hikmah disebaliknya. Walau bagaimanapun, beta akan cuba membantu tuan hamba, insya-ALLAH,” kata raja cuba menenangkan hati sihamba rakyat.
“Hai... Marwan kenapalah kau bersikap demikian. Memalukan kerajaan kita sahaja. Gamaknya orang macam kau sudah tak layak menjadi pemimpin daerah. Hmm.. baik aku contact Memanda Menteri,” getus raja dalam hati lalu menekan nombor pada handphonenya. Raja menuju ke satu sudut dan mula bertanyakan pandangan Memanda Menteri yang ketika itu sedang menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH di halaman rumahnya. Si hamba rakyat cemas menanti keputusan dari raja. Tidak lama kemudian, raja pun menghampirinya.
“Hurmm…memanda beta menasihati beta agar kita istikharah dulu,dan berdoa banyak-banyak kepada ALLAH,lagi pun dah nak masuk zohor ni,moleklah kita berjemaah dulu”.pujuk raja yang cukup prihatin itu sambil buat muka manis seperti tak ada masalah.Hamba rakyat terasa terpujuk dengan kata-kata raja itu.
Usai solat zohor,raja itu masih lagi terus berdoa,hamba rakyat bermasalah tadi hanya melihat dengan penuh sayu,terdetik dihatinya, “kalau dia seorang raja tidak sombong memohon kepada ALLAH untuk kebaikan ku,Kenapa harus ku berdiam diri tanpa memohon apa-apa kepada ALLAH?sombongnya aku ya ALLAH,telah engkau berikan ku musibah ini,aku masih sombong kepada MU.”
Selesai mereka bermunajat,maka bersiap sedia untuk bergerak bertemu Paduka Marwan Al Hamid.limosin diraja telah dipersiapkan.
“eh tak perlulah guna limosin ni,minyak dah mahal waktu ketika ini,pergi simpan semula,beta dan pengadu ini akan menaiki motor sahaja,biar beta bersama rakyat merasa kesusahan bersama.bagi helmet beta”.arah raja tersebut.tertelan air liur hulubalang yang berada dan terkocoh-kocoh memberi helmet raja tersebut.
“hah!hulubalang-hulubalang,kamu semua sudah solat?sungguh ambil berat raja itu,
“belum tuanku.jawab salah seorang hulubalang.
“pergi solat dulu,bergilir-gilir bertugas,kerja-kerja jugak,solat jangan lupa,kalau tak,rosak agama kalau tiangnya roboh”.raja cukup efisyen tentang solat bagi penjawat-penjawat istananya.
Maka bergeraklah mereka ke sebelah timur negeri,untuk menyelesaikan masalah yang belum selesai itu.
“Assalamu’alaikum,salam pertama diberi oleh raja alim itu di rumah Paduka Marwan Al Hamid “Assalamu’alaikum!ada orang ke tak ni?kalau ada jawablah,ai senyap saja”,,assalamualaikum….“Wa’alaikumussalam,,,jawab sesorang dari dalam rumah tersebut.”haa ada pun orang”kata hati raja.
Keluar lah Paduka Marwan Al hamid.melihat raja bersama hamba rakyat itu,Paduka itu cemas,lalu dia dah membayangkan natijah perbuatannya bila kuasanya disalahguna…
“Ampun patik tuanku,sila naik teratak patik.”paduka marwan cuba berbuat baik.
“Takpa paduka,kat luar sahaja,angin petang ini cukup menyamankan.”raja menunjukkan provokasinya.
Paduka marwan sudah seperti cacing kepanasan dengan provokasi sang raja.sang hamba rakyat itu dengan muka sugul lagi,memandang tepat kearah paduka marwan.lagilah paduka marwan tidak senang duduk.
“Ampunkan patik tuanku atas ketelanjuran patik tuanku”.tiba-tiba paduka marwan melutut dihadapan raja.
“Beta kecewa dengan sikap kamu paduka!apa sudah gadis lagi kah di wilayah kamu untuk dijadikan isteri?Kenapa isteri orang jua kamu rampas?apakah kamu tidak ingat kepada syariat ALLAH?apakah sudah buta hati kamu untuk menilai mana yang baik dan buruk?”
bertalu-talu soalan raja kepada paduka marwan.tapi marwan hanya diam,dan terus diam.raja yang berilmu serta mengamalkan ilmunya itu,memulakan ceramah percumanya untuk berpesan kepada paduka marwan,hamba rakyat serta rakyat hamba itu.
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
raja itu mula mukadimah dari sepotong dalil Alquran yang dipetik dari surah annur,”wahai paduka marwan,lupakah kamu dengan ayat ini?tanya raja sebagai cara menghidupkan hati paduka marwan itu semula..
paduka marwan mula menangis,menangis semahu-mahunya,raja itu mengeleng,dan dia teruskan ceramahnya yang sebelum waktu asar tiba,
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Raja itu membacakan lagi dalil dari Alquran..”hai paduka marwan.dah jelas lagi nyata syariat Allah menjaga muamalat sesama muslim,Kenapa kamu gelap hati menerima dan mengikuti semua ini paduka marwan?.raja itu cukup lembut memberikan tazkirah ringkasnya..
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah: `Marilah kubacakan apa yang diharamkan ke atas kamu oleh Tuhanmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibubapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahu pun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar'. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami(nya)." 

Cukuplah dengan kalam-kalam Allah menghidupkan kembali hati paduka marwan menjadi pemimpin yang bertakwa..
“patik berdosa kepada Allah,tuanku,patik berdosa kepada hamba rakyat ini tuanku,patik telah menzalimi diri sendiri,”paduka marwan menangis teresak,cukup-cukup menginsafkannya,
“Nah,ambil ini,”raja yang mulia itu menghulurkan tisu gulungnya,kerana dia sudah jangka adegan menangis teresak-esak,memang akan terjadi,
“sudahlah paduka marwan,dah masuk asar ni,mari kita jemaah bersama,minta ampunlah kepada ALLAH,setinggi mana pun dosa kamu,ALLAH akan ampunkan”.pujuk raja yang mempunyai kualiti pemimpin yang cukup disegani itu.


SEKIAN….HEHEHEHEHE..KEMBALILAH KEPADA FITRAH INSANI




p/s;fikir-fikirkanlah.....

Thursday, December 25, 2008

kita di tahap yang mana???

Golongan 1





Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.









Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.








Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.








Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalamsembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.








Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.








Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedardan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga! Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa - apa. Allah belum lagi cinta orang ini.








Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.






Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )







Golongan 9.

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kala! u ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikandidalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyangitulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengantuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilaisembahyang kita di tahap yang mana.







Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk bolehmengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.







Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang.Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman,



semoga tertegak kembali daulah Islam.



perpisahan....

AJIZ,,,BOB,,,YOB
Doa Perpisahan
Album : Teman Sejati Munsyid :

Brothershttp://liriknasyid.com


Pertemuan kita di suatu hari

Menitikkan ukhuwah yang sejati

Bersyukurku kehadap Illahi

Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi

Dugaan yang menimpa diri

Bersabarlah diatas suratan

Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku

Dalam doa kudusku sepanjang waktu

Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu

Dalam mendidikan kesabaranku

Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu

Diatas perpisahan iniO.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku

Menghadapi perpisahan ini

Pahit manis perjuangan

Telah kita rasa bersamaSemoga Allah meredhoi

Persahabatan dan perpisahan ini

Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku

Dalam doa kudusku sepanjang waktu

Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu

Menjadi ingatan setiap waktu

Tanda kemesraan bersimpul padu

Kenangku di dalam doamuSemoga...

Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...



indah sungguh bait2 lirik dr kumpulan brothers...tp pertemuan dan perpisahan itu lumrah kehidupan,,,dan kami sebagai kwn baik,,bkn berpisah utk terus,,hhehehe,,,tp kehilangannya dia rasa la,,,,dr sekolah yang sama,,then,,kami berjumpa semula setelah 5 tahun berpisah,,,pastu kami berjumpa kembali,,,terus berkerja di tempat yang sama,,,dan,,,dia berhak utk memilih masa depannya....dan aku perlu redhai,,aku doakan ko berjaya jiz...

smlm kami,,abiskan masa bersama2,,,g mancing,,banyak benda kami borak,,,,terasa keserasian kami...dlm lawak,,dlm gelak,,dlm serius,,byk yang boleh serasikan.......xpe,,,rezki aku mayb menyusul akan dtg,,,,semoga ko dpt n bjaya medidik anak bangsa,,dan anak yang membawa islam sbg cara idup mereka....insyaAllah....

mlm td,,kmi dok borak,,dari awl pertemuan kami di skolah teknik kajang...sampai la da besar panjang skang ni,,,hurm....indahnya persahabatan....dan trima kasih wahai sahabat..kerana ko sentiasa berterus terang dgn aku,,,dan sikap aku ni,,mmg byk nak ubah...

skang tinggal aku n yob sbg wakil teknik,,hehehe,,,pasni ni mayb yob plak,,kita xtau..xpe,,dlu kita bertiga g mn je,,ade ms kita bjumpa lg....papehal aku doakan ko yg terbaik..insyaAllah,,,


Wednesday, December 24, 2008

wanita suci


Wanita Suci,Mungkin aku memang tak romantik,
tapi siapa peduli..?
Kerana kau belum begitu mengenaliku.
Bagiku kau seorang yang sempurna,
tidak mampu aku samakan dengan yangterindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu adalah salah satu dari semua itu.
Wanita Suci,Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh.
Kerana akan membuatku mengingatmu
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,sesemangat mentari Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayal kuyang masih penuh lumpur
Kerana dirimu sesungguhnya terlalu suci Wanita Suci,
Berdua menghabiskan waktu denganmu, bagai mimpi tidakberhujung Ada ingin tetapi tidak ada henti, berkelebat selalu Meski dengan matamu pun tidak berani kau menatapku
Jangan pernah kalah dengan mimpi..!!
Inginku, kerana sucimu kau pertaruhkan
Mungkin kau tidak peduli,
tetapi kau hanya menjadi wanita biasa dihadapanku bila kau kalah
Dan tidak lebih dari wanita biasa !!
Wanita Suci,Jangan pernah kau tatapku penuh.
Bahkan tidak perlukau lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan kerana aku terlalu indah,
tetapi kerana aku seorang yang masihkotor
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku,
meniru laku seperti Rasul
Meski hati jauh lebih kotor dari lumpur Kau memang suci, tapi masih dapat dimanipulasi Kerana kau manusia biasa,
hanya seorang wanita biasaWanita Suci,
Beri Sepenuh diri pada Dia,
Sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati kau damba Kehadapan Illahi.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, tidak perlu difikir lagi
Biarkan lelaki suci menjemputmu dalam rangkaiankhitbah dan akad yang indah
Atau biarkan dirimu yang menjemputnya, kerana ituadalah hakmu..!
Seperti dicontohkan ibunda Khadijah Jangan ada ragu..!
Semua terukir dalam kitab suciWanita Suci,Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh ikhlasRelakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu
Mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada sampai kau matiMungkin itu kau terlalu suci untuk semua lelaki didunia fana ini
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmuYang kau bangun dengan segala kekhusyuan tangis doamuWanita Suci,
Ingatlah pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu,
tetapi itu pilihanNyaTidak ada yang lebih baik dari pilihanNyaMungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilihitu, melainkan
Pada jalan yang kau pilihAtau kebaikkan itu terletak pada kekasih tertinggi Kekasih tempat kita memberi cinta dan menerima cinta

nasihat dari kami....

























































































































Tuesday, December 23, 2008

aktiviti yang xpernah wat mase kecik2..







meraso gak main golf,,,










haaaa.....tu dia..aktiviti kami bertiga,,,,dah xde kj lain,,dok main moto polis,,hheeee...maso kocik-kocik tak dapek nak meraso semuo ni,,,hehhehhe,,,,,jangan jeles seh....


satu perkahwinan



alhamdulillah,,padil(presiden corrum85)selamat menjadi pemimpin family barunya pd 19hb 12,,,pas waktu asar dgn status yang baru bergelar suami,,,senyap2,,diam2,,tup2 dia kawen..kami kwn2 semua tumpang gembira....kali ini yg hadir hampir semua ahli corrum85....terlanjur itu,,,,tak salah aku berkongsi sesuatu kat dlm blog ni...
Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapatkeberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut :
-1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.Surah Al-Furqan ayat 74 :-
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."
2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.


4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.Firman Allah yang bermaksud :-
"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."
Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.
5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.
6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.
7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.
8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa denganmaksud:-
"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."
Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami. "Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya Kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lainakan menambahserikan rumah tangga.Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti ::




Ukhwah.comhttp://www.ukhwah.com/
so leh la,,kita amik iktibar dari artikel ni,,,n ade byk lg artikel kat ukhwah.com,,,,so leh la join n lawati ukhwah.com.....
papepun..aku ucapkan tahniahk kepada padil serta isteri,,,semoga berkekalan jodohnya sampai bila2,,bg diri ini?elok n lebih baik solo dlu,,,,kahkahkahkah...adios...

melihat positif....




Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...AND FINALLY .......

!!!BELAJARLAH BERSYUKUR.......

resipinya....


PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH


Marhalah Takwin (Peringkat Pembentukan)Marhalah Takwin atau peringkat pembentukan anggota Islam merupakan tahap kedua selepas peringkat pengenalan (ta’rif). Setelah kerja penyebaran kefahaman Islam berjalan dengan baik, pendakwah perlu memilih daripada kalangan mereka yang menerima dakwahnya untuk dibentuk, dilatih supaya berlaku pengislahan dan peningkatan syakhsiyah individu tersebut sehingga menjadi muslim yang memiliki ciri-ciri Islam sebenar. Mereka diharapkan akan menjadi pendakwah dan pendokong Islam pada masa depan.Demikianlah sebenarnya apa yang pernah dilakukan oleh Rasullullah SAW. Baginda menyeru manusia kepada Islam dan kemudian mendidik mereka sehingga lahir sebagai da’i, mujahid dan pejuang Islam yang berperanan menyebar, mengembang dan mempertahankan Islam.


KEPENTINGAN MARHALAH TAKWIN


Tanpa marhalah takwin, orang yang menerima seruan dakwah tidak dapat sampai kepada hakikat Islam sebenarnya kerana Islam bukan sekadar kefahaman dan keinginan, tetapi lebih daripada itu memerlukan penghayatan dan pelaksanaan dalam kehidupan. Islam bukan teori sahaja, tetapi mesti diikuti dengan praktikal. Untuk menjadi manusia yang mampu melaksanakan Islam, maka setiap individu perlu melalui proses pembentukan dan tarbiyah. Ini merupakan sunnahtullah dan sunnah yang ditunjuk oleh Rasullullah SAW.Antara sebab kejayaan Rasullullah dan sahabat-sahabatnya dalam kerja-kerja dakwah ialah baginda berjaya membentuk kader-kader yang dapat berperanan menerus dan melaksanakan tuntutan-tuntutan Allah SWT.Dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah antara contoh zaman baru yang melaksanakan kerja-kerja dakwah dalam bentuk ini. Mereka berjaya menerus dan memperkembangkan dakwah Islam hampir ke seluruh pelusuk dunia dan dakwah itu semakin berkembang.Dakwah tanpa diikuti dengan pembentukan syaksiyah tidak akan memberi makna kepada Islam. Islam memerlukan para pekerja dan pejuang yang sanggup memikul amanah besar dan mulia yang pernah dilakukan oleh para Rasul. Islam memerlukan muslim yang bersedia menegakkan syariat Allah, mempertahankannya daripada ancaman dan serangan musuh-musuh Allah.

“Dan orang-orang Yahudi juga Kristian tidak akan reda sehingga kamu menurut Agama mereka.” (Al-Baqarah: 120)

Islam tidak akan berkembang jika umatnya hanya menjadi permerhati kepada perjalanan sejarah, bukan pembentuk sejarah. Orang-orang yang tidak dibentuk dengan tarbiyah Islamiyah yang syamilah (sempunra) hanya mampu menjadi penonton dan akan berduyun-duyun menjadi pelarian apabila musuh membuat serangan. Serangan musuh akan datang dalam berbagai-bagai bentuk, samaada ideologi, budaya mahupun serangan senjata. Ini semua memerlukan kepada para mukmin dan mujahid yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegak dan mempertahankan keyakinan mereka terhadap Islam.Inilah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah. Dakwah yang menghasilkan kualiti dan membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Bukan dakwah yang menjadi adat atau sekadar upacara pada hari atau musim tertentu yang dilakukan tanpa konsep yang jelas dan dorongan yang betul.


MATLAMAT DAKWAH ISLAM


Dakwah Islam bukan sekadar ingin mengajak manusia kepada syiar-syiar yang bersifat juz-i seperti penghayatan beberapa sunnah kecil daripada sunnah Rasulullah, tetapi dakwah Islam bermatlamat mengajak manusia hidup berdasarkan sistem Allah serta memperjuangkannya sebagai ad-din yang syamil dan kamil.“Adakah kamu beriman dengan sebahagian daripada al-Kitab dan kufur terhadap sebahagian yang lain. Tidak ada balasan bagi mereka yang berbuat demikian kecuali kehinaan di dunia dan di akhirat dan akan dicampakkan ke dalam azab yang pedih dan Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.”Oleh itu dakwah mestilah dilihat sebagai kerja besar yang sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup di bawah sistem Allah serta dan menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. Untuk sampai kepada okjektif yang betul dan matlamat yang tinggi seperti dikehendaki Allah, para pendakwah perlu memahami dan menghayati fiqh al-dakwah dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh. Insyaallah segala usaha akan mencapai kejayaan dengan kemenangan serta keredaan Allah SWT.