masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajah
muhadir meneman
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggal
kandiriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkanaku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
ayahku
semalam dok seorang kat umah,,lama aku tatap video lagu ni,,tak sangka,retak gak empangan air mata aku..ayah aku diusia senja..
mak bertuah mempunyai seorg suami yang sebaik ayah..dan aku bertuah memiliki seorang insan yang bernama ayah,tanpa ayah,aku takda kat dunia ni.ayah cukup istimewa..aku ingin menjadi seperti ayah...
ayah..penyabar orgnya,,sentiasa membuatkan kami adik beradik ketawa,dan seorang suami yang penyabar..tak pernah aku lihat ayah naik tangan kat mak,,malah dia belai n didik mak menjadi ibu dan isteri yang terbaik..tahniah untuk ayah...
minggu lepas aku balik kg,ayah tak sihat,,kakinya bengkak lg,,itu petanda penyakit goutnya dtg kembali..hiba hati aku melihat betapa payahnya dia berjalan..tapi dia sentiasa ukirkan senyuman bila melihat aku sedang memerhatikan dia...
dalam keadaan dia tak sihat,,dia tetap menolong mak kat dapur..tolong masak,ye la mak pun tak berapa sihat..aku bertanya kepada dua insan itu,,dah g klinik ke?dorg kata dah...ya Allah sihat kan lah mereka...permudahkan mereka untuk beribadat...
hurmm.....aku suke pandang muka ayah..redup kasihnya..garis-garis di wajahnya menceritakan kegigihan membesarkan kami..senyumannya di usia senja ini..menandakan dia puas membesarkan kami 4 beradik...
aku kantoi
"bang ko isap rokok ke?"..ayah bertanya soalan maut..aku kaget nak jawab..tapi aku berbohong.,,"eh xdo la yah,,mano ado"..aku menafikan..ayah senyum,"ayah dulu perokok gak".tak payah la nak berdalih"..aku tetap menafikan tuduhan dia.,.padahal memang pun aku merokok..bila aku kenang kembali peristiwa tu,,wat aku tersenyum,,ayah tak marahkan aku,,tapi aku sentiasa berasa salah..ayah mengajar aku bercakap benar..sentiasa mengaku kesilapan sendiri..tapi aku dah khinati amanah dia..
kepala adik berdarah
waktu tu tgh hari,ayah tido untuk rehatkan badan setelah penat membanting tulang di kebun.aku n adik bermain2 di luar..kes tu bukan aku sengajakan..aku nak balik batu kat pokok tak sangka batu melantun balik kene kepala adik,,kepada adik berdarah,adik menangis..aku bwk dia naik umah,,ayah terjaga lalu terus dapatkan adik...aku takut ayah marah..aku lari umah...tapi tak jauh..belakang umah je..heehhe...dah petang aku balik..ayah sikit pun tak bertanya hal tu..tp aku takut nak padang muka ayah...
ayah menangis
aku eksiden..kecederaan aku parah..hurm..mula2 aku dah risau,,aku lumpuh ke?ayah datang melawat aku..dia senyum dan pegang dahi aku..aku banyak diam..pastu kawan2 aku datang secara beramai melawat aku..ayah bg ruang kpd kwn2 aku...bila kwn2 aku dah blik,,ayah datang balik..aku tgk mata dia merah..mak cakap ayah nangis,,dia kesian tgk aku terlantar mcm tu.sebelum ni aku sentiasa hepi..
masa raya..aku belikan ayah sandle..sbb itu je aku mampu.,sedangkan aku tak beli sandle baru.kak long beli sepasang baju melayu untuk ayah,,ayah cakap lembut,,"terima kasih"..aku tgk muka dia sayang sgt2 aku kat dia..dia tanya,,ko beli apo bang raya ni?.aku selamber je cakap.tak beli ape yang..tak gaji,,gaji pas raya...baju raya pun ko tak beli?ayah bertanya lagi.aku jawab je tak..malam tu aku kat dapur ngadap makanan sorg2..aku terdengar ayah borak dgn mak..ayah bertanya ada duit lebih tak untuk raya..mak jwb..rasanya ada,,knp?ingat nak beli baju melayu untuk abg..dah 3 tahun dia tak berganti baju raya dia..bukan dia tak menyimpan..tapi dah banyak kita makan budi dia"..ayah berkata dalam nada yang sedih,..aku diam je tahan sebak..
soknye ayah bagi duit soh aku beli baju baru.aku tolak sebaiknya..takpo la yah,,baju yang kak long beli dulu leh pakai lagi,,ayah berkali2 hulurkan,,last2 aku amik,,tapi aku tak beli baju,,aku beli seluar jeans.,,seluar berjalan aku dah tak da time tu..TERIMA KASIH AYAH..
dia ayah ku
umur ayah dah menjengah ke umur 61,,pada umur mcm ni,ayah terlalu sensitif,,dia byk berdiam.,dah jarang aku berborak dangan ayah,,aku sepatutnya banyak menemani dia.buat dia kawan yang akrab bg aku.aku takut nak borak dengan dia,takut tersilap cakap,,aku menguris hati dia..dalam umur meniti senja itu,,dia perlukan perhatian anak2nya...kami adik beradik setakat ni belum penah
mengabaikan kebajikan dia..dan sekarang,,adik dah keluar belajar..tinggal dia n mak kat kampung honeymoon kembali...kesunyian turut mengundang..dikesempatan ini..aku mengucapkan SELAMAT HARI BAPA UNTUK MANSOR BIN ALI.....abang bangga mempunyai bapa seperti ayah..ayahku hebat..terima kasih membesarkan kami 4 bradik dgn kasih syg dan hikmahnya..semoga ayah terus sihat....
TERIMA KASIH AYAH..
waa sebaknye bc posting ni..rasa cm nk blk kg je...
ReplyDeletesodih lak aih...hu....
ReplyDelete^_^ ........................
ReplyDeleteassalamualaikum...bertuah memiliki ayah sepertinya. tiada satu sebab pun mengapa kita tidak perlu menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa. akk tgk uk ni mmg anak yg baik..keep it up..
ReplyDelete