Monday, June 29, 2009

di balik cermin mimpi..

dulu aku suke dengar lagu ni,,dalam makna liriknya..lagu2 m nasir mmg ade makna yang tersirat n ade cerita disebalik lirik tu...so mari kita sm2 layan,,zaassss....


Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna
Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih,
kasih murni
Mencurah kasih
Di balik cermin,
cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati
Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

isteri kesayangan suami...

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini.

Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi.Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesunyian dalam ruang dada si suami itu.

Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya.Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan.

Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu menjawab soalan ini;
1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?
2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?
3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila memandangnya?
4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?
Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal.

Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia keletihan pulang dari kerja.Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya.

Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami.Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya.

Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apa lagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga.Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda.

Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. .Adalah mustahil suami akan rela dia di “control” oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri.Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami. Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya.

Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya:Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami.

Membina akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa marah dan tawar hati.Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan sahajayang berjaya.Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan.Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt.

Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya.Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya.Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas.

Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja.Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat.

Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu menghapus dosa-dosa mereka.Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka.

Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi.Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka.

Thursday, June 25, 2009

aku rindu....

http://www.ukhwah.com/... apo laman web ni eh?join je la..leh jual buku skali..hehehe..
bermula sejak itu la..aku mengaktifkan diri aku dengan aktiviti2 ukhwah...mari kita tgk ape ceritanya setelah 2 tahun aku bersama portal kesayangan ini...
Assalamualaikum, Selamat datang ke Portal Komuniti ::
Ukhwah.com!Anda sendiri atau orang lain telah menggunakan emel: adjmal_speacialist@yahoo.com untuk mendaftar di Portal Komuniti ::
Ukhwah.com.Berikut ini adalah maklumatnya:-

Nickname: umar_khalil-
Password: O3x22Flt
ni la emel yg ukhwah hantar sbg tanda aku sah menjadi salah sorg warga komuniti itu...
ye pada niat asalnya aku pun tak tau ukhwah.com ni ape?lama2 kelamaan aku mula sedar ini lah komuniti yang aku cari,,orang kata tak knl,,maka tak cinta..hehehe..
kewujudan ukhwah.com ni bukan pertemuan secara online iaini bhy IT nye alam maya.ahaks..tp di luar alam maya pun.di situ la pertemuan yang membuahkan bibit2 menyemai kasih memupuk ukhwah!!!

kemunculan pertama umar khalil..
sape umar khalil ni?bukan seorang artis pun,,saje je wat gempak,ahaks..aku la umar khalil yg disebut jap tadi,,biase je,,knp nm umar khalil aku pilih?knp aku tak letak nm sarjenkeroro ke,,aiman nabil ke,,atau nama sebenar aku mohd farid.aku pun tak tau jwpnnya..yg pasti aku dlm 2,3 minit mencari nick,,aku agak cenderung memilih nama umar khalil..itu la secara ringkasnya,,jadi nama ni dah di panggil seluruh ukhwahrian umumnya..

ok kemunculana aku dalam jk(jejak kasih) secar tak langsung ms jk pesta buku 2008,,kat pwtc,aku mcm tak percaya kehadiran mereka ketika itu mengunjungi aku,,mmg segan gile..tapi wat dono je,,n layan secara ok,masa tu bertaaruf ckit,,yg aku ingat nm seorg muslimin ni..prof muslim je..dlm ramai2 dia sorg je aku ingat nmnya..dan skang kami jadi kawan baik...

jk rasmi ku yang pertama
selepas jk pesta buku itu,team event ukhwah menganjurkan jk ulangtahun ukhwah yang kelima..dah lima tahun ukhwah dipersana alam maya,,baru aku tau kewujudannya..isk3x,,terlewat aku ni..xpe la..so aku beria2 sgt nak g,,tapi malu..aku sangka dorg ni alim2,,segan nak kwn dgn dorg,,aku dah la sengal ckit orgnya,kang takut mengundang persepsi tak baik kat dorg..aku mmg bersangka bukan2 sebelum menghadiri diri..so aku luahkan la dalam portal isi hati ku disaat itu(chewahhh)..owl_um pun memujuk la...tapi aku blom rasa senang hati lagi tatkala itu..sehingga la pasangan suami isteri khalifah n rumaisha melontarkan kata2 bg aku percaya..ok aku datang...
then satu lagi masalah timbul..huhuhu..mano den nak cokau duit ni...minyak rm20..yuran JK,,rm10..dah 30..kat aku ade rm35 je time tu..hati kata takpa..aku pun g je la..awl subuh aku dah siapkan diri,,,mandi dan tak lupa mengosok gigi..tangjwb sbg muslimin tak ku abaikan jua.
pada pukul 8.00 pg aku dah sampai depan masjid putrajaya..mn budak ukhwah ni?aku dah semangat pakai vest ukhwah ni..takde seorg pun kelibat yang berpakaian seperti ku..aku kol kak shida,,hehe..kak shida angkat...garangnya suara..hah??dah sampai pukul 10 la..waaaaaaa....ape ke halnya aku dtg awl2,,aku tak tgk tentatif program ke?semangat terlebih..ahaks.....so dpendekkan cerita,secara kesimpulannya den dah mulo jatuh hati dengan hubungan ini....dan akan ku turut jk akan dtg...

jk rabeca..aku mula bg komitmen
dapat emel dr kak shida,,mintak wat kutipan sikit untuk jk rabeca..kat umah anak2 yatim kat ukay perdana..yang lebih wat aku tersuntik rasa keukhwahan aku..saya tetap saya(nm btol indra),,dari pahang sanggup dtg menjayakan aktiviti ni..setiap perancangan mesti ade halangan..aku kene keje plak hari tersebut..aku tak penah sedegil itu ,,aku aulakan program ukhwah dr keje aku...nasib bos cukup2 memahami aku,,dan dia mengizinkan aku dalam aktiviti2 kebajikan.so aku g la..kat rabeca takda yang menarik sgt..biase2 je,,tp ok la...tapi semangat kak mar wat aku cukup suka...dalam keadaan sarat mengandung(skang ank dlm kandungan itu nmnya izzah,dah lahir pun),,dia datang menjayakan aktiviti tersebut...dan bertindak sebagai ko ordinator lagi..dasyat la..kat jk rabeca ni la siti shairah sondol keta aku dr belakang,,pastu beria2 mintak maaf,,,ahaks...takut dia ,,hehe.time ni la,mati2 aku ingat abg ardiwira tu warden kat umah anak yatim rabeca..wakakakaka

jk konvo...
aku dalam kelas ketika itu,,aku msg owl..owl ckp kami dah berkumpul,,ati aku takda dlm class,,lagi 15minit class nak abis..aku kuar n mintak xcuse kat pensyarah aku.,.dia mintak alasan..huhuhu...aku nak ckp nak tgk kwn konvo,,aku tercakap aku nak konvo...dah pensyarah aku wish tahniah..sory sgt prof fauzi hamat...dlm keadaan kelam kabut aku tak sempat memperbetulkan keadaan,,ah biarkan la..
sapa yg konvo ni?aku muncul gak dgn lagak kumpulan ruffedge...ahaks...tgk kak sadiqah,,shye,,mohamad n owl_um dah tunggu kat sebatang pokok..dengan keadaan berpeluh..dibwh terik mentari,,kami sabar menunggu sapa yang punya konvo ni,,ahaks..pastu shye sapa aku,,"umar sabar ye,,kita tunggu kak ss jap,,jap lagi dia sampai"..aku tercengang..,,oihhhh..lombut eh,,muko garang..mati2 ingat dio ni garang,,kosan ek xdo la grang..takut den nak togur awl2 konal dlu...
yang ditunggu dah tiba..owhh..konvo ummu safiyyah..gadis dr sabah..ala org kampung kak yati,,hehhe,,aku tak brapa kenal sgt..papepun kn bergamabr gak..ahaks...settle...pastu kak shida belanja bihun sup..

jk al khadeem..satu tanggungjawab
kak ss msg aku...tolong cari katerer utk iftar bersama adik2 di alkhadeem..aku pun tak pikir panjang..abg contact abg man..senang memudahkan dr segi rundingan dan penghantaran.jk alkhadeem la pertemuan aku n azemi pertama kalinya..lor..cekeding je orgnya tapi murah dengan senyuman adanya..dah kahwin dah..tiap kali ym dgn azemi time tu,,takde benda lain serai,nenas,,serai nenas..nenas serai...last2 dia jd cikgu,,,ntah ingat or tak serai n nenas dia..ahaks..ok back tu al khadeem..mcm2 kat alkhadeem terjadi..mcm2 gak idea timbul nak wat lagi la.tp perancangan ade,,tp pelaksana xde,..takjadi gak.ms jk alkhadeem aku invite kwn2 aku dr um join aktiviti2 ni,,so dia pun terkejut gak tgk keberkesanan kami mengumpul2 ahli2 melalui alam maya shj..satu usaha yg baik adanya..

iftar ramadhan...
iftar ramadhan,,mmg membuatkan aku tersnyum bila pikir2kn smula..paling ramai join ms tu.,.akui lebih dapat mengenali ahli baru dan ahli lama..time iftar ni aku gerak awl dr umah.ronda2 kat jalan masjid india n mid valey sblm tu..sj cari2 makanan nak bwk berbuka kat HQ kami tu..last2 dpt gak bahulu n air 100 plus,,jalan punya la lama..hehehe...dengan tak sengaja makanan utk iftar lewat tiba..alhamdulillah dgn bahulu tu gak la dpt menampung pembukaan pose itu..hik hik hik..waitt!!!sebelum iftar aku nak cite ckit..aku baru letakkkan beg,,dan kelihatan prof n bebrapa MT ukhwah ade disana..borak2 dengan mereka sekejap..
sirat kol..keta dia prob,,aku ajak mohamad g tgk...huahuahua..dah la pose,,dok menolak keta sirat...tapi aku bersyukur. secara tak langsung sirat ajak wat saham akhirat...hehehehe....so letak keta kat tepi...gerak menuju tempat iftar...kehadiran semakin bertambah..keseronokan n kegirangan sahabat2 bertemu sahabat2 lama bkunjung tiba..masing2 tersenyum lebar..aku rindu saat tu wujud kembali..mcm biase usai ape2 program segmen bergambor mmg kami suke..biase la...masing2 ada bakat fotogenik,..ahaks...nasib fotogenik,,klu fotogedik,sape nak jwb?

tahfiz!!
seusai iftar..soknye pulak kami ade program kat maahad tahfiz bustamul ulum..hurmm...malam sebelum program tersebut..aku n azrul dok leka menyiapkan bebrapa design utk produk ukhwah..sampai kesahur tak salahnya..pas subuh tido jap...waaaaaa...tgk hp dah kul 11..kat hp aku ada 2 miskol dr shye...huahuahua...aku kol kak ss...aku n azrul nak dtg gak...aku n azrul g gak walaupun dah terlewat...so kami sampai kat sana dah aktiviti sampai ke penghujung nye..
dapat la berjumpa n beramah mesra dgn beberapa adik2 kat maahad tu,,suasana kat sana tenang je walaupun di tgh2 kesibukan kota kat bank negara tu....tapi mcm biase..bergambor ni mmg kami sukai ni.,mcm2 gaya dan posing kami wat,,ade dramatic,,ada candid...mesranya kami bersama ukhwah..ahaks...
balik dr maahad tu,,aku n azrul g shoping,,raya dah nak dekat..hehehehe...oleh sebab maahad tu dekat dengan jalan masjid india..so kat sana la shoping....dengan hujan...becak..last2 balik melepet...penat2 sgt2....
walimah member.
fitrah kehidupan manusia..dr bujang mungkin ke alam perkahwinan..begitu gak dgn ahli2 ukhwah..ade gak kenal2 melalui ukhwah,,tgk2 sampai ke jinjang pelamin..kakak n abg kesygn aku,,abg fir n kak mar,,mngecapi bhagia hasil pertemuan di ukhwah..yang baru2 ni azemi n setanggi syurga,,dan yg bakal tak lama lagi broshir n sakinah azzahra..aku pun myb ikut jejak langkah mereka kot...bukan niat masuk ukhwah cr jodoh,,tp dah jodoh kat dlm ukhwah,,,rezeki la tu,,ahaks..
malah yang bakal menyusul pasni aku rasa mmg ramai..takpe,,menyemai kasih memupuk ukhwah,,ahaks...
ampangan!!
kat ampangan adalah jk kat n9 yg pertama kali aku join,tp aku hadir bukan
sebagai fasilitator,,aku dtg nak jumpa kwn2 ukhwah...dlm ms tu aku try membantu ape yg patut..dan malam tu pertama kali aku tido satu bilik dengan ahli2 ukhwah..hambekkk....kul 3 pg baru tido,,dok borak2,,tergelak2 dalam bilik tu..sampai kak shida sms..soh masing2 tido,,wakakakakak...pantang berjumpa budak2 ukhwah ni..mmg ade je bahan menarik dan ada je yang kena bahan...so malam tu daeng jati kena bahan jadi mangsa bahan kami gelakkan..tapi daeng mmg perwatakan yg cool...aku la mastermind dok kenakan daeng jati tu..ahaks..kesian daeng..azrul plak leh plk bukak video2 aku buat dgn ajiz..so mmg memalukan...leh plk dia tunjuk aku shufle..tal penah umo aku shufle..huhuhuh...satu kenangan yg indah....

menyemai kasih memupuk ukhwah..
disini kita kenal..disini kita berkasih syg,,dan disini kita bertemu kerana Allah,,malah berpisah pun kerana Allah...aku sayangkan hubungan ini..aku rindukan kita senangtiase berkumpul seperti sebelum ni..kwn cuma 2,3 bulan..tp akrabnya seperti 10 tahun..itu la keistimewaan antara kami...

spesel dedikasi untuk;

khalifah,prof muslim,aye,mujahid007,TT,owl_um,muslimin23,zulmi,trover,daeng jati,haslan,sirat,asward hafiz,azrul,mohamad,adam..dan ramai lagi sahabat yang aku ingat muka,,lupa nama...



untuk muslimat spesel thanks..




kak hanan,kak shida,kak mar,kak yati,kakak tua..eh xde,,dll.....(mls nak taip)..

Wednesday, June 24, 2009

si kain putih


Anak rusa nani  
  Baru kembang ekor
Apa dosa kami  
  Lalu tidak tegur

Buai laju-laju
  Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
  Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
  Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
  Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
  Beri makan padi
Abang sayang adik
  Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
  Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek  
  Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
  Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai 
  Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
  Santan kelapa muda  
Adik jangan menangis  
  Emak banyak kerja

Air pasang pagi  
  Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi  
  Siram pokok bunga

Pokok bunga melur  
  Tanam tepi batas
Itik dah bertelur  
  Ayam dah menetas 

Lompat si katak lompat
  Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat  
  Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
  Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat  
  Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
  Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat  
  Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
  Lompat di rumput muda  
Belajar kuat-kuat  
  Buat ilmu hari tua  

Anak lembu merah  
  Tambat di pokok asam
Adik kena marah  
  Tarik muka masam  

Burung Kakak Tua  
  Hinggap di jendela
Nenek sudah tua 
  Giginya tingal dua

Burung Kakak Tua  
  Ada anak empat  
Nenek sudah tua  
  Jalan pakai tongkat

Burung Kakak Tua  
  Bersarang celah batu
Badan sudah tua  
  Gigi jarang sana satu
 
Durian atas titi  
  Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati  
  Abang sudah pulang

Anak kumbang jati  
  Suka korek tiang
Senang rasa hati  
  Emak sudah pulang

Geylang si paku Geylang
  Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang  
  Marilah pulang bersama-sama

Ayun anak ayun  
  Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
  Jangan tidur tinggi hari

Oh bulan mana bintang?
  Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?  
  Dalam dapur atas para

Buai kaduk-kaduk  
  Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk  
  Buat tali timba  

Monday, June 22, 2009

dia ayah aku...

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajah
muhadir meneman
kuterbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggal
kandiriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkanaku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....



ayahku

semalam dok seorang kat umah,,lama aku tatap video lagu ni,,tak sangka,retak gak empangan air mata aku..ayah aku diusia senja..
mak bertuah mempunyai seorg suami yang sebaik ayah..dan aku bertuah memiliki seorang insan yang bernama ayah,tanpa ayah,aku takda kat dunia ni.ayah cukup istimewa..aku ingin menjadi seperti ayah...
ayah..penyabar orgnya,,sentiasa membuatkan kami adik beradik ketawa,dan seorang suami yang penyabar..tak pernah aku lihat ayah naik tangan kat mak,,malah dia belai n didik mak menjadi ibu dan isteri yang terbaik..tahniah untuk ayah...
minggu lepas aku balik kg,ayah tak sihat,,kakinya bengkak lg,,itu petanda penyakit goutnya dtg kembali..hiba hati aku melihat betapa payahnya dia berjalan..tapi dia sentiasa ukirkan senyuman bila melihat aku sedang memerhatikan dia...
dalam keadaan dia tak sihat,,dia tetap menolong mak kat dapur..tolong masak,ye la mak pun tak berapa sihat..aku bertanya kepada dua insan itu,,dah g klinik ke?dorg kata dah...ya Allah sihat kan lah mereka...permudahkan mereka untuk beribadat...
hurmm.....aku suke pandang muka ayah..redup kasihnya..garis-garis di wajahnya menceritakan kegigihan membesarkan kami..senyumannya di usia senja ini..menandakan dia puas membesarkan kami 4 beradik...

aku kantoi
"bang ko isap rokok ke?"..ayah bertanya soalan maut..aku kaget nak jawab..tapi aku berbohong.,,"eh xdo la yah,,mano ado"..aku menafikan..ayah senyum,"ayah dulu perokok gak".tak payah la nak berdalih"..aku tetap menafikan tuduhan dia.,.padahal memang pun aku merokok..bila aku kenang kembali peristiwa tu,,wat aku tersenyum,,ayah tak marahkan aku,,tapi aku sentiasa berasa salah..ayah mengajar aku bercakap benar..sentiasa mengaku kesilapan sendiri..tapi aku dah khinati amanah dia..

kepala adik berdarah
waktu tu tgh hari,ayah tido untuk rehatkan badan setelah penat membanting tulang di kebun.aku n adik bermain2 di luar..kes tu bukan aku sengajakan..aku nak balik batu kat pokok tak sangka batu melantun balik kene kepala adik,,kepada adik berdarah,adik menangis..aku bwk dia naik umah,,ayah terjaga lalu terus dapatkan adik...aku takut ayah marah..aku lari umah...tapi tak jauh..belakang umah je..heehhe...dah petang aku balik..ayah sikit pun tak bertanya hal tu..tp aku takut nak padang muka ayah...



ayah menangis
aku eksiden..kecederaan aku parah..hurm..mula2 aku dah risau,,aku lumpuh ke?ayah datang melawat aku..dia senyum dan pegang dahi aku..aku banyak diam..pastu kawan2 aku datang secara beramai melawat aku..ayah bg ruang kpd kwn2 aku...bila kwn2 aku dah blik,,ayah datang balik..aku tgk mata dia merah..mak cakap ayah nangis,,dia kesian tgk aku terlantar mcm tu.sebelum ni aku sentiasa hepi..
masa raya..aku belikan ayah sandle..sbb itu je aku mampu.,sedangkan aku tak beli sandle baru.kak long beli sepasang baju melayu untuk ayah,,ayah cakap lembut,,"terima kasih"..aku tgk muka dia sayang sgt2 aku kat dia..dia tanya,,ko beli apo bang raya ni?.aku selamber je cakap.tak beli ape yang..tak gaji,,gaji pas raya...baju raya pun ko tak beli?ayah bertanya lagi.aku jawab je tak..malam tu aku kat dapur ngadap makanan sorg2..aku terdengar ayah borak dgn mak..ayah bertanya ada duit lebih tak untuk raya..mak jwb..rasanya ada,,knp?ingat nak beli baju melayu untuk abg..dah 3 tahun dia tak berganti baju raya dia..bukan dia tak menyimpan..tapi dah banyak kita makan budi dia"..ayah berkata dalam nada yang sedih,..aku diam je tahan sebak..
soknye ayah bagi duit soh aku beli baju baru.aku tolak sebaiknya..takpo la yah,,baju yang kak long beli dulu leh pakai lagi,,ayah berkali2 hulurkan,,last2 aku amik,,tapi aku tak beli baju,,aku beli seluar jeans.,,seluar berjalan aku dah tak da time tu..TERIMA KASIH AYAH..


dia ayah ku
umur ayah dah menjengah ke umur 61,,pada umur mcm ni,ayah terlalu sensitif,,dia byk berdiam.,dah jarang aku berborak dangan ayah,,aku sepatutnya banyak menemani dia.buat dia kawan yang akrab bg aku.aku takut nak borak dengan dia,takut tersilap cakap,,aku menguris hati dia..dalam umur meniti senja itu,,dia perlukan perhatian anak2nya...kami adik beradik setakat ni belum penah

mengabaikan kebajikan dia..dan sekarang,,adik dah keluar belajar..tinggal dia n mak kat kampung honeymoon kembali...kesunyian turut mengundang..dikesempatan ini..aku mengucapkan SELAMAT HARI BAPA UNTUK MANSOR BIN ALI.....abang bangga mempunyai bapa seperti ayah..ayahku hebat..terima kasih membesarkan kami 4 bradik dgn kasih syg dan hikmahnya..semoga ayah terus sihat....
TERIMA KASIH AYAH..

Friday, June 19, 2009

resume nama ku..

tadi jenguk2 blog kak simple shida,,tgk dia bukak topik baru,,hehe.santai n dakwah.,so dgn rasa tak malunya,,aku mciplak idea penulisan dia,,sory ye kak..


MOHD FARID
MMesra
OOportunis
HHarum
DDinamik
FFleksibel
AAmanah
RRamah
IIkhlas
DDedikasi
Apa ada pada nama?


mesra =mesra mmg kene ada,kemesraan,,keramahan..n smua nya la..ahaks..
oportunis =ape kebenda ni,,mana kamus,,mana kamus..
harum =setakat ni aku tak membusukkan nama family aku lagi setakat ni
dinamik =dinamik,progesif n produktif,,motto skolah aku.ahaks
flexsibel =mcmana eh aku nak terangkan ni,,huhuhu
amanah =setakat ni aku blom lagi pecah amanah..ahaks..
ramah =hehehe...tapi aku blom ramah tak tentu pasal.
ikhlas =ada ulama mengatakan,ikhlas itu umpama semut itam dimalam yg pekat..
dedikasi =hehehehe....kdg2 aku bengkang bengkok gak..


ni plak nama nama aku time di alam fana,,sampai bakal pak mentua pun panggil aku umar,wakakakaka,,,,ayah n mak tak knl umar khalil..ahaks..

UMAR KHALIL
UUntung
MMesra
AAmanah
RRamah
KKomited
HHarum
AAlim
LLemah-lembut
IIkhlas
LLincah
Apa ada pada nama?

untung =aku memang org yg bruntung,,klu aku wat hal,,mak mesti ckp "btuah punya anak"

mesra =kdg2 suke gak singgah kat kedai mesra petronas,beli cokelat krispy...

amanah =ms kecik mak soh aku buai adik,,aku patuh,tp aku tgk tv..adik nangis,adakah aku pecah amanah?

ramah =skali lagi aku tegaskan,aku bukan ramah tak tentu pasal..ahaks

komited =pe makna eh?phm tp xtau la nak terangkan,huhuhuhu...

harum =di manakah setangginya?

alim =erkk nama aku bukan halim,,ahlim mahu pun alim...nm aku farid ...

lemah lembut = aku bukan auuwwwww k!!!!

ikhlas =hehehe,,,nak tny,,dr awl idup,sampai skng..brapa byk amalan yg dilakukan dgn iklas???hah sm2 la kita muhasabah,,bukan muhasarawak...ahaks..

lincah =aku dah gemuk ni...pyh ckit la..ahaks..


Wednesday, June 17, 2009

selesainya sebuah perjalanan..

ok walaupun berita ni agak basi,,aku nak melaporkan gak....aku tak kira.

pagi ahad bersamaan 7hb jun 2009.handset aku dihujani dari kol2..pelbagai jenis umat islam kol aku.chewah berita mcm gempak je,padahal comfirmation sahabat2 aku nak g konvoi waliamah azemi dan pasangannya fazilah yg lebih dikenali sbg setanggi syurga.dasyat ek.dgn setanggi syurga dia kawin tu..

ok..pagi lagi aku g umah kak yati untuk eskot dia,almaklumlah tahap keyakinan kak yati masih rendah lagi untuk menerjah ke bangi tempat dimana berkumpulnya para-para insan yang tujuannya satu..iaitu nak berkonvoi ke kuala pilah..azrul naik dgn kak yati..ingatkan azrul tau jalan.boleh plak terlepas simpang.hurmm.dah jauh berpusing..dan aku terus je ke bangi.

perjanjian kul 9.30 akan bergerak ke kuala pilah,,tp biase la,perjumpaan ni dihadiri mejoritinya orang melayu,so janji melayu pun terlaksana.tapi akhirnya kul 11 gak bergerak..hurm.ok aa uu rediii tu konvoiiiii?????









Kereta Shye:
Shye
Sirat
Mohamad
wani

Kereta UK:
UK
Azrul
Husna
Yana

Kereta Kak Yati:
Kak Yati
Haslan
Kak Ayu

Kereta Solehah:
Solehah
TT
Atikah
Ummu

Kereta Daeng:
Daeng
Muzzaffar
Bukhari
Ikram

Kereta Muslimin23:
Muslimin
Kamarul

k konvoi sampai ke umah pengantin dalam pukul 1 lebih..alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan Allah,,takde sebarang kesesatan jalan dan masalah2 berangkai semasa dalam konvoi tersebut...semuanya berjalan lancar sambil menikmati panorama2 flora dan fauna sekitar perjalan ke kuala pilah tempat beradat itu,dan aku ibarat sireh pulang ke ganggang..di mana aku mengepalai konvoi pulang ke negeri kelahiran ku...ahaks...chewahhhh...

kami sampai je kat umah pengantin lelaki dah ready kat pintu pagar,,bukan menyambut kedatangan kami,tapi nak diarak2kan kedua2 mempelai.kami pun ikut la belakang rombongan pengantin lelaki..meramaikan suasana..pastu kami di jamu dengan makanan tradisi orang negeri sembilan....aku kecur air liur dah,,tgk gulai daging salai masak lemak cili api..hurmm 2 kali aku tambah..dan agak luar biase skang ni,,g la mana2 umah kenduri kawin,,smua pakai buffet,,bhs modennya layan diri...tapi kat umah pengantin kali ini ade sistem hidang,mmg best,nak sistem hidangan xpe lagi klu golongan muda turut serta,,klu stok org vateran je yang buat smua...ado yang tak makan,.so pendekat yg terbaik adalah buffet..ahaks...pedulikan janji aku dapat makan..

jadi bila kenyang ati senang,,,bak kata pepatah gendang perut tali kecapi,kenyang perut senang hati..(betol ke?bantai jo la)..maka sesi bergambar la mesti berlaku,mcm biase sahabat2 aku mmg gila bergambar..mcm2 posing nak dibuat...dah mcm walimah azemi tu,,program kitorang plak..org kampung pandang je kelakuan kami..kami wat dono je,dan aku,,ilang ckp n9 aku,,kang kantoi plak aku yg aku ni anak n9(lagi budak tak sedar diri).....

beberapa rangkap pantun utk pengantin.demi menebus kegagalan daeng membeli pantun nenek tu..padan muko....
Bauhulu kuih tradisional
Mangkuk timah penuh saratKalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja sehari
Raja rupawan di atas takhta
Duduk memerintah barang sehari
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan
Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu (akhir hayat laa..)
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Sianak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai
Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong
Bunga melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat
Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
bersusuh senang sedia menanti

pastu aku pun menginvite la sahabat dan sahabiah aku gerak ke umah aku,,kat mano lagi,,kek palong la...ahaks,.jauh tak?sirat menyoal..aku jwb mayb dalam 45minit...daeng palak membackup jom la sesekali kita g..sng nak dtg walimah umar nnt,,aku pun tersipu2 malu,,ahaks..merah pipi siot...so bergerak la kami..





sampai umah aku,,muka masing2 kepenatan,,kesian kwn2 aku,,jauh ruponya..standart la konvoi,,xleh bawak laju2..kang ade yg cicir..so bawak kadar yang menyelesakan..mak dah tau kedatangan aku..dia dah ready siapkan bubur kacang untuk tetamu...riuh gak umah aku..heheh..

pastu abis menyantap kami pun nak bergerak balik la..ade plak mata2 yang nampak pokok bacang yg melayut2 buahnya.dorg g tibai bacang2 aku..mak pun suka la tgk smua tu..buah kat umah tu sampai tak termakan..punya la byk hasil yang Allah bagi..takpe musim buah nnt kita g lagi eh,,byk pokok yang menanti musimnya...ada la rezki untuk korang..ahaks../

waktu zohor tadi kami semua dah jamakan,so memudahkan perjalanan kami..itulah keindahan islam yang mudah dilaksanakan dalam beribadat.sape yg rasa islam ni susah nak amalkan,.,mmg rugi..bincang2 dgn sirat kata sepakat dapat..so kami ikut jalan ke alor gajah,,sebab nak naik higway terus..hurm..kami hanya merancang...kesesakan lalu lintas di higway...konvoi kami tak teratur,,smua dah berpecah..tapi alat komunikasi yg serba canggih menhubungkan kami utk berkumpul di satu tempat,,,chewah,,baik punya laporan..hikhikhik

usai solat margrib di RnR seremban.kami meneruskan perjalanan semula..s0 kami berkumpul di umah salah seorang peserta konvoi,,sapo lagi kalau bukan wani,,umah dia tyu dah mcm pusat sehenti bagi kami dah.,.siap bg makan lagi,,,aku plak mmg lapar adanya..so tampa mmbuang masa..da dijamu,,makan jo la...

so pada pukul 11 mlm lebih kami pun bersurai ke umah masing,,utk brehat..ponek smua eh..

jadi saya wakil ketua rombongan yang melantik diri sendiri mengucapkan terima kasih dan selamat pengantin baru kat kedua mempelai azemi dan fazilah...semoga pjg umo murah rezki..dan sy jugak wakil ayah n mak sy mengucapkan terima kasih n mintak maaf jika ade kekurangan layanan dan terlebih dlm gurauan sepanjang kamu semua melepakkan diri kat umah saya ari tu...sekian terima kasih...



soalan kuiz..

1)siapakah yang berkahwin pada hari tersebut?

2)berapa buah kereta yang menyertai rombongan tersebut?

3)nama lain bagi setanggi syurga?

4)berapa biji bacang yang daeng jati berjaya gugurkan?

5)kereta siapa tiada reben konvoi?

6)apakah warna tema bagi konvoi tersebut?

p/s;sesiapa yang dapat menjawab kuiz ini,,akn diberikan hadiah.,.dan sila kumpul soalan2 diminggu akan datang....ahaks..markah kuiz ini mempengaruhi pointer kamu ...

Musibah Oh Musibah...

Adalah sesuatu yang pasti iaitu setiap daripada kita tidak pernah lari daripada ditimpa musibah dan bencana. Hatta Rasulullah SAW sendiri tidak pernah lekang daripada dilanda pelbagai musibah. Kadang-kadang kita terfikir, apakah yang membuatkan kita sering sahaja ditimpa berbagai-bagai musibah? Sehinggakan seolah-olah kita merasakan hanya diri kita sahaja yang banyak dilanda musibah.

Allah berfirman:

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

Pernah suatu ketika, saya ada menonton satu rancangan yang dikendalikan oleh Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah dan beliau membicarakan mengenai perkara ini iaitu musibah. Menurut beliau, ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang itu dilanda musibah. Antaranya ialah:

1) Allah sayang kepada kita.

2) Allah mahu menyuci dosa kita disebabkan oleh dosa kita yang banyak.

3) Allah mahu menguji seteguh mana kekuatan iman kita.

4) Allah mahu mengangkat martabat kita.

5) Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Tetapi hamba-hambaNya yang menzalimi diri sendiri.

6) Setiap kebaikan bermula dengan musibah.

7) Untuk menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa.

8)Kita tidak mengenal diri sendiri. Perlu muhasabah diri tentang kesalahan yang telah kita lakukan.

9) Allah mahu beri yang lebih baik.

10) Sebab terlalu gopoh gapah dalam melakukan sesuatu perkara.

Itu adalah antara 10 perkara yang menjadi punca seseorang ditimpa musibah. Selain daripada itu, Dato’ juga telah berkongsi cara-cara ketika menghadapi sesuatu musibah. Antara teknik atau cara yang boleh digunakan ialah:

1) Menukar paradigma dengan merasakan musibah adalah tanda Allah sayang kepada kita.

2) Cuba menukar keadaan persekitaran kalau ada masalah.

3) Mengambil wudhu’, minum air atau menghirup udara segar.

4) Muhasabah diri. Terus tanya diri sendiri bagaimana musibah boleh menimpa diri kita yang mungkin disebabkan oleh dosa kita.

5) Berkongsi dengan sahabat yang setia.

6) Sentiasa senyum apabila menghadapi musibah.

7) Menunaikan solat taubat dan beristighfar.

8)Memperbanyakkan doa. Jangan sombong untuk berdoa kerana orang yang tidak berdoa boleh dianggap sombong dengan tuhan.

9) Sabar dan redha kerana Allah ingin mengangkat martabat. Ujian yang diberikan Allah adalah berdasarkan kemampuan insan.

10) Menunaikan solat sunat hajat.

11) Cuba lihat kepada orang yang lebih hebat ditimpa musibah.

12) Mendoakan kepada orang lain supaya Allah boleh selesaikan masalah dia.

13) Selalu ziarah untuk eratkan silaturrahim.

14) Menyuci hati dan sentiasa minta nasihat.

15) Jangan lupa untuk membaca ‘innalillahi wa inna ilaihi raji’uun’ ketika ditimpa musibah.

Begitulah kita sebagai insan yang lemah dan serba kekurangan yang tidak dapat mengelak daripada dilanda musibah. Cuma satu perkara yang pasti adalah setiap sesuatu perkara yang berlaku adalah ujian daripada Allah.

Allah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-’Ankabut: 3-4). Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia. Allah berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya…" (Al-Baqarah: 286)

Wallahu ‘alam…

Sumber: Blog ISMA Pulau Pinang

lagu untuk kak long

Permaisuri Hatiku
Artist: Hijjaz 
Song Category: Nasyid 

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu