Sunday, May 17, 2009

dia guru ku

Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
di sebuah sekolah tua di luar kota 
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


agaknya belum terlewat aku nak mengucapkan,selamat hari guru kepada guru-guru yang penah mendidikku.....terima kasih cikgu..

Wednesday, May 6, 2009

ok ke tak,,aku pakai topi?


semalam ade keje kat warta bangi..sambil2 tu ad plak topi aku berkenan..cantik gak,kaler biru n kosong,,ok tak muke aku klu pkai topi..tapi ade yg soh aku pakai kopiah je,,huhuhuhu...

bila kak yun beri kepercayaan!!!

ahaks.....wakakaka...ari ni aku n yob diberi mandat g jenguk-jenguk keta kak yun,,,khabarnye ade masalah batery..ye ke?isk..2 hari lepas rosak lagi myvi ijau tu..xpe xpe......ceritanya bermula mcm ni...

helo bob..ko ada booth mana2 tak?abg saupi pagi2 dah kol aku...aku jwb la,,xdo kemano2 bang....ado dok opis je ha..ha..camtu abg nak mintak tolong kek ko..keto kak yun ko rosak ha..abg tgh kursus ni,,dia dok kol2 abg,,setakat telepon jo la..bukan boleh selosaikan masalah..abg saupi ni suami kpd kak yun..kak yun plak staff emedia..kami mmg mcm satu family dah...sentiasa tolong menolong.....nnt yop masuk kojo,,saya ajak la dia tgk kan keta kak yun tu..sbb saya jalan kaki g keje td..roadtax keto tak idup laei...ok la,,,timo kasih yo..

begitu la serba sedikit pebualan dgn abg saupi..

masuk opis,,aku tny sham,dia bwk keta ke jalan kaki gak,,klu leh aku nak soh dia g jemput kak yun..kesian plak aku bila pikirkan ibu kpd 3 org anak yang lakinya ke kursus tu,,ntah kursus ape ntah...sham pun kol la kak yun..rupanya kak yun da sampai opis,,,ketanya leh jalan,tapi semput-semputlah,,,,ok,,kak yun sampai opis,,,,so dia mintak tolong la...aku pun on kan je,,xpe la,,diakan akak aku,,,walaupun dia suke marah2 aku,,tapi ati dia baik...

pastu aku mintak dia masa,,dimana aku nak membalas emel,,jenguk2 portal n blog,,dan berchating dengan kawan2..biase la aku kat opis ni..hehehehehe....pastu kak yun serahkan kunci keta....

aku n yop pun g la kat keta dia,,,aku masuk n start enjin,,,ok je..aku pun bwk n pusing2 kat tempat parking...sampai la kat tingkat atas,,ahaks...hurmm...sempat lagi bergambar2 kat tingkat paling atas bangunan tempat aku keje ni..pantang ade peluang,,mesti amik kesempatan...ahaks...

so dlm pusing2,,ingatkan keta kak yun tu ok xde masalah..pd teory awalan aku,,biase la org pom bwk keta..ahaks....masa turun dr bangunan,...2 x keta tu mati...n pyh nak start..so aku pun ikut la arahan abg saupi,,abg saupi kata bukak batry n g cas..aku pun wat la dgn yop...heheh..

pastu masuk opis smula..cerita kak yun...bengang je dia..aku n yop mempergunakan keta dia,,ahaks...

sekian.....

Tuesday, May 5, 2009

emakkkkkkkkkk


Orang kata aku lahir dari perut mak.. 
(bukan org kata...memang betul)  
  
Bila dahaga, yang susukan aku....mak  
Bila lapar, yang suapkan aku....mak  
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak  
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak  
Bila nak bermanja, aku dekati....mak  
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak  
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak  
Bila nakal, yang memarahi aku....mak  
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak  
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak  
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak  
Aku selalu teringatkan ....mak  
Bila sedih, aku mesti talipon....mak  
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak  
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak  
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak  
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak  
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak  
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak  
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak  

Yang selalu puji aku....mak  
Yang selalu nasihat aku....mak  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak  
   
Aku ada pasangan hidup sendiri....  
   
Bila seronok, aku cari....pasanganku  
Bila sedih, aku cari....mak 
   
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku  
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak  
   
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku  
Bila berduka, aku peluk erat....emakku  
   
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku  
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak  
   
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu" 
   
Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 
   
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon mak 
   
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku  
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak  
   
Renungkan:  
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?  
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......  
   
Tapi kalau mak sudah tiada....... ... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....  
   
  
  
  
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... . 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama. 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. 


Hargailah emak semasa dia masih ada...

sumber;dr emel kawan.....

Monday, May 4, 2009

Usah Risau Jika Belum Berpunya...

Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."

Sumber: Blog ISMA Kedah

Tuesday, April 28, 2009

mereka dari kaca mata ku...

assalamualaikum,,aku tak keruan lepak kat umah,,so aku g cc,,ade benda yang aku nak coretkan,hurmm...ape ek...aku teringatkan sahabat dan sahabiah aku yang aku kenali di ukhwah.com....perkenalan yang singkat,,tp membuahkan persahabatan yang seperti kenal yang lama kemesraannya..mari kita tgk,,sape yang kene...ahaksss.....ini dari pandangan pribadi aku,,bukannya semua yang aku ceritakan,adalah itu orangnya...maafkan aku jika aku tersalah menilai antum semua....

nama beliau mohd firdaus,bapa kepada seorang anak yang bakal mujahidah yang solehah,aku lebih mengenal beliau dengan nama khalifah,beliau berasal dari batu pahat,tak sangka bermula perkenalan aku di jk ulangtahun ukhwah ke 5 menemui bibit2 persahabatan yang boleh aku anggap macam abg n adik,kadang2 ketelatahan beliau agak sama dengan aku,tak mustahil la ada sesetangah senior2 ukhwah mengatakan aku khalifah junior,,sikapnye yang sentiasa terbuka dalam segala hal membuatkan aku senang mendampingi beliau ketika aku memerlukan nasihat,,terima kasih bang..suami kepada kak mar yang juga dikenali dengan nama rumaisha,pasangan suami isteri ni antara sepasang suami isteri yang komited dalam perjuangan ni.kadang aku penah lepak dgn dia sampai kul 2 pg...heheh..tak kering gusi la jika aku n dia bertemu..semoga ukhwah kami berpanjangan sampai bila2,,biar maut hny bisa memisahkan kami...semoga abg firdaus dan kak mar bahagia hingga ke akhir hayat,,dan izzah dapat adik-adik yang ramai...ahakss.....bukan sikit pengorbanan mereka suami isteri utk ukhwah,,yang berkenaan,,hargailah mereka..

nama mamat ni plak,,izza zulkifli,lebih dikenali dengan nama prof muslim,mula perkenalan aku dengan dia masa pesta buku antarabangsa tahun lepas,keramahan dia wat aku ilang segan dengan team2 ukhwah yg lain.dan pkenalan kami lebih akrab setelah pertemuan di jk ulangtahun ke5 ukhwah di putrajaya..prof muslim ni berasal dr terengganu..berkerja kat kuantan..tapi jika ade jk,,dia akan turun..komitmen dan kesanggupan beliau utk ukhwah,,membuatkan aku tersuntik semangatnya,insan yang bersemangat dengan memperjuangkan produk halal ni seorg yang masih bujang.kalau tak salah,masih mencari..ahaks..(sory ye prof,,jgn marah).....aku ingat lg,,ade satu ketika beliau penah tido kat umah aku.,dan kesempatan itu kami membincangan kulit majalah untuk ukhwah..gaya mmg mcm seorg profesor,,sambil memicit kepala,,dan mundar mandir dibelakangku,,membuat aku tersnyum melihat dan teringat perbuatan dia..ahaks..tapi gelagat nya yang aku tak penah lupa ketika game di jk ulangtahun ukhwah k5..ahaks...punya la seksa dia nak menyampaikan ayat IBU MERTUAKU,,,,mcm2 gaya dia wat bg maklumat sampai kepada ahli pasukannya..dan akhirnya mereka tewas,,hahahahahhaha.....lelaki yang murah dengan senyuman ni,,pun aku anggap sbg abg aku..sedia membantu...insyaAllah,,kita tetap bersaudara....

lelaki ini kurang aku kenali,,tp kira akrab gak,,seorang yang suke dgn kritikal thinking,,,sukekan programing,camera,dan gadget2 yang best....graduan yang berkelulusan um ni bernam sirat mustakim..namanya terdapat dlm ayat surah alfatihah..tp lebih ku kenali dengan panggilan sirat.kehadiranya di pentas forum ukhwah memang boleh mengelirukan junior2 ukhwah akan statuskan..adakah dia seorang muslimah ataupun seorang muslimin?ahaks.....takpe takpe,,akan ku bongkarkan...di sebabkan avatar yang dia gunakan avatar seorang muslimah,,dan nama sirat itu ada plak yang memanggil dia kak sirat..dan kami yang mengenali siapa sirat..membenarkan pemalsuan berkenaan...huhuhuhu...lantak ko la sirat...beliau masih bujang..mayb bakal dimiliki.tp masih menjadi rahsia siapa yg bertakhta dihati dia...semoga dirimu sukses...ok insan seterusnya...

ikram zul fadzli,,ni la nm yang mengikut kad pengenalan dia..anak kelahiran pulau mutiara ini cukup2 komited dengan ilmu.,kadang-kadang ade topik perbincangan dengan dia wat aku ketandusan ilmu dan idea...insan yang aku lebih kenali dengan nama trouver ni seorang masih menuntut di cyberjaya di MMU..bebanan tugas sebagai student bukanlah halangan beliau untuk terus meraih ilmu sebanyak mungkin,.,mana ade kuliyah agama di masjid..ade la muke dia..ade la hebahan dari,kekuatanmu dalam mengajak adalah tinggi sahabat ku..topik yang selalu aku discuskan dengan dia adalah kesufian,,dan topic yang aku kurang dan perlukan dia gk,,adalah isu wahabi...walaupun berkelulusan dalam multimedia,,cita2nya adalah dalam bidang perniagaan..satu cita2 yang aku kagumi..semoga ko berjaya sahabat..insyaALLAH..trover ni pun masih mencari...so klu sape2 yang berkenan dengan beliau,,jgn segan silu la ye,,,hahahah,,pandai2 je aku ni..kang kn cepuk plak aku kat dia...jgn marah ram..bukan ko tak kenal aku..ahaks....usia mudanya mmg dia tak sia2kan....teruskan mencari ilmu,,bekalan akhiratmu...seiringkanlah ilmu dan amalmu.....semoga berjaya sehabat...

lelaki bujang yang aku anggap mcm adik aku ni..hurmm....shafiq namanye..dia yang menggap dirinya comel ini memang mempunyai kenakalannye,lebih dikenali sbg owl_um di portal ukhwah..setiap postingnya dengan keadaan yang tak tentu arah bahasanya,,tp mengiburkan sesekali..kadang2 au tersnyum teringatkan sikapnya yang kebudak2kan...insan ini yang aku cukup suke bg sound direct dengan kata lain sound topek,,kadang2 aku kutuk2 dia depan..jangan marah adikku,abgmu hny bergurau cuma.sebut je jk ape,,sebolehnya dia akan turut serta..mmg yang rajin bg komitmen...semoga ko istiqhamah owl dalam semua ni...lupa plak,...perkenalan aku dgn dia ketika pesta buku thun lps..dan perangainya yang aku dapat analisis ketika jk ukhwah k5..tp dlm knakalan insan ini...dia masih lagi insan yang baik hatinya...perhatiannya terhadap remaja2 skang..(weh,,aku tak la nak cite pasal ko...dah la..)

azrul bin ali....hause mate aku,,tu tgh demam tu kat umah..kesian kesan radiasi semasa pesta buku..ahaks...xpe,,demam ni,tanda Allah bg ko rehat rul...ok x?ok masa mula kenal dia ni,,aku tak tau pun dia warga ukhwah..masa tu aku jual buku kat pkns shah alam.,,beria2 aku terangkan pasal buku,,pastu dia cite dia mengangur,,aku ajak keja kat emedia..setelah sekian lama dia kn kat emedia tu,,baru la aku tau dia salah sorg warga ukhwah..dia ni pendiam ckit..tp ok la..seorg yang bersemangat dan kreatif..klu tak percaya tgk la blog dia...mmg istiqhamah dgn masjid,,dgn tema masjid hidupku..antara sebab2 dia masih utuh di masjid dan di seimbangi dgn dunianya..klu masuk bilik dia,,poster2 ulama2...dan buku2 para ilmiah mmg byk dalam bilik dia..anak muda yang berjiwa seni ini kadang2 aku hangin gak,,,,dah masuk bilik air tu..tutp la air ketat2...hehhehehe,,,itu bukan isunya,,ahakss...walaupun kami serumah,,satu bilik air yg dikongsi,,tapi tak byk aku tau ttg dia...

mohammad azhar..memang budak baik....hensem pun nye mamat ni..penah berkerja di emedia seketika dlu....skang jd ustaz..kejenye di emedia dlu,,membolehkan aku mengenalinya lebih rapat..santunnya yang pemalu..dan insan yang suke berjemaah....masanya tak dihabiskan dengan leka je..alquran di capai...dan terus menelaahnya...bertuah sape dapat dia ni.bukan niat aku nak memuji sikap dia,,,tp aku arap adik2,,remaja2 di luar sana berkeinginan mencontohi beliau....popular dengan blognya yang bertemakan AKAN KU TEMPUH JALAN INI,,dan mengunakan nama penanya mohd irsyadi terus mengorak langkah meluruskan apa yang bengkok...tp jgn bg dia gelak,,aku penah wat lawak dengan dia,,naik kelakar plak aku gelakkan dia..aku gelak bukan lawak yang aku wat..tp gelakkan dia sbb gaya dia ketawa...mcm dah lam tak gelak..ahakss......ok...

seterusnya..aku nak ceritakan seorg lagi sahabat aku...nama dia muzaffar,,tp lebih dikenali sbg mujahid007...aku kira rapat la dengan dia...ape ek nak cite ttg dia?ahaks...takde ape kot...ahaks..yang penting kwn aku sorg ni cukup tabah dalam idupnya..ujian yang bertimpa2..membuatkan dia lebih matang..itulah rahmat disebalik ujian...pemilik kereta myvi kaler silver ni...dah berpunya..dan tgu masa je..tp tak tau bila..tunggu je la..



dan ini waris negri aku,,marul...ahahahaa...jumpa baru skali..tp kwn mcm dah lama..org n9...klu aku online ym,,grenti ym dgn dia..insan yang bercita2 nak jadi hafiz ni..sungguh istemewa,,aku suke kwn dgn dia...dgn gaya yang rilek n sempoi,,dan yang aku xleh terima sbb jambang dia lagi cun dr aku...huuu jeles siot......bekas graduan uum ni,,rajin gak berdiskusi dgn aku hal2 agama,,mmg best..dia pun tak lokek ide n ilmu utk dikongsikan..ingatannya thdp aku ,,akan ku phm di sanubariku demi menhadapi pancaroba norma-norma kehidupan..ahakss.....ok la rul..xnak puji ko lobeh2,,,nnt kjo kombang..ahaks..


tak adil bagi aku nak ceritakan muslimin sahaja..sebab sahabiah juga tak ku lupakan..mereka juga adalah pendoa2ku...ok aku mulakan dengan seorg muslimat yang mmg cukup tegar..ade yang ckp,,dia bosan kalau takde aktiviti...tegas orangnya..tapi lembut penampilannya...dia la simple shida..atau nm dlm ic nya nurul asyidah johari...mujahidah ini bekas graduan uum...dan skang mengajar di skolah area2 kl la gak...insan yang lahir di melaka ini cukup tenang dalam mengepalai aktiviti....90% aktiviti yang dia handle,,berstatus berjaya...walaupun nama dia gah di ukhwah dan nisa'....tp dia ttp sesimple orgnya...walaupun aku ni gila2 dengan lawak nye..tp dengan dia aku agak khuatir,,takut2 kn sound topek..ahaks,,,,kadang2 raut wajahnya menggambarkan masalahnya..tp senyuman dia memadamkan segala yang tersarang dihati..aku cukup respect dgn kak shida..semoga terus aktif dlm perjuangan...dan aku pinjam kata2 dia.."selamat berjuang!!!"

ni la kak mar,,ibu kepada ainul izzah..zaujah kepada abg firdaus..kadang aku suke nyusahkan dia,,klu ade masalah,,aku rujuk kat psgn ni...selalunya nasihat yang kak mar bg,,aku akan dengar n ikut..,,kakak ini berasal dari terengganu..seorg guru...dan dia pernah memberi kepercayaan kpd aku sbg ketua faci memimpin LAPES dahulu,,aku tak penah jd ketua2 ni..bekas graduan uia dalam sains politik ni..mmg pandai mengunakan psikologinya..aku nampak kelebihan dia ni ketika berinteraksi dengan muridnya....dan tak mustahil juga izzah boleh mewarisi bakat umminya..insyaAllah....

dan akak yang aku sayangi....kak yati.lebih dikenali dgn sadiqah....muslimah yang berasal dr tawau ni cukup2 best..tapi kdg2 garang..risau gak nak wat lawak sengal dgn dia...pemilik viva ijau ini seorg yang disenangi oleh adik2nya di ukhwah....amik berat kat adik2nya..sejak aku knl dia,,sampai skang ni la..aku tak pernah belanje dia..dia je belanje aku..bila aku nak byr dia ckp tak payah..ahaks...klu blanje aku sorg je takpe..tp dia blanje kwn2 yang berada disitu....murahnya hati dia..dan lapangkanlah gak rezki dia..dia antara muslimat yang tegar dalam menjayakan aktiviti..kadang2 sanggup amik cuti,,bukan sedikit masa yang dia luangkan utk ukhwah selama ini....aku lebih suke tgk dia tersnyum,,,dr bermuram durja..sbb klu dia diam je,,mcm dia marah kat aku,,...aku xleh bsangka dia bgitu,,tp kak yati seorg yang baik...kami adik2,,sayangkan akak..ahaks..

ni dia wan shye...nm btol dia aku tak pandai nak eje..org lain paggil dia shye je..aku tak kira..aku nal panggil dia cik wan je..ahaks....kenal dgn dia agak lama dah,,tp xpnh bertegur sapa...pertama kali btegur sape mas jk konvo kat um...ahaks..aku sangkakan dia garang..tapi alahai,,lombut eh org nye....insan yang menetap di kuala lumpur ini bekas graduan UM..hobi dia memasak..klu aku baca blog dia,,mesti ade kisah dia wat cake la..masak ni la...masak tu la..dah minat ye cik wan,,hentam sajalah..dia bkn shj berkebolehan memasak..tp pandai gak menasihati n menjadi tempat penyelasaian masalah,,tak kira la mslh ape,,,termasuk maslh umah tangga pun dia brusaha menyelesaikannye..ahaks....tulisan dalam blognye gak ade keistimewaannya...aku suke gak bc hasil karangan dia dlm blog....kadang mencuit hati..hahh..ni sorg lg muslimat yang tegar dalam menjayakan aktiviti....tahniah...

hahh akak yang tinggi lampai ni...nm dia siti shairah...aku suke usik dia...perkenalan pertama kami ms jk di rabeka..dia langgar keta aku,,,pas tu berusaha memohan kemaafan dari aku,,tak sangka plak pas kes tu kami jd akrab....mcm gak aku suke usik kwn2 aku..dia pun tak terlepas dari usikan nakal aku,..ahaks.....tapi kesibukan dia menghalang kak siti ni turut serta dalam mana2 aktiviti..kesian dia..tak pe...nnt dah tak bz,,join la...ape lg ek....sikapnye yang rajin bertanya dalam hal2 agama..membuatkan dia seorg yang bersyariat..itulah sikap yang patut ada di setiap muslimat....ingat tu muslimat di luar sana,,jgn malu beragama,,jgn malu bertanya..tak rugi..ape yang mampu aku jwb,.aku jwb la...tak mampu,,aku ngaku aku xtau nak jwb n luar disiplin ilmu aku...camtu la adenye....ok xmau cite dia byk2..kang dia marah puji dia.bukn nak puji...tp sikap yg baik tu adalah dakwah gak kan?

insan ni,,mmg tegas...nm dia srikandi khaulah..nama betul dia,,wani..aku suke kwn dgn mak dia,,hahhaha....dengan anak dia aku tak suke kwn..dgn mak dia best kwn..ahahaha...penah skali aku oferkan diri nak tebas rumput umah dia,..nasib sabit xde..klu ade.dah aku tebaskan..ahaks,..ni aku nak cite mak dia ke or dia..ok la..muslimat yang berdarah jawa ni cakap mmg laju..tp tegasnya dlm beragama..menjadi lambang kelembutan muslimat itu..hampir semua muslimat di ukhwah mempunyai ketegasan,,tp lembut itu menjadi menjadi hiasan bg mereka.dia ni muslimat yang tegar dalam aktiviti2,,baik ukhwah mahupun nisa,,ade je muke dia...aku tak knl sgt psl wani ni..aku klu borak dgn dia...ko aku je..xde ber ana enti pun..sempoi n zasss....sape yg nak tackle dia..lupakan la...kang lebam bijik mate...ahaks...wani yang aku kenali setakat ni...mmg pandai wat nasi goreng..hahhaha...aku rasa bukan bukan ramuan nasi goreng la wat masakan tu sedap,,tapi beras yg dia pakai kot,,hahak....aku n tunang ku,...memang rajin bertandang ke umah dia,,,sbb tu suke kwn dgn mak dia...halalkan makan minum aku ye wani..aku byk kenekan ko..ahaks...

errrr........sekadar gambar hiasan....ahaks..xpyh cite,,,,


itu la insan2 yang agak rapat dengan aku...dikesempatan ini,.aku mintak maaf byk2..sbb jika ade yang tersinggung dgn tulisan ini..maafkan la...dan ade yang nak cite dia aku padamkan...bgtau or sms la aku....masing2 ade no aku kan?bukan niat aku nak memuji or mengangkat insan2 ini,,just cume aku nak adik2,,akak2,,dan abg2 diluar sana meneladani mereka..mereka insan biasa gak,,mcm gak aku..tapi mereka ade keistimewaannya...sebab tu kami masih lagi mampu bersahabat....ok?
dikesempatan ini,,aku memohon maaf kpd kwn aku..spt daeng jati,muslimin23,ziyah,,kidot,,dan beberapa lagi insan yang istimewa ni,,aku tak xdpt nak citekan..sbb kesuntukan masa..akan datang la ye..yang penting,YANG BAIK KITA TELADANI,,YANG BURUK KITA JAUHI,,jangan sempadankan yg buruk,,klu sempadan ni..klu xde kwln ketat..leh masuk..ahaks..pahm2 sudah

wassalam...

Monday, April 27, 2009

berbual dengan hewan

sila click pic utk dapat visualiti yang lebih memuaskan..