Monday, January 12, 2009

surat untuk ukhwah

Surat untuk Ukhwah.com
(eh biar betul)
(bukan angan-angan kosong kalau ada usaha)

Assalamualaikum,


Kehadapan sahabat-sahabat di Ukhwah.com,,hai apa khabar antum semua?lama ana tak mencoretkan warkah buat teman-teman di Ukhwah.com.amacam dakwah?apakhabar islam?iman ok?roh dakwah semakin kukuh tak?ana harap semuanya ok la hendaknya.
Dah 20 tahun usia Ukhwah.com ni ye,,Alhamdulillah,,Ukhwah.com masih lagi segar dengan fikrah dakwahnya,dan ape yang membanggakan ana yang berada dirantauan Jordan ini,tatkala masyarakat disini kenal apa itu Ukhwah.com.dan ana sebagai warga Ukhwah.com dapat menumpang syukur bilamana impian Ukhwah.com berjaya merealisasikan yayasan Ukhwah.sebab tu orang timur tengah pun kenal dengan Ukhwah.com ni.
Ha…ana tak lupa dengan kak hanan,,presiden Ukhwah.com..wanita hebat,hasilnya kejayaanya pun hebat.apa khabar kak hanan sekarang ye?sihat?keluarga pun sihat?alhamdulillah kalau semuanya sihat.bila sebut nama kak hanan ni,,pertama kali jumpa dia masa jk pesta buku 08.ape yang ana dapat nilai pada perkenalan pertama dengan presiden kita tu,,dia cukup peramah,ciri-ciri pemimpin memang ada pada dia.tahniah juga buat kak hanan.
Baru-baru ni ana berjalan-jalan dipasar berdekatan,masa tu ana pakai badge Ukhwah di baju sejuk ana(maklum la sekarang musim sejuk dijordan,heheh),ade seorang kolah arab ni tegur ana,dia bertanya tentang Ukhwah.com..malah dia mintak sampaikan salam kepada kak hanan,ape la jasa kak hanan kepada beliau ye.ukhwah.com dah dikenali sekarang ni ye..alhamdulillah
Tak adil juga bagi ana kalau tak bertanya khabar kak simple shida kita ni..seorang lagi mujahidah di Ukhwah.com yang menjadi tulang belakang kekuatan Ukhwah.com dari awal penubuhan Ukhwah.com sampai la tertubuhnya yayasan Ukhwah.com..apa khabar kak shida ye..harap-harap sihat la hendaknya disamping keluarga bahagia.insyaAllah..ana ingat lagi jk yang di buat d bumi Jordan ni,,kaler hijau masih lagi manjadi tema kak shida,jk luar Negara yang kak shida uruskan hari tu benar-benar meninggalkan kenangan manis di hati pelajar-pelajar di Jordan ini,,semuanya pelajar muslimat disini merindui kak shida,,diorang kirim salam..
Haa..ana tak lupa akhi khalifah dan ukti rumaisha,,amacam sekarang?tak salah ana, izzah dah berusia 15 tahunkan?mesti dia menjadi mujahidah seperti umminya dan bersemangat seperti walidnya..bila nak datang Jordan lagi?tiada jk pun boleh datang kan,,heheheh.komitmen antum memang membanggakan dan menjadi tauladan kepada adik junior dalam Ukhwah.com.
Prof muslim apa khabar gak ye?anak da berapa?lama ana x contact akhi.prof muslim ni sporting n mudah ketawa orangnya.bagaimana kerjayanye sebagai professor kat ipt yang terkenal tu?harap-harap tenang menghadapi cabaran yang mendatang.
Owh ana hampir lupa kepada daeng jati,dan sayatetapsaya,dengar khabar dah dapat tittle IR Daeng dan IR indra sekarang ni,,tahniah.daeng.amacam kajian anta dengan semut?masih diteruskankan?.tengok club semut Ukhwah da suram je,yumkin anta sibuk wat masa ni,,harap anta sihat la hendaknya,,ha,,,da kahwin?takkan nak solo je syeikh?hehe,,gurau je..
Owl um yang huru hara apakhabar ye?dgr khabar dah bergabung dengan sirat82 dengan menubuhkan syarikat programmer,,dah terkenal syarikat tu,,sampai ke sini project yang syarikat antum tubuhkan tu,,tahniah dari ana,sumbangan antum dalam program yang berasaskan Islamic memang patut diberi pengiktirafan oleh Negara-negara maju.tahniah dari ana.
Ana tak lupa dengan sahabat ana di Ukhwah.com mujahid007,,hasil dari berbalas email dan telefon,,perkembangan beliau memang ana amati,,beliau sekarang dah jadi akauntant di yayasan Ukhwah.komitmen yang anta tunjukkan syeikh memang Ukhwah perlukan,kerja elok-elok sahabat,amanah tu jaga kemas-kemas..
Hah..kak sadiqah ape cerita dia sekarang?akhir ana dengar kisah tentang dia,tahun lepas,,dia pun tak kurang hebatnya,projek-projek yayasan Ukhwah.com bayak berjaya hasil komitmen yang tak kira penat lelahnya,,akak sihat?moga-moga sihatlah hendaknya..
Tak sangka Ukhwah.com benar-benar berjaya.yayasan yang ditubuhkan telah menyemai bakti kepada yang memerlukan,,barisan majlis tertinggi Ukhwah yang berusaha keras dalam menjayakan sesuatu matlamat harus diberi penghargaan
Hal ini ana teringat kat sahabat-sahabat muslimin yang benar-benar memberi komitmen,,seperti mohamad yang menyelia aktiviti-aktiviti yayasan Ukhwah.com,,trouver yang sentiasa bersemangat dalam apa jua aktiviti-aktiviti Ukhwah.com..tahniah sahabat.
Ana tak lupa kepada pengkritik,pemikir,dan pemberi pendapat tegar seperti ibnu musa,anak pejuang,wuzara,swordofdeen,,,alwalid,dan tak lupa juga kepada pemburu harimau.pendapat antum semua menjana kemantapan Ukhwah.com.
Bagi mujahidah Ukhwah.com seperti shye,immad,ismi atikah,niza ati,siti shairah dan bebarapa nama yang banyak memberi sumbangan tenaga terhadap Ukhwah cukup membanggakan..rangkaian Ukhwah bukan di Malaysia sahaja,,malah dah tersebar seluruh dunia..membawa satu wadah islam dalam dakwah.memupuk kasih menyemai Ukhwah.
Ana minta maaf jika surat ini ada kata tersalah dari ana yang daif ini.
Dengan itu ana mngundurkan diri sampaikan salam ana diperantauan ini.sambutlah salam ukhwahfillah dari doctor umar khalil dari universiti yarmouk.jordan.wassalam.

Ketahuilah teman sejati ku..
Kemuliaan manusia bukan pada luaran
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan
Oleh itu tekadkan keyakinan
Antum umat pilihan!!!!




Yang bebenor


Umar khalil
…………………..
(warga Ukhwah.com)
2.30pg waktu Jordan
17sept 2023
irbid,Jordan
p/s;surat ni hanyalah rekaan semata2,

1 comment:

  1. salam alaik.
    aiwah.. cita-cita tinggi ke langit.
    mampuKah uc begitu kelak? hanya ALlah yg dpt memberi jwpn yg objektif wa subjektif yumkin..

    hehe. kok selit juge nama ss. sia[e ss yg hanya shida yg sederhana... yg sgt sempoi..yg senyum sokmo utk sgla peri yg berlaku..hehee.

    kak nk titip sajak utk uc ..ade rezeki myb ada kot dgr di IKIm... ehehe..

    hayati bait ni.. ni kire 1st person enta bace.

    “ Pautan Ukhwah, Terungkai Mahabbah”

    Dalam meniti rencam rutin harian
    Pasti ada tempang, lopak nan berliku dilalui
    Suram, dingin, pilu, sebak menyulam memori syahdu
    Tawa, ria, suka dan ceria turut diselang-seli

    Pejam celik sudah pun menjangkau usia lebih 5 tahun
    Kukenal dengan sahabiah yang berlatarbelakang pelbagai bidang
    Berbeda fikrah, bermacam gaya dan tingkah laku fitrahnya
    Tanpa medium itu, tidak mungkin kuberdiri seperti begini sekarang

    Kadangkala indah khabar dari rupa
    Tapi, itukan lumrah alam
    Kerna penghuninya membawa identiti tersendiri
    Ada yang jujur, ikhlas, ada jua yang bersifat hipokrit
    Ironisnya, terpulang pada nawaitu empunya diri
    Ke mana haluan tuju yang hendak dilayarkan

    Makin hari makin kurang identiti jenamanya
    Pasti ada sahaja pelbagai calitan yang diconteng
    Dengan lukisan yang indah, samar, calar-balar
    Tak menang juga dengan lakaran abstrak yang dicetuskan

    Dunia tanpa sempadan mencetuskan global modenasasi
    Geliga minda dengan panahan hujah
    Bijak jua mencaturkan buah fikiran
    Natijahnya, panahan kalam kadangkala berbisa
    Tercuit, terguris dek bicara titipan yang tertera

    Hari demi hari
    Silih berganti mengikut arah putaran jam
    Harapan dan doaku
    Agar wasilah dakwah bakal diteruskan
    Walaupun ombak badai duri menanti
    Teruskan derapan langkah perjuanganmu

    Pendakian yang belum sampai kemuncaknya
    Perlu mendokah menerobos dunia yang penuh mehnah tribulasi
    Sirami, bajai, hembuskan taman-taman hati
    Yang persis dahagakan ilmu ukhrawi
    Fardhu ain, fardhu kifayah menjadi tuntutan aulawiyat

    Ya Allah, Ya Karim,
    Padukan semangat cintakan ilmu dalam tiap penghuninya
    Kentalkan Iman, semarakkan Amal mereka ke jalanMu
    Semoga ia terus menjadi panduan untuk menongkah leliku kehidupan
    Sesungguhnya kualiti menjadi tunjang sesuatu asas
    Bukannya kuantiti yang dikejar semata

    Syukran jiddan buat semua yang telah bersama
    Mengharungi pahit manis liqa’ yang tercipta
    Mohon dedaun kemafaaan dariku atas segala kekurangan diri
    Insyaallah ketemu lagi kita semua di alam realiti au alam maya
    Portal Ukhwah.com

    Dulu, kini dan selamanya
    Menyemai kasih, memupuk ukhwah
    Ukhwah filllah abadan abadan...

    Wallahu’alam.

    Ilham cipta
    `siMpLe-sHida`
    10 Muharram 1430H

    dedikasi utk semua team uc...

    ReplyDelete