Mari kita sama-sama menyemak hubungan kita masing–masing dengan al Quran. Orang yang paling banyak menceduk hidayah Allah SWT dari sumbernya iaitu al Quran, dialah orang yang taqwanya diiktiraf oleh Allah SWT. Perlu diingat taqwa itu bukan sekadar slogan-slogan sahaja tetapi ia perlu kita buktikan.Firman Allah SWT bermaksud:
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa." (Al Baqarah:2)
Tulisan saya hari ini tidak bercadang untuk merumitkan lagi pemikiran umat Islam dengan memanjangkan lagi perbincangan mengenai hukum orang kafir membaca al Quran kerana kita telah maklum dan membaca serta mengikuti banyak pandangan mengenainya dari berbagai pihak dengan hujjah masing-masing, malah ada di kalangan kita yang ghairah membaca isu ini dari berbagai-bagai surat khabar dan laman sesawang sehingga lebih banyak helaian yang dibaca, lebih masa mengadap internet daripada helaian al Quran dan jangkamasa yang kita habiskan lebih lama dari masa yang kita peruntukan untuk kita membaca al Quran itu sendiri.Tulisan hari ini tidak bercadang membincangkan hukum orang kafir membaca Al Quran tetapi saya ingin mengajak pembaca sekelian melihat hukum orang Islam yang tidak mahu mambaca al Quran, tidak mahu mendengar al Quran, tidak mahu tunduk dengan hukum-hakam al Quran dan tidak mahu mengamalkan al Quran.Saya menegaskan dengan setegas-tegasnya, setiap orang Islam wajib membaca ,memahami dan mengamalkan Al Quran. Firman Allah SWT bermaksud:
"Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al Ankabut 45)
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan Aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), dan supaya Aku sentiasa membaca Al-Quran. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri." (An-Naml: 91-92)
Firman Allah SWT bermaksud: "Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara." (Surah Toha: 123)
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal." (Surah Toha: 124-127)
Malangnya hari ini, umat Islam terkejut dan terkedu apabila melihat orang kafir membaca al Quran sedangkan tawaran kepada umat Islam sendiri dibiarkan begitu sahaja.Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Orang yang mahir membaca al Quran akan bersama dengan para Nabi dan Rasul sedangkan orang yang membaca al Quran secara “merangkak-rangkak” ketika membacanya, baginya dua pahala." (6670 Sahih al Jami’)Umat islam masih tersipu-sipu malu untuk membaca al Quran walaupun ganjarannya begitu lumayan sekali Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Barangsiapa yang membaca satu huruf al Quran, baginya satu pahala, satu pahala akan digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf." (2910 Sunan Tirmizi)Malang sekali umat Islam sudah jauh berpaling dari mendekati al Quran. Golongan dewasa begitu sibuk dengan mencari kehidupan dan harta, tekun mengikuti turun naik saham dan berita sensasi di media massa sehingga tidak sempat membaca al Quran apatah lagi memahaminya, maka kehidupan pun jauhlah dari panduan al Quran.
Golongan remaja pula sibuk mengikuti perkembangan gossip artis, ahli sukan, perkembangan terbaru telefon bimbit dan dunia keremajaan. Sanggup bersengkang mata sehingga jauh malam untuk menonton perlawanan bolasepak tanpa menjelingpun kepada naskah al Quran yang sangat rindu untuk didakap dibuka dan dibaca.Pelajaran al Quran diletakkan di hujung-hujung silibus pengajian formal ataupun tidak formal malah ada cadangan al Quran dibaca dengan tulisan rumi walaupun Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada persidangannya ke-24 pada tahun 1989 memutuskan bahawa haram menulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al Quran, untuk mengejar matlamat agar setiap anak-anak khatam juga al Quran 30 juzu’ secara kosmetik sahaja walaupun dengan membacanya dengan tulisan rumi.Marilah kita kembali kepada al Quran!
sumber;ISMA

Salam,
ReplyDeletesaya suka komentar anda...usia,anak,harta,dosa semakin bertambah dari masa ke semasa, hanya satu yang susah nak bertambah,amalan untuk dibawa mati.....