Monday, February 2, 2009

Tanamkan Roh Islam Pada Anak2


by;umar khalil al palongi

assalamualaikum,,, 

   dr kuliyah dakwah  minggu lepas bersama ust roslan mohammad,,dpt la ana wat  sikit artikel utk dikongsi,,,,
 Sahabat-sahabat yg dikasihi,  
   
 Anak adalah anugerah Tuhan yg cukup bermana kepada kita yg bergelar ibu  
 dan ayah.Anak juga  
 merupakan penyeri rumahtangan kita dengan tangisan, gelak tawa mereka.Pada 
 masa yg sama juga kita  
 tak dapat lari dari diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai kerenah mereka, 
 adakalanya hilang sabar  
 dibuatnya.  

   
 
   
 Tahu tak ?  
   
 Apabila anak-anak kita buat sesuatu yg kita tak suka, apa yg kita  
 cakap.Kita akan cakap "umi/abi tak  
 suka kak buat macam tu". betul tak ?  
   
 Pernah tak kita cakap kat dia bahawa Allah tak suka kak buat macam tu dan  
 kalau Allah tak suka umi / abi 
 pun tak suka.  

   
 Kenapa?  
   
 Apabila kita megatakan Allah tak suka, dia akan meletakkan sampai  
 bila-bila, sampai besar dan  
 keluar dari rumah apa yang dibuat yg menyebabkan apa-apa perkara yg  
 terutamanya org tak suka  
 lagi-lagi perkara yg Allah tegah dia akan ingat Allah akan benci.Bezanya  
 pula kalau kita hanya  
 cakap umi tak suka, tapi apabila ia keluar dari rumah dan melakukan  
 apa-apa perkara yg tak baik  
 dia akan fikir "ala tak pe umi/abi aku tak de" dengan sewanag-wenangnya dia  
 boleh buat sesuka hati.  

   
 Pernah tak ?  
   
 Apabila anak-anak kita yg berusiah 1-5 thn, pernah tak kita menceritakan  
 pada mereka tentang  
 Kewujudan Allah dan kemulian Nabi Muhammad s.a.w. Kalau difikirkan nak  
 ceritakan mengenai Allah  
 dan Rasuluallah bukannya dia orang tu faham sangat. Tapi kita kena cerita  
 tentang kebesaran Allah  
 dan Muhammad itu supaya dijadikan contoh dan ikutan yg baik.Memanglah bila 
 kita cerita dia akan  
 tanya seribu satu persoalan yg rasanya sukar untuk kita jawab. sebagai  
 seorang ibu/ayah yg baik kita  
 kenalah menjawab dengan cara yg terbaik yg mudah anak-anak kita faham.  

   
 Sebab....  
   
 Apabila kita menceritakan tentang kewujudan Allah dan kebesaran serta  
 kemulian Nabi Muhammad  
 kepada mereka dari kecil lagi akan memudahkan mereka memahami atau lebih  
 excited lagi bila  
 cikgunya mengajar Tauhid, akidah, akhlak dll sebab dia dah tahu  
 .Berbezalah pula dengan anak-anak  
 yg hanya belajar disekolah dan mendengar apa yang diajar oleh cikgunya  
 sahaja. Dia akan  
 terpinga-pinga sebab masa kat sekolah baru belajar. Jika kita ajar  
 ank-anak kita dari awal lagi  
 dan ditambah disekolah dia akan lagi seronok nak tahu lagi dan lagi...  
   

 Perasan tak?  
   
 Bila kita suruh anak kita ambil barang kat dlm bilik ke dapur ke  
 sorang-sorang dia kata "tak nak  
 takut ada hantu".sebab apa jadi gitu. Perasan tak kadang-kadang bila kita  
 tak nak anak kita pergi  
 kesesuatu tempat, kita akan cakap " gilah gi...gi ambilah momok tu, ha.  
 ada hantu kat situ".  
 Sebenarnya kita yg mengajar anak kita pasal tu, betul tak?.  

   
 Jadi...  
   
 Tanamkan dalam fikiran anak-anak kita supaya sebut nama Allah dan baca  
 Bismillah hirohmannirahim  
 apabila dia takut untuk pergi tempat yg dirasa ada hantu. Cakap dengan dia 
 "kalau kak baca  
 Bismillah banyak kali tentu tak ade hantu".Dengan pujukan kita yg baik dia 
 akan pergi dengan  
 lintang pukang untuk ambil barang yg disuruh.Jadi bila dia dah selamat  
 mengambil barang tu,  
 tanyalah kat dia "ha.. ada tak hantu", tentu dia cakap "yelah umi tak ada  
 hantulah pun". So dari  
 situlah kita akan cakap bahawa Allah tu ada kat mana-mana dan akan tolong  
 kita.  

   
 So, itu saja yg ana boleh sampaikan untuk renungan kita bersama.Marilah  
 kita sama-sama untuk  
 menjadi seorang ibu/bapa yg baik.  
   
 Didiklah anak kita dengan nilai-nilai islam, sebab jika kita tak didik  
 anak-anak kita dengan  
 nilai-nilai islam cuba kita lihat dunia hari ini semakin mengongcang dan  
 bergegar dengan pelbagai  
 jenis penyakit sosial.  
   
 Walaupun kadang-kadangnya ada diantara kita boleh dikatakan dah didik anak 
 dengan cara islam  
 tapi,environment diluar sana tu yg menyebabkan mereka terpengaruh, siap yg 
 harus  
 dipersalahkan?.Apa yg pentingnya adalah kita kena usaha dan berdoa dan  
 terus berdoa supaya  
 anak-anak kita tergolong dikalangan anak-anak yg soleh dan soleha.  
   
 Wallahualam.  

   
   
   
 teman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg p'singgahan buatmu buat  
 seketika.aku impikan  
 p'singgahanmu adalah buat selama2nya utk diriku.mengertilah  

No comments:

Post a Comment