Monday, January 5, 2009

takrifan dakwah serba ringkas..


kebetulan minggu lepas,,kuliyah dakwah,,,,so boleh lah kongsi dengan kawan-kawan.dengan nota yang tak seberapa yang sempat ana catit......apa yang antum bentangkan semuanya tepat dan betul...tapi kita tau disiplin takrifan dakwahnya..kalau semua faham peranan masing-masing dalam kancah dakwah ni....kekuatan tu ada,,insyaALLAH....

BY;umar khalil..

takrifan;dakwah boleh diertikan sebagai mengajak,menyeru,membimbing,menasihati,menjemput,memandu,dan memanggil..

disini saya mengemukakan takrifan yang di keluarkan oleh para ulama sepanjang zaman..

1)Menurut sheikh al islam ibn tamiyah,dakwah adalah seruan Allah berasaskan ajakan kepada beriman denganNYA,dan menyakini terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.dengan cara membenarkan apa yang diberitahu oleh Rasulullah saw dan mentaati segala perintahnya.dengan demikian dakwah itu terangkum di dalam 2 kalimah syahadah,,kwajipan menunaikan solat,menunaikan zakat,puasa ramadhan,menunaikan ibadah haji,seruan kepada beriman kepada Allah,para malaikat,kitab2,para rasul,hari kebangkitan,qada' dan qadar.dengan itu pngertian dakwah..sheikh ibn taimiyah telah merangkumi keseluruhan rukun islam dan rukum iman..

2)adam abdullah al aluri(ulama nigeria),dakwah ialah memalingkan pandagan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan aqidah..kerana dakwah itu merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir2 mereka terjerumus ke dlmnya atau kemudaratan yang melingkungi mereka.

3)dr abu majd al sayyid nawfal menegaskan bahawa dakwah ialah usaha golongan yang mmpunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada islam dan menjauhkan mereka dari selain Allah dengan cara-cara tertentu.

4)dr ahmad ahmad ghalwash dan beberapa ulamak lain pula menjelaskan dakwah ialah menyampaikan seruan dan ajaran islam kepada manusia dalam semua keadaan dan masa melalui pelbagai cara atau uslub sesuai dengan sasaran.

5)dr yusuf al qaradawi,dakwah ialah usaha mmbwa org lain kepada agama islam supaya mengikut petunjuk ini,.melaksanakan segala ketetapannya di bumi ini,mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri,permohonan dan taat kepada Allah sahaja.melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan dari Allah yang terpaksa patuhi,memberi hak kepada org yang dtentukan hak oleh Allah.menafikan hak ke atas org yang menafikan hak oleh Allah,menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran pada jalanNYA,,,(ruj,thaqafah all daiy'ah h5)


dr pengertian dakwah yang dijelaskan oleh para ulama dan tokoh2 dakwah,,jelas menunjukkan bahawa dakwah adalah satu amanah dan kewajipan yang besar daripada Allah ke atas umat islam..


dr muhammad al sayyid al wakil merumuskan bahawa dakwah dapat disimpulkan sebagai usaha membawa manusia ke arah kebaikan dan memberi tunjuk ajar kepada mereka dengan baik berasaskan suruhan kepada makruf dan mencegah mereka daripada melakukan perkara yang mungkar.....



Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.(al nahl;125)



Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.(al hajj;67)



Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah. Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan). (asy syura;15)



Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (al fusSilat;150)

so ini lah serba sedikit takrifan disiplin dlm berdakwah....byk lagi boleh dikembangkan,,,,ni belum disentuh dakwah dengan akhlak lg,,,,ade masa ana akan sentuh hal dakwah dgn akhlak untuk dikongsi bersama...insyaAllah,..

No comments:

Post a Comment