Monday, February 2, 2009

Tanamkan Roh Islam Pada Anak2


by;umar khalil al palongi

assalamualaikum,,, 

   dr kuliyah dakwah  minggu lepas bersama ust roslan mohammad,,dpt la ana wat  sikit artikel utk dikongsi,,,,
 Sahabat-sahabat yg dikasihi,  
   
 Anak adalah anugerah Tuhan yg cukup bermana kepada kita yg bergelar ibu  
 dan ayah.Anak juga  
 merupakan penyeri rumahtangan kita dengan tangisan, gelak tawa mereka.Pada 
 masa yg sama juga kita  
 tak dapat lari dari diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai kerenah mereka, 
 adakalanya hilang sabar  
 dibuatnya.  

   
 
   
 Tahu tak ?  
   
 Apabila anak-anak kita buat sesuatu yg kita tak suka, apa yg kita  
 cakap.Kita akan cakap "umi/abi tak  
 suka kak buat macam tu". betul tak ?  
   
 Pernah tak kita cakap kat dia bahawa Allah tak suka kak buat macam tu dan  
 kalau Allah tak suka umi / abi 
 pun tak suka.  

   
 Kenapa?  
   
 Apabila kita megatakan Allah tak suka, dia akan meletakkan sampai  
 bila-bila, sampai besar dan  
 keluar dari rumah apa yang dibuat yg menyebabkan apa-apa perkara yg  
 terutamanya org tak suka  
 lagi-lagi perkara yg Allah tegah dia akan ingat Allah akan benci.Bezanya  
 pula kalau kita hanya  
 cakap umi tak suka, tapi apabila ia keluar dari rumah dan melakukan  
 apa-apa perkara yg tak baik  
 dia akan fikir "ala tak pe umi/abi aku tak de" dengan sewanag-wenangnya dia  
 boleh buat sesuka hati.  

   
 Pernah tak ?  
   
 Apabila anak-anak kita yg berusiah 1-5 thn, pernah tak kita menceritakan  
 pada mereka tentang  
 Kewujudan Allah dan kemulian Nabi Muhammad s.a.w. Kalau difikirkan nak  
 ceritakan mengenai Allah  
 dan Rasuluallah bukannya dia orang tu faham sangat. Tapi kita kena cerita  
 tentang kebesaran Allah  
 dan Muhammad itu supaya dijadikan contoh dan ikutan yg baik.Memanglah bila 
 kita cerita dia akan  
 tanya seribu satu persoalan yg rasanya sukar untuk kita jawab. sebagai  
 seorang ibu/ayah yg baik kita  
 kenalah menjawab dengan cara yg terbaik yg mudah anak-anak kita faham.  

   
 Sebab....  
   
 Apabila kita menceritakan tentang kewujudan Allah dan kebesaran serta  
 kemulian Nabi Muhammad  
 kepada mereka dari kecil lagi akan memudahkan mereka memahami atau lebih  
 excited lagi bila  
 cikgunya mengajar Tauhid, akidah, akhlak dll sebab dia dah tahu  
 .Berbezalah pula dengan anak-anak  
 yg hanya belajar disekolah dan mendengar apa yang diajar oleh cikgunya  
 sahaja. Dia akan  
 terpinga-pinga sebab masa kat sekolah baru belajar. Jika kita ajar  
 ank-anak kita dari awal lagi  
 dan ditambah disekolah dia akan lagi seronok nak tahu lagi dan lagi...  
   

 Perasan tak?  
   
 Bila kita suruh anak kita ambil barang kat dlm bilik ke dapur ke  
 sorang-sorang dia kata "tak nak  
 takut ada hantu".sebab apa jadi gitu. Perasan tak kadang-kadang bila kita  
 tak nak anak kita pergi  
 kesesuatu tempat, kita akan cakap " gilah gi...gi ambilah momok tu, ha.  
 ada hantu kat situ".  
 Sebenarnya kita yg mengajar anak kita pasal tu, betul tak?.  

   
 Jadi...  
   
 Tanamkan dalam fikiran anak-anak kita supaya sebut nama Allah dan baca  
 Bismillah hirohmannirahim  
 apabila dia takut untuk pergi tempat yg dirasa ada hantu. Cakap dengan dia 
 "kalau kak baca  
 Bismillah banyak kali tentu tak ade hantu".Dengan pujukan kita yg baik dia 
 akan pergi dengan  
 lintang pukang untuk ambil barang yg disuruh.Jadi bila dia dah selamat  
 mengambil barang tu,  
 tanyalah kat dia "ha.. ada tak hantu", tentu dia cakap "yelah umi tak ada  
 hantulah pun". So dari  
 situlah kita akan cakap bahawa Allah tu ada kat mana-mana dan akan tolong  
 kita.  

   
 So, itu saja yg ana boleh sampaikan untuk renungan kita bersama.Marilah  
 kita sama-sama untuk  
 menjadi seorang ibu/bapa yg baik.  
   
 Didiklah anak kita dengan nilai-nilai islam, sebab jika kita tak didik  
 anak-anak kita dengan  
 nilai-nilai islam cuba kita lihat dunia hari ini semakin mengongcang dan  
 bergegar dengan pelbagai  
 jenis penyakit sosial.  
   
 Walaupun kadang-kadangnya ada diantara kita boleh dikatakan dah didik anak 
 dengan cara islam  
 tapi,environment diluar sana tu yg menyebabkan mereka terpengaruh, siap yg 
 harus  
 dipersalahkan?.Apa yg pentingnya adalah kita kena usaha dan berdoa dan  
 terus berdoa supaya  
 anak-anak kita tergolong dikalangan anak-anak yg soleh dan soleha.  
   
 Wallahualam.  

   
   
   
 teman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg p'singgahan buatmu buat  
 seketika.aku impikan  
 p'singgahanmu adalah buat selama2nya utk diriku.mengertilah  

Tangisan...

by ;umar khalil al palongi

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan
hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang
menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura
menangis.


"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan
orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan
tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata
telah mengalir di dunia
ini.
Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh
ke bumi. Mata itu
kecil
namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap
hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak
pernah berhenti?.kalaulah
air
mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya
meratapi mayat dengan
meraung
dan memukul-mukul dada atau merobek-robek
pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di
tuntut iaitu tangisan
kerana
menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis
kerana takut akan azab dan
siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api
Neraka "Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah
mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah
akan mengharamkan
tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila
seorang daripada suatu
kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun
yang
tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air
mata. Sesungguhnya air mata
dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis
selama 300 tahun tanpa
mendo
nggak ke langit tersangat takut dan hibanya
terhadap dosa yang telah ia
lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air
matanya mengalir di jurang
Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu
manis
dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung
telah meminum akan air
mata
Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi
Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu
ia memperhebatkan
tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat
Adam dan mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air
lebih lazat daripada air
mata
taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis
kalau tak tercapai
cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya. Janganlah menangis
nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas
mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam
peperiksaan mungkin kita kurang
membuat
persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di
jalanan sebab mungkin kita
kurang
bersedekah buat
amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan
pangkat yakin lah, rezki itu
adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan
itu semua buat
bekalan
untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang
telah melanda diri,
segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah
mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt.
Seru
lah air mata itu
dari persembunyiannya di balik kelopak mata
agar ia menitis membasahi
dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga
semoga ia dapat melebur
dosa2
dan moga-moga akan mendapat ampunanNya
jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang
tak tersentuh api
neraka,
mata yang menangis di waktu malam hari kerana
takut kepada Allah swt
dan 2
biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di
waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan
mendapat naungan Allah dihari
qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian
lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana
takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya
dedaunan dari pepohonan
kering."


Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya &
perhatikanlah
3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah
swt untuk si
mayat.(riwayat
dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 p erkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan
taubat kepada Dzat yang
Memiliki
mu."

Thursday, January 29, 2009

cacatan anak felda,,,,


ayah tanggungjawab 2 ape???itulah soalan yang agak dinamik yang aku tanya kat ayah aku ketika umur aku 8 tahun....masa tu ayah tengah asah pisau menorehnya...ayah menoleh kepada aku,,dia senyum dan teruskan aktivitinya,,

abg da solat asar??ayah bertanya tanpa menjawab soalan aku,,aku jwb ringkas,,belum lg..dia pandang lagi aku,,,poie solat...aku akur,,aku g solat.usai solat,,aku jumpa ayah..aku perlukan jawapan itu..sebelum ni mak slalu pesan kat aku,,jangan lupa TANGGUNGJAWAB abg sbg anak lelaki..TANGGUNGJAWAB penting...

aku blur..ape itu TANGGUNJAWAB????

usia aku terus meningkat....cuti sekolah masa aku tingkatan 4,,masih segar di ingatan aku,,macam biase aktiviti time cuti awal pagi g kebun tolong ayah g menoreh getah...dan tepat tghhari semua keje di kebun da siap,,,sebagai anak felda,,,ini tanggungjawab aku,,anak2 felda payah jumpa bermalas2san utk ke kebun getah,,hurmm,,,tanggungjawab anak felda,,,bau busuk lantun(sekerap),semak,,nyamuk,,semua mainan bg kami anak felda,,,ada perjuangan ada matlamat,,bukan dtg ke kebun dgn bermain2 tp dgn satu usaha yg mengharapkan hasilnya..

tghhari itu,,segar diingatan aku,,ketika ayah nak hantar getah susu ke PMG(pusat pengumpulan getah)......ayah dgn motor yang sarat dgn getah susu hampir 3 tong,,dan aku di belakang bwk motor yang lain,,,tak sangk ketika menurusi jalan yang berbukit motor ayah tergelincir lalu tumpah getah hasil kami tadah seawal subuh tadi,,,,aku cepat dapatkan ayah,,,2 tong tumpah dan satu tong masih selamat,,,ayah bingkas bangun dan dia tendang satu tong yang masih terselamat,.,aku terkejut dgn tindakan ayah,,,aku cepat2 selamatkan tong yang ditendang itu..hurmm,,,,tgl setengah,,,aku takut,,,ayah xpenah mcm tu,..aku cakap kat ayah..xpe la yah,,ayah blik la,,biar abg kemaskan semua ni,,,ayah diam,,dan berlalu pergi,,bila aku lihat getah susu memutih di tanah,,,hati aku sayu,,sebak,,aku bersandar disebatang pokok lalu aku nangis,,,penat tak ilang lagi,,ayah di uji dgn mcm tu,,,mungkin teruji imannya,,ayah yang ku kenali,,mmg cukup sabar,,tapi kali itu,,,,,,

aku tak boleh terus menangis lagi,,lambat g hantar getah ni,,takut PMG tutup plak,,dgn getah yang setengah tong tu,,aku bawak n timbang,,,dan aku slip,,bawak ke pejabat,,claim duitnya...aku cium duit tu,,,ini lah hasil seorg peneroka,,,mungkin bukan rezki kami sekeluarga hari tu,,,ade la rezki utk hari esok,,

usai zohor hari tu,,,aku dok kat pangkin,,,melihat ayah masih bermurung,,,aku takut nak tegur....mak da siap masak,,,,dia siap laksanakan tugasnya sbg isteri....mak yang baik....aku duduk makan,,tnya mak,,mak,,beratkan tanggjawab ayah,,mak senyum,,abg,,abg bakal pemimpin,,abg kn jaga along..kn jg angah...jg adik,,,abg anak lelaki sorg..abg pun ade tanggungjawab,,,sebak dihati aku,,aku dipilih?????mmg tersurat pun,,dah anak lelaki,,tanggungjwb abg mmg xpnh abis dgn mak dan ayah,,,abg kene ingat tu,,da mkan la bang,,,,,

hampir spm..lagi seminggu,mak sakit masuk icu..aku terus blah dr hostel..dan pergi hospital kuala pilah,,,ya Allah beratnya ujian ketika itu,,,kak long,,kak ngah,,n adik tunaikan tanggungjwabnya menjaga mak bergilir2,,jiran ku byk bg semangat,,,dia menangis tgk keadaan mak mcm tu..jiran yang baik,,bukan sekejap mereka berjiran,,dia peluk kak long,,sabar la kak long,,balas upah susu,,,,,dan aku disudut menahan sebak..

abis skolah,,aku di tawarkan belajar di pelbagai institute,,tp aku tak g,,kebetulan time tu program tanam semula dari getah ke sawit yang di anjurkan felda,,,kesempitan itu,,mengajar aku ape itu tanggungjawab...berpeluang mendidik dan mendewasakan hati....segala kesedihan,,pahit maung,,kedukaan,,kegembiraan,,siapa je yg tau?tanggungjwb sbg khalifah dimuka bumi ini bukan tugas yg mudah,,ye mereka ade yang berkata,,mampu memikulnya,tp hakikat dr pengalaman,,,diri sendri yang rasakan,,,

duhai sahabat anak felda

jangan kau lupa dr mana asal mu,,

jangan kau lupa dr mana jiwa mu

dan jangan kau lupa ladang getah itu

menyemai bakti dibumi felda

memenuhi perut penerokanya

mengembeling keringat tanpa rasa jemu

cari kekuatan mu wahai anak felda

cari jati dirimu wahai anak felda

usah kau bermimpi dan berada di zon selesa

ayyuh,,,kuarlah dimedan perjuangan sebagai anak felda

usah biarkan dirimu dicemuh kerana kita anak felda

di tanah yang masih menuntut bakti

keringatmu masih diperlukan lagi

jika rezki,perjuangan dan medanmu di felda ini,,,

Tuesday, January 27, 2009

cuti ini,,,dan muslimah itu...








Muslimah itu….

Macamana perlu aku mulakan kata-kata ku?kelu,,teragak-agak,,,malu segan ingin ku coretkan di blog usang ini..tapi aku perlu luahkan,,,
Tapi tak payah la aku nak ceitakan terus,,aku ceritakan kisah 2 orang yang aku hormati berkunjung ke teratak di kampungku,,,kak mar n abg khalifah,,ehhehe,,,,ya Allah,,tak ku sangka mereka datang ke palong…aku betul-betul hargai kehadiran mereka…terima kasih abg n kak,,,

Ok Cerita muslimah itu akan aku mulakan…
Perkenalkan yang tercipta dari sesuatu yang tak dijangka,,,aku pun tak sangka ia boleh berlaku,,,dan memang tak ku duga ia akan berlaku,, inilah ujian dan pengaturanNYA…bermula pertemuan di open hause umah member,,tak sangka ia berlanjutan di pertemuan pernikahan sahabat,,dan aku asyik memerhatikan dia,,,,manis orangnya,,(maksiat hati ni)huhuhuhu……
Kehadirannya dalam hati ni,,memang sepatutnya aku tepis,,tapi mayb ujian ini adalah mendatangkan kebaikan kpd aku kot,,,
Cuti ni,,aku bincang dengan family aku,,,untuk melanjutkan hubungan dengan muslimah itu,,,alhamdulillah,,,semuanya memberi rangsangan n nasihat yang positif,,terima kasih mak,,,aku perlu bagi dia masa,,,sbb aku bukan baik pun,.,,kang malang plak dia terima aku,,hurmm,,,,,kesian dia,, dan aku mesti berjumpa ahli keluarganya sebagai tanda kesungguhannya,,
Pernah ku kecundang kerana wanita,,pernah ku tersungkur kerana wanita,,tp pernah ku bangun kerana dorongan seorang wanita,,,,IBUKU,,,,,pastu ade la,,hik hik hik,,aku harap jangan ku tersungkur lagi..jgn ku kecundang lg..
Ape nak tulis ni ha???huhuhuhu,,,langsung tak berilmiah,,,huhuhu,,,,
Kepenatan masih lagi terasa,,baru sampai dari kampung kul 9.30 pg td,,,,alhamdulillah traffic lancar…alhamdulillah selamat sampai,,terus ku khabarkan keselamatan ku kpd ibu tersyang di kampong,,(anak omak)…. n masuk opis,,terus wat report,,
Mulai skang aku tak leh main2 dlm keje,,dlm urusan nak membina masjid,,kn simpan duit,,,kn berjimat,,kn cr keyakinan,,kn usaha lebih,,,azam ku,,,arap ku lunaskan,,,,
Dialah wanita suci itu kot…


Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu mengungkap hubungan manusia,
Bukan saja dirindui yang biasa,
Malah ADAM turut sunyi tanpa hawa...
Akalmu senipis bimaam rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...
TErcipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi...
Mana mungkin,
Lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk,
Engkaulah wanita istimewa...
Didiklah wanita dengan keimana bukanya harta ataupun pujian,
kelak tidak derita berharap pada yang binasa,
engkaulah wanita istimewa...
Sinarilah insan istimewa,
Bawa kelembutan untuk kelemahan,
bukan jua penghinaan dari tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan....







Hadirnya tanpa kusedari



Menggamit kasih cinta bersemi



Hadir cinta insan padaku ini



Anugerah kurniaan Ilahi



Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya



Kesopanannya memikat di hati



Mendamaikan jiwaku yang resah ini



Ya AllahJika dia benar untukku



Dekatkanlah hatinya dengan hatiku



Jika dia bukan milikku



Damaikanlah hatiku



Dengan ketentuan-Mu



Dialah permata yang dicari



Selama ini baru kutemui



Tapi ku tak pasti rencana Ilahi



Apakah dia kan kumiliki



Tidak sekali dinodai nafsu



Akan kubatasi dengan syariat-Mu



Jika dirinya bukan untukku



Redha hatiku dengan ketentuan-Mu



Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku



Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



Monday, January 12, 2009

hujung minggu itu...






Hujung minggu itu……


Alhamdulillah,,,semuanya dah selesai..ujung minggu yang menyeronokan,,menginsafkan,,memenatkan,dan memberi impact pada diri sendiri,,,mari kita kongsi bersama-sama..zassss!!!!!

Sabtu,,10/1/2009
(09;30- 13;00)

Semua planning aku n azrol untuk ke demo RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA di STADIUM MELAWATI SHAH ALAM berjalan dgn lancar,,dgn penuh semangat,,kami keluar rumah dengan langkah yang dimulai dengan bissmillah..aku,azrul dan mohammad bergerak ke tempat pehimpunan tersebut,,kami sampai dlebih kurang dalam pukul 10.00..bertepatan masa mulanya perhimpunan tersebut,,,,kami masuk ruang legar stadium..orang ramai dah memenuhi bahagian bawah,,betul-betul depan pentas utama..hati kecil ku tersentuh,,,dalam keruntuhan akhlak anak muda zaman kini,,masih lg berbaki anak muda yang bersemangat jihad,,alhamdulillah,,,n tahniah utk mereka,,mejoriti yang hadir ketika itu ramai anak muda….baik yang muslimin mahupun muslimat…..satu lagi kejayaan aman palestin dan ikatan muslimin Malaysia dalam menganjurkan perhimpunan yg aman itu…mabruk3x..
Kami semua bersemangat apabila leader dalam program itu melaungkan takbir!!!!ALLAHUAKBAR….KHAIBAR3X….YA YUDD!!....HANCUR3X YAHUDI…pada yang hadir melontarkan perasaan marah,,benci,,dendam dan perasaan yang ingin membunuh yahudi kafir laknaktullah!!!\
Dan ketika aku menulis monolog ini,,,palestin khususnya gaza terus dibedil dan dibom…mana mungkin ati ini tak marah n menyelinap dendam terhadap zionis kejam….setiap darah rakyat palestin yang tumpah ke bumi palestin adalah mencabar maruah kami…kalau nak diukur dgn kekuatan iman,,memang tak mampu diri ini untuk angkat senjata menentang musuh islam itu yang parasit itu…kemampuanku hanya sumbangan yang tak seberapa dan doaku utk saudara ku di sana..
Dan disini,,aku berharap sahabat-sahabat aku terus memBOIKOT product AS N ISRAEL,,,,jgnlah kita menjadi penyumbang sebutir bom/peluru utk saudara kita..dlm perhimpunan itu bukan kaum muslimin yang hadir,,,tapi para mujahidah pun tidak ketinggalan….suara dan laungan mu semua muslimah mampu menggoncangkan dunia,,teguhkan hati saudari2 sekalian….islam di bina berpaksikan satu aqidah,,,AKU BERSAKSI TIADA TUHAN DISEMBAH MELAINKAN ALLAH,DAN AKU BERSAKSI NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH,,,,ini lah aqidah kita umat islam,,,biarpun dari mahzab yg berbeza,,,biarpun dari idelogi dan fahaman politik yang berlainan,,,biarpun kita dari bangsa yang tak sama pemerintahnya,,biarpun warna kulit kita tak sama…tapi kita di SYAHADAH YANG SAMA.ini lah perkara yang mewajibkan kita perlu sensitivity tentang hal gaza..ayyuha anak muda,,jangan kau leka.angkat tangan kamu sebagai pejuang…sebagai singa-singa tauhid!!!!….
Satu per satu pidato di ucapkan oleh wakil-wakil pemimpin masyarakat,,,dan tidak ketinggalan wakil dari palestin sendiri,,,cukup menyuntik semangat dan membakar nafsu dendam ke puak zionis…al quds adalah maruah ummat islam…tanah suci ketiga orang islam,,engkau tidak berhak ke atas palestin wahai zionis…engkau tidak ubah sebagai PARASIT…,
Perhimpunan berakhir sekitar jam 12.30 ,,terlewat dari waktu asal patut berakhir…dan kami bertiga bergerak keluar,,diman tempat melepas geram dah tersedia,,iaini muka bush utk di baling kasut dan di pijak-pijak,,dan aku memang tak melepaskan peluang,,,,,,
Di luar stadium terjumpa muslimat Ukhwah,,mcm biase,,kak shida ade,,srikandi khaulah,,soleha…dan beberapa muslimat,,,tergar diri antum sbg srikandi islam…ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!
Dan kami bertiga balik ,,,terus ke universiti Malaya ,,sebab pukul 3,,kami bertiga ada kuliyah,,,dalam perjalanan itu ,,sempat ku melihat sepasangan insane yang masih lg alpa tentang dunia masa kini…sedap je berkepit atas motor,,dan ku bertanya kpd diri ku sendiri,,jika Malaysia yang aman ini di uji spt palestin,,mampu kah kami sbg anak muda berada di barisan hadapan mempertahan agama dan tanah air sebagai mujahidin????????


Sabtu,,10/1/2009
(13;15- 02;30)

Kami sampai di universiti Malaya kira-kira jam 13;15…ikram dah tunggu di masjid arrahman di um…sbb da janji dgn ikram,hari ni nak bawak dia join kuliyah dakwah yang akan disyarahkan oleh ust roslan mohammad…clas start dalam jam 3,,,ustaz roslan dgn bermukadimah pelajaran dia hari itu dgn pujian2 tauhid dan selawat nabi…alhamdulillah…mula-mula subjek dakwah yang diajarkan oleh ust roslan mengikut nota,,,tapi hny 2muka surat,,,tp selebihnya huraian yang cukup-cukup kami perlukan,,,tentang AL-QUDS,,,isu alquds mmg cukup panas sekarang ni..teruskan ustaz roslan kami sedia mendengar…
Ada tujuh perkara kita kena amik signifikennya dalam isu berkaitan dgn isu alquds..iaini..dalam dakwah yang bermula dalam keluarga sendiri…
1) amalkan qunut nazilah bersama keluarga
2) bersatu hati dalam menanamkan benci terhadap zionis
3) boikot barang keluaran Israel dan as
4) ajar anak menjadi sorg yang dermawan
5) sediakan tabung fisabilillah dirumah
6) merasai penderitaan palestin(tunjuk gambar2 penderitaan disana)
7) sentiasa ambil tahu berita dari sana
itu signifikennya….untuk secara umumnya pula mimbar jumaat di hotel d’palma 2minggu lps membicarakan isu al quds…umat islam harus bertanggungjawab dalam 3 perkara…

1)mengangkat senjata ke palestin.
-hal ini telah di lakukan oleh jiran Negara kita Indonesia yang dimana pihak pemerintah berkerjasama dengan NGO disana menawarkan kpd rakyat mereka untuk berjihad scr sukarela..inilah yang menguji kualiti iman sesorang itu…yang pergi belum tentu balik..
2)menginfakan harta/wang/
-jika tak mampu untuk mengangkat senjata untuk menentang zionis…sudah tentu kita ada kemampuan dalam menginfak sedikit harta untuk keperluan saudara kita di sana..yang mengharapkan walaupun sekeping roti sbg sumber tenaga untuk menentang rejim laknaktullah…

3)doa yang berterusan
- jika diberikan masa dalam 10 minit,,sudah tentu kita akan berdoa untuk diri kita sendri,,jika diberi masa 10 minit itu,,10 minit itulah yang dihabiskan oleh kita untuk berdoa untuk diri sendiri,,,inikah sensitivity kita duduk dibawah 1 cahaya??dalam sehari berapa kali kita baca qunut nazilah???selemah2 iman kita,,takkan kita tak mampu menadah tangan untuk mendoakan rakyat,mujahidin,,anak-anak disana..dengan doa…iaini senjata mukmin ini,,,,mungkin menyuntik kembali semangat mereka…menyelamatkan mereka…berdoalah dengan sift yang istiqhamah wahai saudara ku…

kuliyah tamat dalam pukul 1700 usai solat asar aku dan beberapa sahabat ku bermuzakarah sedikit utk mencari pnyelesaian pada malam itu…hurmm,,ada 2 majlis ilmu perlu kami hadiri,,,pertama di masjid berdekatan rumah aku yang disampaikan oleh prof dr fauzi deraman…dan di petaling jaya selatan,,yang disampaikan oleh tuan guru nik aziz..huhuhuu…..
dan kesepakatan di capai,,aku memilih untuk hadir majlis prof dr fauzi deraman…malam itu aku,azrul,,mohammad dan trover g jugak masjid mendengar kuliyah prof dr fauzi deraman…untuk pengetahuan,,dr fauzi adalah pensyarah aku di UM,,dia ngajar aku dalam bidang pengajian hadith…dan dia antara 6 org pakar hadith di Malaysia ni,,,hurm,,bangga dapat berguru dgn dia..dia memberi kuliyah tentang hijrah pada mulanya,,tapi tekankan kepada persoalan aqidah,,sbb aqidah ni cukup penting…
usai ceramah beliau..kami berempat balik dan aktiviti seterusnya g memancing…sampai kul 2 pg lebih,,,mcm2 aku n trover borak2,,,lama tak dapat borak mcm ni..berkongsi-kongsi ilmu,,pengalaman,,dan banyak lagi la,,azrul macam biase,,memang setia menunggu pancingnya diragut ikan…seorg yg cukup sabar…


AHAD,,11/1/2009
(09;30 - 13;00)

badan aku terasa macam nak demam..tekak sakit,,tapi aku dah berjanji dengan abang khalifah nak main badminton hari ahad tu,,aku gagahkan jugak,,dan pergi sana..kerana JANJI,,harus ku tepati,,,
kitorg main badminton yang di hadiri oleh abg khalifah,,aku,,kak mar,,kak sadiqah,,mohammad,,azrul ,,ikram dan kwn abg khalifah,,4x aku tergolek2 kejar bola,,boyak sungguh aku ni,,hehehe,,tapi walaupun main suke2 biar ade kesungguhan sikit,,hehehe.,….
Pas makan tengahari,,kami balik,,,ade keinginan lagi nak pergi zoo,,padahal badan sakit2..hehhe,,,pas zohor…kami cube cas tenaga semula…dann………..senyapppppppppp….sunyi……..la masing-masing lelap kepenatan……….sekian dari aku untuk catatan hujung minggu….

surat untuk ukhwah

Surat untuk Ukhwah.com
(eh biar betul)
(bukan angan-angan kosong kalau ada usaha)

Assalamualaikum,


Kehadapan sahabat-sahabat di Ukhwah.com,,hai apa khabar antum semua?lama ana tak mencoretkan warkah buat teman-teman di Ukhwah.com.amacam dakwah?apakhabar islam?iman ok?roh dakwah semakin kukuh tak?ana harap semuanya ok la hendaknya.
Dah 20 tahun usia Ukhwah.com ni ye,,Alhamdulillah,,Ukhwah.com masih lagi segar dengan fikrah dakwahnya,dan ape yang membanggakan ana yang berada dirantauan Jordan ini,tatkala masyarakat disini kenal apa itu Ukhwah.com.dan ana sebagai warga Ukhwah.com dapat menumpang syukur bilamana impian Ukhwah.com berjaya merealisasikan yayasan Ukhwah.sebab tu orang timur tengah pun kenal dengan Ukhwah.com ni.
Ha…ana tak lupa dengan kak hanan,,presiden Ukhwah.com..wanita hebat,hasilnya kejayaanya pun hebat.apa khabar kak hanan sekarang ye?sihat?keluarga pun sihat?alhamdulillah kalau semuanya sihat.bila sebut nama kak hanan ni,,pertama kali jumpa dia masa jk pesta buku 08.ape yang ana dapat nilai pada perkenalan pertama dengan presiden kita tu,,dia cukup peramah,ciri-ciri pemimpin memang ada pada dia.tahniah juga buat kak hanan.
Baru-baru ni ana berjalan-jalan dipasar berdekatan,masa tu ana pakai badge Ukhwah di baju sejuk ana(maklum la sekarang musim sejuk dijordan,heheh),ade seorang kolah arab ni tegur ana,dia bertanya tentang Ukhwah.com..malah dia mintak sampaikan salam kepada kak hanan,ape la jasa kak hanan kepada beliau ye.ukhwah.com dah dikenali sekarang ni ye..alhamdulillah
Tak adil juga bagi ana kalau tak bertanya khabar kak simple shida kita ni..seorang lagi mujahidah di Ukhwah.com yang menjadi tulang belakang kekuatan Ukhwah.com dari awal penubuhan Ukhwah.com sampai la tertubuhnya yayasan Ukhwah.com..apa khabar kak shida ye..harap-harap sihat la hendaknya disamping keluarga bahagia.insyaAllah..ana ingat lagi jk yang di buat d bumi Jordan ni,,kaler hijau masih lagi manjadi tema kak shida,jk luar Negara yang kak shida uruskan hari tu benar-benar meninggalkan kenangan manis di hati pelajar-pelajar di Jordan ini,,semuanya pelajar muslimat disini merindui kak shida,,diorang kirim salam..
Haa..ana tak lupa akhi khalifah dan ukti rumaisha,,amacam sekarang?tak salah ana, izzah dah berusia 15 tahunkan?mesti dia menjadi mujahidah seperti umminya dan bersemangat seperti walidnya..bila nak datang Jordan lagi?tiada jk pun boleh datang kan,,heheheh.komitmen antum memang membanggakan dan menjadi tauladan kepada adik junior dalam Ukhwah.com.
Prof muslim apa khabar gak ye?anak da berapa?lama ana x contact akhi.prof muslim ni sporting n mudah ketawa orangnya.bagaimana kerjayanye sebagai professor kat ipt yang terkenal tu?harap-harap tenang menghadapi cabaran yang mendatang.
Owh ana hampir lupa kepada daeng jati,dan sayatetapsaya,dengar khabar dah dapat tittle IR Daeng dan IR indra sekarang ni,,tahniah.daeng.amacam kajian anta dengan semut?masih diteruskankan?.tengok club semut Ukhwah da suram je,yumkin anta sibuk wat masa ni,,harap anta sihat la hendaknya,,ha,,,da kahwin?takkan nak solo je syeikh?hehe,,gurau je..
Owl um yang huru hara apakhabar ye?dgr khabar dah bergabung dengan sirat82 dengan menubuhkan syarikat programmer,,dah terkenal syarikat tu,,sampai ke sini project yang syarikat antum tubuhkan tu,,tahniah dari ana,sumbangan antum dalam program yang berasaskan Islamic memang patut diberi pengiktirafan oleh Negara-negara maju.tahniah dari ana.
Ana tak lupa dengan sahabat ana di Ukhwah.com mujahid007,,hasil dari berbalas email dan telefon,,perkembangan beliau memang ana amati,,beliau sekarang dah jadi akauntant di yayasan Ukhwah.komitmen yang anta tunjukkan syeikh memang Ukhwah perlukan,kerja elok-elok sahabat,amanah tu jaga kemas-kemas..
Hah..kak sadiqah ape cerita dia sekarang?akhir ana dengar kisah tentang dia,tahun lepas,,dia pun tak kurang hebatnya,projek-projek yayasan Ukhwah.com bayak berjaya hasil komitmen yang tak kira penat lelahnya,,akak sihat?moga-moga sihatlah hendaknya..
Tak sangka Ukhwah.com benar-benar berjaya.yayasan yang ditubuhkan telah menyemai bakti kepada yang memerlukan,,barisan majlis tertinggi Ukhwah yang berusaha keras dalam menjayakan sesuatu matlamat harus diberi penghargaan
Hal ini ana teringat kat sahabat-sahabat muslimin yang benar-benar memberi komitmen,,seperti mohamad yang menyelia aktiviti-aktiviti yayasan Ukhwah.com,,trouver yang sentiasa bersemangat dalam apa jua aktiviti-aktiviti Ukhwah.com..tahniah sahabat.
Ana tak lupa kepada pengkritik,pemikir,dan pemberi pendapat tegar seperti ibnu musa,anak pejuang,wuzara,swordofdeen,,,alwalid,dan tak lupa juga kepada pemburu harimau.pendapat antum semua menjana kemantapan Ukhwah.com.
Bagi mujahidah Ukhwah.com seperti shye,immad,ismi atikah,niza ati,siti shairah dan bebarapa nama yang banyak memberi sumbangan tenaga terhadap Ukhwah cukup membanggakan..rangkaian Ukhwah bukan di Malaysia sahaja,,malah dah tersebar seluruh dunia..membawa satu wadah islam dalam dakwah.memupuk kasih menyemai Ukhwah.
Ana minta maaf jika surat ini ada kata tersalah dari ana yang daif ini.
Dengan itu ana mngundurkan diri sampaikan salam ana diperantauan ini.sambutlah salam ukhwahfillah dari doctor umar khalil dari universiti yarmouk.jordan.wassalam.

Ketahuilah teman sejati ku..
Kemuliaan manusia bukan pada luaran
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan
Oleh itu tekadkan keyakinan
Antum umat pilihan!!!!




Yang bebenor


Umar khalil
…………………..
(warga Ukhwah.com)
2.30pg waktu Jordan
17sept 2023
irbid,Jordan
p/s;surat ni hanyalah rekaan semata2,

Wednesday, January 7, 2009

PAK TURUT...

Aspek pemikiran kritis yang diajar oleh Dr. Fauzi Hamat amat menarik untuk dihayati. Penulis menganggap beliau sebagai sangat ‘pakar’ dalam soal mantik. Mana tidaknya jika buku beliau bertajuk “Ketokohan al Ghazzali dalam bidang mantik” menerima anugerah sebagai buku paling laris jualannya daripada Penerbit Universiti Malaya. Cukup banyak yang penulis pelajari daripada beliau. Bukan ingin memuji namun ia cukup memberi pendedahan berguna kepada penulis tentang bidang pemikiran yang sebenar. Salah satu aspek penting yang dipelajari penulis adalah memahami konteks sebenar ‘Pak Turut”.
Dunia ini seperti mana telah dimaklumi semakin lama semakin berkembang. Perkembangan itu bukan sahaja melibatkan perubahan fizikal pada muka bumi ini tetapi ia seiring dengan perubahan tamadun bangsa dan sekali gus melibatkan peralihan pemikiran setiap individu masyarakat itu agar tidak dianggap ‘kuno’ atau ketinggalan zaman.
Seandainya dunia ini sentiasa statik dan tiada perkembangan sama ada daripada segi pemikiran, pembangunan daya insan, kebolehan untuk mencipta dan sebagainya, sudah tentu seluruh warga dunia itu akan terus terperosok ke dalam dunia yang sentiasa mundur.
Walau bagaimanapun, realitinya kini masyarakat dunia boleh berbangga kerana mereka semua memiliki daya pemikiran yang tidak mahu mundur tetapi sentiasa ingin maju dan seterusnya memacu diri dan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih selesa, moden dan sentiasa mampu meningkatkan lagi pembangunan mereka untuk mencapai hidup yang sentosa.
Tiada manusia yang tidak mahu maju. Namun dalam usaha kita mengejar kemajuan, sering kali kita terlupa bahawa kadangkala kita masih lagi gagal untuk membawa kemajuan dan pembangunan pemikiran kita secara total. Kita masih lagi mengikut dan menggunapakai beberapa pemikiran yang ternyata tidak releven tanpa banyak bicara. Kita masih lagi mengamalkan ‘budaya pak turut’.

BEZA TAQLID

Kamus Dewan edisi terkini tidak menyatakan maksud sebenar pak turut. Namun umum mengetahui bahawa istilah ini merujuk kepada satu sikap yang hanya menerima tanpa banyak membantah. Seolah-olah kita menjadi pengikutnya. Mungkin ramai merasakan istilah ini mungkin juga berhubungkait dengan istilah arab iaitu taqlid. Namun sebenarnya ternyata ia berbeza.
Dalam membicarakan taqlid, mungkin ia lebih merujuk kepada menerima apa sahaja yang ditentukan oleh orang terdahulu tanpa usul periksa. [Muhammad al-Khudhari, Tarikh al-Tasyri' al-Islami, hal. 324]. Prinsip taqlid lebih berhubungkait dengan ijtihad para ulama’ silam yang terus digunapakai oleh masyarakat terkemudian tanpa melakukan sebarang tajdid (pembaharuan) oleh masyarakat kini meskipun mungkin telah berlaku perubahan semasa yang memerlukan hukum itu diijtihad semula.
Ternyata taqlid adalah berbeza dengan prinsip pak turut. Jika taqlid lebih merujuk kepada sikap umat Islam yang hanya mengikut ijtihad ulama’ silam, namun pak turut lebih kepada terlalu mengikut sikap dan budaya turun temurun nenek moyang yang sememangnya banyak bercanggah dengan syarak. Malah ia bukan sahaja merujuk kepada budaya turun temurun tetapi juga melibatkan sikap suka mengikut membuta tuli tanpa sebarang pertimbangan dengan pemikiran dan budaya kini.
Jelas pak turut lebih melibatkan unsur dahulu dan juga kini. Mereka terlalu mengagungkan budaya turun temurun dan mereka juga terlalu mengikut budaya kini meskipun ternyata tidak menepati kehendak Islam. Islam amat menekankan peri pentingnya umat Islam bersifat analitikal dalam kehidupan dan tidak menjadi pak turut. Al-Quran dan as-Sunah menggesa umat Islam agar tidak mudah menerima bulat-bulat sesuatu perkara tanpa diteliti terlebih dahulu. [ Fauzi Hamat, (2004)].
Dalam membicarakan tentang pak turut ini, Al-Quran menjelaskan seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 10-171 yang bermaksud
“Dan apabila dikatakan kepada mereka” Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab: “(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa Yang Kami dapati datuk nenek Kami melakukannya”. Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (Apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?”
Dalam Surah al-Maidah ayat 104 seterusnya menjelaskan “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa Yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi Kami apa Yang Kami dapati datuk nenek Kami mengerjakannya”. Adakah (Mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?”

BUDAYA TURUN TEMURUN

Jelas berdasarkan kedua-dua ayat tersebut secara jelas menjelaskan kepada kita sikap pak turut ini sebenarnya melibatkan sikap suka mengikut dan mengamalkan budaya-budaya nenek moyang dan mempercayai perkara-perkara khurafat yang diwarisi hantuoleh ahli masyarakat sejak zaman berzaman meskipun ia bercanggah dengan Islam. Masih ada lagi serpihan-serpihan unsur turun temurun yang sentiasa membelanggu diri dan masyarakat kita kini.
Budaya masyarakat Arab dahulu sering mengamalkan budaya khurafat seperti mandi safar dan petanda burung hantu. Malah dalam sebuah hadis diceritakan Rasullulah juga menolak andaian liar para sahabatnya yang cuba mengaitkan kejadian gerhana matahari yang secara kebetulan berlaku serentak dengan kematian puteranya Ibrahim kerana kejadian gerhana adalah suatu sunah Allah dan tiada kaitan dengan kematian atau kehidupan manusia [Riwayat Bukhari].
Jika diteliti masyarakat Melayu khususnya, ternyata masih lagi yang berpegang dengan amalan nenek moyang yang sentiasa dianggap sebagai adat yang tidak boleh ditinggalkan meskipun ia khurafat. Adat suka memakai pendinding seperti tangkal, menggunakan sihir dan sebagainya masih lagi diamalkan meskipun dilarang Islam. Malah masyarakat Melayu dalam hal melibatkan kenduri sentiasa terlalu rigid dan kuat berpegang kepada amalan adat masyarakat.
Jika berlaku kematian, maka adalah menjadi kewajipan keluarga si mati mengadakan kenduri tahlil sehingga 7 hari, setiap bulan, 40 hari berturut-turut dan sebagainya. Semua amalan ini tidak salah dilakukan namun sekiranya ia membebankan keluarga si mati, sudah tentu ia adalah haram di sisi Islam. Mengapa perlu kita terlalu mengikut adat sedangkan Islam tidak membebankan umatnya.
Apa yang menjadi masalah ialah kerana sikap masyarakat kita sendiri yang mungkin akan ‘cakap belakang’ sekiranya tiada majlis tahlil dibuat atau hanya dibuat sekali sahaja. Malah ada yang sanggup bertanya kepada keluarga si mati berapa kali kenduri tahlil ingin dibuat. Jelas, budaya dan adat pemikiran sebegini perlu dicantas kerana mentaliti pak turut yang hanya kekal dengan adat sebegitu adalah menyusahkan dan tiada gunanya.
Orang Melayu sering terlalu mengikut pandangan serta amalan yang telah lama menjadi kebiasaan. Kadangkala perkara yang dimudahkan Islam dan mempunyai hikmah di sebaliknya dianggap sebagai keterlaluan dan tidak sesuai dengan orang Melayu. Islam amat menganjurkan wasiat dibuat sebelum berlaku kematian.
Ini dapat memudahkan sebarang bentuk pembahagian harta pusaka apabila seseorang itu meninggal dunia. Namun orang Melayu menganggapnya sebagai suatu yang tidak baik kerana seolah-olah menunjukkan bahawa seseorang itu tamak pada harta dan mungkin menunjukkan seolah-olah sudah hendak mati! Bukankah kita sering mendengar orang Melayu selalu bertanya apabila berlaku kematian apakah ada tanda-tanda sebelum kematiannya? Mungkin mereka beranggapan jika dibuat wasiat sebelum kematian menunjukkan tanda ajal hampir datang!!!
Persoalannya kini, mengapa perlu kita terlalu menjadi pak turut dengan semua budaya atau amalan majoriti ahli sesebuah masyarakat itu yang jelas tiada kesahihannya. Ini kerana adalah jelas ia hanyalah berdasarkan sangkaan semata-mata dan bukan berasaskan dalil yang qat’ie. Firman Allah dalam Surah al-An’am ayat 116 “Dan jika Engkau menurut kebanyakan orang Yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah Yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.”

PAK TURUT MASA KINI

Seperti yang dijelaskan penulis, mentaliti pak turut bukan sekadar melibatkan keterikatan masyarakat pada budaya nenek moyang yang tidak Islamik namun ia juga perlu diperluaskan skopnya pada masa kini dengan meneliti bentuk pemikiran dan budaya yang sentiasa menjadi ikutan meskipun bertentangan dengan ajaran Islam.
Budaya kontemporari kini hasil saduran puak-puak Barat bagi mengeksploitasikan minda umat Islam haruslah tidak dipandang enteng. Ia kelihatan begitu mendapat tempat dalam masyarakat kini. Budaya hedonisme akibat proses globalisasi membawa kepada bentuk-bentuk hiburan melampau ala Barat yang menampilkan artis-artis berpakaian lucah dan mencolok mata, majalah hiburan yang berleluasa serta pelbagai lagi unsur songsang yang mula membanjiri dan mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup umat Islam kini.
Semua aliran pemikiran kontemporari yang bercanggah dengan Islam ini sekiranya terus menerus mempengaruhi masyarakat kita, bakal membawa perubahan yang besar pada pemikiran mereka. Secara mudah, warga dunia tidak lagi akan diklasifkasikan mengikut masyarakat Barat atau Timur.
Jika masyarakat Timur terkenal dengan kesopanannya manakala Barat sering dianggap satu unsur yang sebaliknya, namun satu hari nanti mungkin akan hanya wujud satu warga dunia yang berpaksikan unsur Barat akibat sikap mentaliti masyarakat Timur yang terus menjadi pak turut kepada promosi budaya Barat.
Dalam diam, kita dapati budaya Barat semakin menghakis budaya Timur milik kita. Ini semua akibat mentaliti kita yang sering menjadi pak turut dalam segala hal melibatkan budaya asing. Jika mereka menayangkan model yang berpakaian lucah atau membotakkan kepala, kita juga ingin menjadi jaguhnya. Jika mereka melakonkan aksi panas dalam filem, kita juga ingin membuatnya dalam filem kita. Jika mereka ada gadis litar berpakaian lucah pada setiap kali perlumbaan, kita juga mesti ada. Mujurlah isu ‘gadis litar’ ini berjaya diketengahkan oleh wakil rakyat kita di Parlimen baru-baru ini.
Kita khususnya orang Melayu terlalu mengikut dan menjadi jaguh pak turut sedangkan masalah kita sendiri kita gagal selesaikan. Apa yang penting kini ialah kita perlu mempunyai nilai pemikiran yang mampu tidak terlalu mengikut tetapi perlu bermentaliti suka berfikir sebelum mengikut.
Pemikiran kelas pertama yang digagaskan oleh Perdana Menteri kita bukan sekadar menyeru masyarakat berfikir secara dinamik untuk pembangunan negara namun ia juga melibatkan soal berfikir sebelum menerima dan mengamalkan sesuatu perkara
.

MINDA MELAYU

Minda orang Melayu khususnya perlu dibuka dan tidak terlalu disempitkan dalam segala hal. Orang Melayu sering menganggap jika ingin bertaubat, pergilah buat umrah. Sedangkan bertaubat boleh di mana-mana sahaja dan bukannya di Mekah sahaja. Kita sering menjadi juara ‘Pak Turut’ dalam hal-hal berpuak-puak. Orang berdemonstrasi, kita juga ingin turut serta namun apabila ditanya apa tujuan demonstrasi tersebut, kita sendiri tidak tahu matlamatnya.
Jangan biarkan emosi kita membelanggu diri tetapi carilah jalan yang lebih rasional. Kita tahu akan gagal demonstrasi jika kita anjurkan bagi membantah sesuatu perkara malah mungkin ia akan mencalar imej kita sendiri khususnya imej Islam di kaca mata bukan Islam. Maka carilah alternatif lain yang lebih sesuai. Usah jadi ‘pak turut’ pada nafsu dan emosi sendiri. Biarlah mereka begitu teruja untuk berdebat ala kebodohan (stupid debate), namun biar kita anjurkan debat akademik.
Begitu juga soal aurat. Orang Melayu beranggapan bertudung sahaja adalah sudah menutup aurat. Sedangkan konsep aurat bukan sekadar memakai tudung tetapi melibatkan anggota badan lain yang ditetapkan oleh Islam.
Kita ingin mendidik umat Islam tetapi kaedahnya gagal. Kebanyakan masjid atau surau yang terdapat papan tanda menutup aurat bagi pengunjungnya hanya memaparkan gambar perempuan menutup kepala dengan tudung sahaja dibenarkan masuk manakala gambar perempuan tidak bertudung dilarang masuk. Secara jelas ini seolah-olah menunjukkan bertudung sahaja sudah menutup aurat walaupun bahagian aurat lain didedahkan.
Begitu juga isu memakmurkan masjid. Mentaliti pak turut orang Melayu hanya menganggap masjid sebagai tempat solat, membaca Quran dan beribadat sahaja. Kuliah atau tazkirah hanya berkisar tentang ilmu agama sahaja. Sedangkan jika diteliti fungsi masjid adalah luas dan perlu dipelbagaikan kegunaannya.
Kita ingin menarik golongan muda supaya tidak ‘takut’ ke masjid tetapi gagal kerana tiada satu aktiviti yang sesuai dengan jiwa mereka. Mungkin pihak masjid boleh menganjurkan bengkel komputer, kelas tuisyen atau konvoi bermotor remaja. Semua program yang disusun perlulah bersesuaian dengan jiwa remaja barulah kemakmuran masjid terlaksana dan tiada rasa ‘takut’ ke masjid menyelubungi mereka.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bukan semua perkara khususnya melibatkan adat masyarakat Melayu turun temurun adalah salah namun ia perlulah diteliti terlebih dahulu. Malah terdapat adat Melayu yang bersadurkan Islam sesuai untuk diamalkan. Mana yang baik diambil dan yang buruk dibuang. Rasullulah bersabda bermaksud ” Janganlah kamu jadi pak turut. Kamu kata (berpandangan) kalau manusia berbuat baik, kamu pun akan turut berbuat baik, kalau mereka melakukan kezaliman, kamu pun akan turut berbuat zalim. Tetapi tetapkanlah diri kamu, kalau manusia melakukan kebaikan, kamu akan turut berbuat kebaikan dan kalau mereka melakukan kejahatan, maka janaganlah kamu turut melakukan kezaliman (sebagaimana dilakukan khalayak masyarakat) ” [Riwayat al-Tirmidhi]
Mentaliti pak turut sebenarnya mampu dikikis sekiranya masyarakat sedar akan pentingnya untuk berfikir sebelum menerima sesuatu perkara. Kita seharusnya tidak hanya menerima semua perkara walaupun perkara itu ternyata tidak bertepatan dengan Islam. Malah kaedah bagi mengikis mentaliti tersebut perlulah bersifat pragmatik dan bersesuaian tanpa terlalu rigid. Ini kerana kaedah penyelesaian yang sama dan tidak berubah juga melambangkan mentaliti yang pak turut.
Biarlah kita melaksanakan satu perubahan dengan cara yang berlainanan daripada orang lain atau ‘lain dari yang lain’ tetapi hasil serta natijahnya adalah amat membuahkan hasil. Pendek kata, apa yang penting di sini ialah “Janganlah kita terlalu menjadi pak turut kepada perkara yang mengarut tetapi jadilah seorang yang suka menurut kepada setiap perkara yang perlu dituruti sahaja.” Mungkin dengan ini, masih ada lagi harapan bagi mengikis mentaliti ‘Pak Turut’ ini…
Hormat daripadaku kepada guruku…


from; syafiqe.wordpress.com/.../