Monday, June 29, 2009
di balik cermin mimpi..
isteri kesayangan suami...
Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi.Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesunyian dalam ruang dada si suami itu.
Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya.Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan.
Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu menjawab soalan ini;
1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?
2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?
3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila memandangnya?
4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?
Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal.
Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia keletihan pulang dari kerja.Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya.
Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami.Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya.
Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apa lagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga.Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda.
Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. .Adalah mustahil suami akan rela dia di “control” oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri.Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami. Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya.
Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya:Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami.
Membina akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa marah dan tawar hati.Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan sahajayang berjaya.Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan.Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt.
Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya.Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya.Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas.
Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja.Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat.
Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu menghapus dosa-dosa mereka.Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka.
Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi.Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka.
Thursday, June 25, 2009
aku rindu....


.jpg)





.jpg)

Wednesday, June 24, 2009
si kain putih
Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi
Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar
Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang
Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua
Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam
Burung Kakak Tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua
Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat
Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu
Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang
Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang
Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari
Oh bulan mana bintang?
Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para
Buai kaduk-kaduk
Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk
Buat tali timba
Monday, June 22, 2009
dia ayah aku...

.jpg)

.jpg)

Friday, June 19, 2009
resume nama ku..
MOHD FARID | |
M | Mesra |
O | Oportunis |
H | Harum |
D | Dinamik |
F | Fleksibel |
A | Amanah |
R | Ramah |
I | Ikhlas |
D | Dedikasi |
Apa ada pada nama? |
mesra =mesra mmg kene ada,kemesraan,,keramahan..n smua nya la..ahaks..
oportunis =ape kebenda ni,,mana kamus,,mana kamus..
harum =setakat ni aku tak membusukkan nama family aku lagi setakat ni
dinamik =dinamik,progesif n produktif,,motto skolah aku.ahaks
flexsibel =mcmana eh aku nak terangkan ni,,huhuhu
amanah =setakat ni aku blom lagi pecah amanah..ahaks..
ramah =hehehe...tapi aku blom ramah tak tentu pasal.
ikhlas =ada ulama mengatakan,ikhlas itu umpama semut itam dimalam yg pekat..
dedikasi =hehehehe....kdg2 aku bengkang bengkok gak..
ni plak nama nama aku time di alam fana,,sampai bakal pak mentua pun panggil aku umar,wakakakaka,,,,ayah n mak tak knl umar khalil..ahaks..
UMAR KHALIL | |
U | Untung |
M | Mesra |
A | Amanah |
R | Ramah |
K | Komited |
H | Harum |
A | Alim |
L | Lemah-lembut |
I | Ikhlas |
L | Lincah |
Apa ada pada nama? |
untung =aku memang org yg bruntung,,klu aku wat hal,,mak mesti ckp "btuah punya anak"
mesra =kdg2 suke gak singgah kat kedai mesra petronas,beli cokelat krispy...
amanah =ms kecik mak soh aku buai adik,,aku patuh,tp aku tgk tv..adik nangis,adakah aku pecah amanah?
ramah =skali lagi aku tegaskan,aku bukan ramah tak tentu pasal..ahaks
komited =pe makna eh?phm tp xtau la nak terangkan,huhuhuhu...
harum =di manakah setangginya?
alim =erkk nama aku bukan halim,,ahlim mahu pun alim...nm aku farid ...
lemah lembut = aku bukan auuwwwww k!!!!
ikhlas =hehehe,,,nak tny,,dr awl idup,sampai skng..brapa byk amalan yg dilakukan dgn iklas???hah sm2 la kita muhasabah,,bukan muhasarawak...ahaks..
lincah =aku dah gemuk ni...pyh ckit la..ahaks..
Wednesday, June 17, 2009
selesainya sebuah perjalanan..
pagi ahad bersamaan 7hb jun 2009.handset aku dihujani dari kol2..pelbagai jenis umat islam kol aku.chewah berita mcm gempak je,padahal comfirmation sahabat2 aku nak g konvoi waliamah azemi dan pasangannya fazilah yg lebih dikenali sbg setanggi syurga.dasyat ek.dgn setanggi syurga dia kawin tu..
ok..pagi lagi aku g umah kak yati untuk eskot dia,almaklumlah tahap keyakinan kak yati masih rendah lagi untuk menerjah ke bangi tempat dimana berkumpulnya para-para insan yang tujuannya satu..iaitu nak berkonvoi ke kuala pilah..azrul naik dgn kak yati..ingatkan azrul tau jalan.boleh plak terlepas simpang.hurmm.dah jauh berpusing..dan aku terus je ke bangi.
perjanjian kul 9.30 akan bergerak ke kuala pilah,,tp biase la,perjumpaan ni dihadiri mejoritinya orang melayu,so janji melayu pun terlaksana.tapi akhirnya kul 11 gak bergerak..hurm.ok aa uu rediii tu konvoiiiii?????
Kereta Shye:
Shye
Sirat
Mohamad
wani
Kereta UK:
UK
Azrul
Husna
Yana
Kereta Kak Yati:
Kak Yati
Haslan
Kak Ayu
Kereta Solehah:
Solehah
TT
Atikah
Ummu
Kereta Daeng:
Daeng
Muzzaffar
Bukhari
Ikram
Kereta Muslimin23:
Muslimin
Kamarul
k konvoi sampai ke umah pengantin dalam pukul 1 lebih..alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan Allah,,takde sebarang kesesatan jalan dan masalah2 berangkai semasa dalam konvoi tersebut...semuanya berjalan lancar sambil menikmati panorama2 flora dan fauna sekitar perjalan ke kuala pilah tempat beradat itu,dan aku ibarat sireh pulang ke ganggang..di mana aku mengepalai konvoi pulang ke negeri kelahiran ku...ahaks...chewahhhh...
kami sampai je kat umah pengantin lelaki dah ready kat pintu pagar,,bukan menyambut kedatangan kami,tapi nak diarak2kan kedua2 mempelai.kami pun ikut la belakang rombongan pengantin lelaki..meramaikan suasana..pastu kami di jamu dengan makanan tradisi orang negeri sembilan....aku kecur air liur dah,,tgk gulai daging salai masak lemak cili api..hurmm 2 kali aku tambah..dan agak luar biase skang ni,,g la mana2 umah kenduri kawin,,smua pakai buffet,,bhs modennya layan diri...tapi kat umah pengantin kali ini ade sistem hidang,mmg best,nak sistem hidangan xpe lagi klu golongan muda turut serta,,klu stok org vateran je yang buat smua...ado yang tak makan,.so pendekat yg terbaik adalah buffet..ahaks...pedulikan janji aku dapat makan..
jadi bila kenyang ati senang,,,bak kata pepatah gendang perut tali kecapi,kenyang perut senang hati..(betol ke?bantai jo la)..maka sesi bergambar la mesti berlaku,mcm biase sahabat2 aku mmg gila bergambar..mcm2 posing nak dibuat...dah mcm walimah azemi tu,,program kitorang plak..org kampung pandang je kelakuan kami..kami wat dono je,dan aku,,ilang ckp n9 aku,,kang kantoi plak aku yg aku ni anak n9(lagi budak tak sedar diri).....
Mangkuk timah penuh saratKalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja sehari
Raja rupawan di atas takhta
Duduk memerintah barang sehari
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan
Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu (akhir hayat laa..)
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Sianak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai
Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong
Bunga melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat
Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
pastu aku pun menginvite la sahabat dan sahabiah aku gerak ke umah aku,,kat mano lagi,,kek palong la...ahaks,.jauh tak?sirat menyoal..aku jwb mayb dalam 45minit...daeng palak membackup jom la sesekali kita g..sng nak dtg walimah umar nnt,,aku pun tersipu2 malu,,ahaks..merah pipi siot...so bergerak la kami..
sampai umah aku,,muka masing2 kepenatan,,kesian kwn2 aku,,jauh ruponya..standart la konvoi,,xleh bawak laju2..kang ade yg cicir..so bawak kadar yang menyelesakan..mak dah tau kedatangan aku..dia dah ready siapkan bubur kacang untuk tetamu...riuh gak umah aku..heheh..
pastu abis menyantap kami pun nak bergerak balik la..ade plak mata2 yang nampak pokok bacang yg melayut2 buahnya.dorg g tibai bacang2 aku..mak pun suka la tgk smua tu..buah kat umah tu sampai tak termakan..punya la byk hasil yang Allah bagi..takpe musim buah nnt kita g lagi eh,,byk pokok yang menanti musimnya...ada la rezki untuk korang..ahaks../
waktu zohor tadi kami semua dah jamakan,so memudahkan perjalanan kami..itulah keindahan islam yang mudah dilaksanakan dalam beribadat.sape yg rasa islam ni susah nak amalkan,.,mmg rugi..bincang2 dgn sirat kata sepakat dapat..so kami ikut jalan ke alor gajah,,sebab nak naik higway terus..hurm..kami hanya merancang...kesesakan lalu lintas di higway...konvoi kami tak teratur,,smua dah berpecah..tapi alat komunikasi yg serba canggih menhubungkan kami utk berkumpul di satu tempat,,,chewah,,baik punya laporan..hikhikhik
usai solat margrib di RnR seremban.kami meneruskan perjalanan semula..s0 kami berkumpul di umah salah seorang peserta konvoi,,sapo lagi kalau bukan wani,,umah dia tyu dah mcm pusat sehenti bagi kami dah.,.siap bg makan lagi,,,aku plak mmg lapar adanya..so tampa mmbuang masa..da dijamu,,makan jo la...
so pada pukul 11 mlm lebih kami pun bersurai ke umah masing,,utk brehat..ponek smua eh..
jadi saya wakil ketua rombongan yang melantik diri sendiri mengucapkan terima kasih dan selamat pengantin baru kat kedua mempelai azemi dan fazilah...semoga pjg umo murah rezki..dan sy jugak wakil ayah n mak sy mengucapkan terima kasih n mintak maaf jika ade kekurangan layanan dan terlebih dlm gurauan sepanjang kamu semua melepakkan diri kat umah saya ari tu...sekian terima kasih...

soalan kuiz..
1)siapakah yang berkahwin pada hari tersebut?
2)berapa buah kereta yang menyertai rombongan tersebut?
3)nama lain bagi setanggi syurga?
4)berapa biji bacang yang daeng jati berjaya gugurkan?
5)kereta siapa tiada reben konvoi?
6)apakah warna tema bagi konvoi tersebut?
p/s;sesiapa yang dapat menjawab kuiz ini,,akn diberikan hadiah.,.dan sila kumpul soalan2 diminggu akan datang....ahaks..markah kuiz ini mempengaruhi pointer kamu ...
Musibah Oh Musibah...
Allah berfirman:
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).
Pernah suatu ketika, saya ada menonton satu rancangan yang dikendalikan oleh Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah dan beliau membicarakan mengenai perkara ini iaitu musibah. Menurut beliau, ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang itu dilanda musibah. Antaranya ialah:
1) Allah sayang kepada kita.
2) Allah mahu menyuci dosa kita disebabkan oleh dosa kita yang banyak.
3) Allah mahu menguji seteguh mana kekuatan iman kita.
4) Allah mahu mengangkat martabat kita.
5) Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Tetapi hamba-hambaNya yang menzalimi diri sendiri.
6) Setiap kebaikan bermula dengan musibah.
7) Untuk menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa.
8)Kita tidak mengenal diri sendiri. Perlu muhasabah diri tentang kesalahan yang telah kita lakukan.
9) Allah mahu beri yang lebih baik.
10) Sebab terlalu gopoh gapah dalam melakukan sesuatu perkara.
Itu adalah antara 10 perkara yang menjadi punca seseorang ditimpa musibah. Selain daripada itu, Dato’ juga telah berkongsi cara-cara ketika menghadapi sesuatu musibah. Antara teknik atau cara yang boleh digunakan ialah:
1) Menukar paradigma dengan merasakan musibah adalah tanda Allah sayang kepada kita.
2) Cuba menukar keadaan persekitaran kalau ada masalah.
3) Mengambil wudhu’, minum air atau menghirup udara segar.
4) Muhasabah diri. Terus tanya diri sendiri bagaimana musibah boleh menimpa diri kita yang mungkin disebabkan oleh dosa kita.
5) Berkongsi dengan sahabat yang setia.
6) Sentiasa senyum apabila menghadapi musibah.
7) Menunaikan solat taubat dan beristighfar.
8)Memperbanyakkan doa. Jangan sombong untuk berdoa kerana orang yang tidak berdoa boleh dianggap sombong dengan tuhan.
9) Sabar dan redha kerana Allah ingin mengangkat martabat. Ujian yang diberikan Allah adalah berdasarkan kemampuan insan.
10) Menunaikan solat sunat hajat.
11) Cuba lihat kepada orang yang lebih hebat ditimpa musibah.
12) Mendoakan kepada orang lain supaya Allah boleh selesaikan masalah dia.
13) Selalu ziarah untuk eratkan silaturrahim.
14) Menyuci hati dan sentiasa minta nasihat.
15) Jangan lupa untuk membaca ‘innalillahi wa inna ilaihi raji’uun’ ketika ditimpa musibah.
Begitulah kita sebagai insan yang lemah dan serba kekurangan yang tidak dapat mengelak daripada dilanda musibah. Cuma satu perkara yang pasti adalah setiap sesuatu perkara yang berlaku adalah ujian daripada Allah.
Allah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-’Ankabut: 3-4). Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia. Allah berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya…" (Al-Baqarah: 286)
Wallahu ‘alam…
Sumber: Blog ISMA Pulau Pinang
lagu untuk kak long
Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid
Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi
Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu
Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi
Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana
Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu