Saya ingin mengenengahkan satu kaedah masyhur yang merupakan syarat dalam melakukan amar makruf nahi mungkar. Syarat tersebut ialah mengubah mungkar hendaklah tidak membawa kepada berlakunya mungkar lebih besar.
Kita tidak khilaf mengenai kewajiban mengubah kemungkaran, tetapi di sana ada syarat dalam kita melakukan tugas mengubah mungkar yang harus direnungi secara mendalam.
Pertama, syarat kemampuan.
Kita semua faham bahawa mengubah mungkar bergantung kepada kemampuan berdasarkan hadis yang bermaksud; “barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah dengan tangannya, kalau dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kalau dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”. Setiap orang bertanggungjawab berdasarkan kapasiti masing-masing. Jadi kalau saiz kita kecil, tak usah nak berlagak seperti orang besar.
Kedua, syarat yang menjadi tajuk bicara kita kali ini iaitu mengubah mungkar hendaklah tidak membawa kepada berlaku mungkar yang lebih besar.
Maksudnya selain kemampuan, kita juga kena mengkaji kesan atau akibat daripada tindakan kita. Semangat kita mungkin mendorong kita secara serta-merta ingin mengubah realiti yang ada tanpa memikirkan akibat samada akan lebih baik atau lebih buruk. Yang penting bagi kita, kita sudah cukup meluat dan benci dengan yang ada dan apa sahaja angin perubahan yang datang, kita akan sokong dan buat perubahan serta-merta.
Sebenarnya Islam tidak mengajar kita begitu. Islam meminta kita tidak tergesa-gesa, sebaliknya menilai dulu akibat. Jika yang akan datang lebih buruk daripada yang sedia ada, baik jangan, relax dulu. Ini bukan kerana redho dengan kemungkaran yang ada tetapi tidak mahu perubahan mungkar pada waktu ini akan membawa mungkar yang lebih besar. Oleh itu kita kena sabar dulu, buat persiapan yang cukup dan pastikan perubahan yang dibuat adalah yang membawa natijah yang lebih baik.
Orang yang memiliki kefahaman yang mendalam tidak akan tergesa-gesa dalam melakukan perubahan. Lihat apa yang berlaku kepada Iraq, mereka tertekan di bawah Saddam dan kezaliman Saddam lalu mengundang Amerika untuk bantu dan mereka sokong Amerika, tetapi siapa boleh nafikan bahawa apa yang mereka hadapi hari ini lebih teruk daripada apa yang mereka hadapi di zaman Saddam.
Oleh itu saya menyarankan harakah Islamiah agar tidak gelojoh mendambakan perubahan sebelum tiba waktunya. Dalam keadaan persiapan kita lemah, kapasiti kita lemah, komposisi kita lemah dan segalanya lemah, perubahan boleh mengakibatkan wujud suasana yang lebih mungkar lagi daripada yang ada sekarang.
Seperkara lagi yang perlu kita renung dalam melaksanakan nahi mungkar ialah dari aspek keutamaan. Saya nak tanya, kalau anda bertemu wanita yang tidak menutup aurat, bagaimana anda menilai kemungkaran padanya. Adakah anda akan melihat satu mungkar itu sahaja iaitu tidak pakai tudung atau banyak lagi?
Bagaimana anda lihat dari segi;
1. akidahnya
2. kefahamannya
3. ilmu agamanya
4. ibadatnya
5. suasana sekitarnya
6. dll.
Mungkar mana yang anda akan mula dahulu? Kalau anda sergah dia, adakah dia akan jadi baik atau dia akan benci anda, benci pakai tudung dan benci Islam itu sendiri? Begitu juga kalau kita nilai masyarakat kita hari ini secara keseluruhan, bolehkah kita meyusun tertib mungkar yang ada pada mereka dan tentukan mungkar mana yang kita nak ubah dulu?
Isu yang banyak diperbincangan kini seperti isu mat rempit, kalau kita pacak seorang mat rempit di hadapan kita dan kita bedah siasat akidah, ibadah, pemikiran, ilmu agamanya dan lain-lain, mungkar merempit itu datang ke nombor yang keberapa?
Sebab bagi saya dalam keadaan kualiti agama masyarakat sudah rosak, pendidikan dan pembinaan sakhsiah tidak berlaku dengan betul, apa-apa hukuman hanya boleh jadi rawatan luaran dan sementara seperti rawatan first aid sahaja. Ia bukan rawatan sebenar.
Oleh itu mengubah kemungkaran di zaman masyarakat yang rosak dan telah kembali kepada kehidupan jahiliah ini hendaklah dilakukan dengan penuh kefahaman, bukan secara sembrono sahaja. Mungkar yang dilakukan dalam masyarakat yang faham Islam, cara ubahnya tidak sama dengan masyarakat yang tidak faham Islam sepeti yang kita hadapi hari ini. Kena ikut A, B, C nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perubahan..ana tertarik dengan artikel ni..
ReplyDeleteperubahan yg dibawa mestilah melihat kepada kesan yg akan dihadapi..ye,mmg benar..
pe yg dimaksudkan penulis terlalu 'common' mengenai perubahan..
jika perubahan yg dilakukan itu masih bertentangan dgn hukum syara' bagaimana??
Cth mudah,perubahan dr undang - undang yg dilaksanakan,yg skrg berlandaskan hukum manusia ( dilaksanakan oleh org islam ), ataupun berubah menegakkan hukum islam (jg yg hendak ditegakkan oleh org islam),cuma perbezaan mereka dari segi akidah.Maksud sebenar ana,perubahan yg perlu dilakukan oleh org islam itu sendiri.Sekiranya seorang pemimpin itu islam,perlukah dia relax menjalankan pemerintahan dibwh undang2 sekular or berusaha ke arah penegakkan undang2 islam.