Tuesday, April 28, 2009
mereka dari kaca mata ku...
Monday, April 27, 2009
Sunday, April 26, 2009
ape cerita di pesta buku...
seperti tahun-tahun sebelum ni,KLBF mmg menjadi agenda yang ditunggu-tunggu oleh semua penerbit buku di Malaysia,malah penerbit diluar negara pun sama terlibat..alhamdulillah,,tahun ni,adalah tahun kedua aku melibatkan diri dalam pesta buku sebagai peserta mewakili publisher emedia..dan..saatnya..bermula hari jumaat iaini hari pertama lagi,orang memang ramai,tapi biasa la,,,hari pertama adalah hari cuci mata bagi pengunjung-pengunjung di pwtc tu.sbb hari pertama tu survey2 je...dan sabtu plak..huuuuu mmg ramai gile,,aku naik pening n serabut tgk lautan manusia di dalam dewan tu..dengan keadaan sesak...cukup menyesakkan..kami peserta kena la tahan..pengalaman lalu mengajar aku handle keadaan seperti tu...(pehal ayat aku skema ni,huuu....)
ok aku start cerita tentang hari ahad,,aku ingat lagi tahun lepas,,dimana aku dipertemukan dengan warga-warga ukhwah...dan tahun ni..aku mengoferkan diri berusaha mengumpulkan semua warga-warga ukhwah untuk turun KLIBF 09..alhamdulillah..dorg turun gak,,cume,,kaler maroon tak menepati tema kali ini..huuu..xpe yang penting antum semua turun..spesel thanks kat sirat,muslimin23,owl_um,daeng jati,sailormoon,kwn2 sirat dari mn ntah,trover,,dan tak ketinggalan jugak kepada team2 muslimat,,biase la muke2 tegar dalam mana2 aktiviti..kak sadiqah,,shye,,srikandi khaulah(mcm name madu,..ahaks,,),,nur kesucian,,ismi atikah,,ummu safiah,dan tak aku lupakan,org kuat ukhwah,,kak simple shida..tp aku rasa ade name yang tertinggal la..sape ek??hurmmmm......haa....ardani...baru ingat..lupe plak yang dia antara insan yang awal hadir untuk aktiviti jj (jalan-jalan)ni..
aku pun tak dapat sertai dorg g bershoping buku sangat,,sbb aku ade tugas yang perlu aku pikul..so aku hapy tgk dorg menziarahi aku di booth....terharu?huhu sebenarnya aku malu,,n jeles,,tak dapt join dorg memborong buku..huhuhu....tapi takpe...aku tak heran la...(ayat jeles,,huhuhu)....thanks shye,,dtg kat booth sy,,sy xreti la majuk2 ni,,ahaks..
sebenarnya bebarapa ukhwahrian dah datang pada hari pertama lagi...nama-nama seperti kak simple shida,,little muslimah,,kak hanan(cik presiden),,kak istisafa,,halesolurun(btol ke ejaan ni?),,n kang dah jalan2 ke pwtc tu..dan kehadiran tak sangka-sangka kak nurkamar bsama suaminya abg shinfey de pun singgah kat booth aku...tu belum lagi are pis dengan isterinya,,terserempak..tegur la..ahaks.....
ok berbalik cite sekitar jj pesta buku ahad lepas..pas dorg shoping,,g mkn la plak..lm aku tak g mkn dgn org secara berjemaah..sambil makan borak2 ckit isu2 yg ade kene mengena dengan kami semua,,aku yang bz yang tak sempat chek emel..diberitahu oleh sahabat2 ukhwah,,ade sahabat kita merajuk...hek eleh....bleh plak mamat tu majuk,,ala setakat dengan member2 ukhwah nak majuk...blah la..(kasarnye aku,,huhuhu)..aku ckp kat owl,,ala owl biarla dia majuk,,dia bukan penting pun,,wakakakaka...sama gak dengan ko..ko ade ke xde ke owl..program ttp berjalan,,hikhikhikhihikhi.....
selesai mkn,,aku kuar n g tunaikan kewajipan sbg hambaNya,..dan sambung keje smula..mari2 meh beli buku....
tahun ni..aku rasa amat bertuah...dapat tgk direct tuan guru nik aziz nik mat,,seorg ulama yg aku kagumi....dia dtg ke klibf utk merasmikan buku zaujahnya,,BIDADARI DARI TIMUR..huu...best gak buku tu,,bagi kaum muslimat elok la beli..dan hari berikutnya,,hal yang aku tak sangka2...tuan guru hj awang hadi pun turun ke pesta buku..untuk merasmikan pustaka buku nufair...sempat la bergambar n bersalam dengan ulama tersebut...heheheh....pastu tgh lepak-lepak kat booth...isteri syiekh fuad dtg membeli quran digital...dan tak lama pastu azrul tegur aku,,yeid,,syiekh fuad kat belakang ko tu..aku toleh..terkejut...aku salam..bertanyakan khabar dan bertanyakan sikit2 hal kegiatan dakwahnya,,,ulama dr negeri kelahiran aku ni memang mewah dengan senyuman,riak wajahnya cukup menenangkan...
esoknye pulak,,pagi2 aku akan ke surau la..ms nak g surau terserempak dengan seorg lagu ulama..mufti perak dato harussani...terus salam dan bertanyakn khabar......isk..best btol n teruja bila dapat bertemu dengan ulama-ulama ni....
dan kesempatan aku berada pesta buku,,aku berdekatan dengan booth jundi resouces,,iaini pengarah urusnanya ust riduan md nor...di kesempatan itu aku berbincang n bertanyakan hal2 tentang gerakan2 islam di dunia ni,,penulis yang rajin dgn hasil karya perjuangan ini tak lokek memberi ilmu dan idea...dan kami pun bersahabat....dia hadiahkan aku beberapa buku setelah aku membeli buku2 hasil karangan beliau....syabas ust riduan...
aku pun dah akhir-akhir pesta buku ni,,aku sempat amik kesempatan,,beli buku dgn harga kwn2,,ahaks...hasil persahabat dgn bos2 besar penerbit buku,,aku mmg dapat harga berlainan dr org lain..hehhee..so aku borong la buku,,aku bersyukur sangat,,rezki jual quran digital membuatkn aku berkemampuan membeli buku-buku yang aku minat..klu ikutkan belum gaji lg..so mmg takleh beli pun,..tp janji Allah utk membantu hambaNYA yang ada selitkan hajat,,DIA tetap membantu...dan aku dapat la beli bebrapa buah buku...
dan semalam pesta buku dah pun berakhir.....kepada kawan di publisher2 lain..jumpa lg akan dtg....insyaAllah...
special thanks....untuk mak,,mak,,mak dan ayah,,,kak long,kak ngah,,adik,,husna,,,kak sadiqah,,kak mar n abg fir,,sentiasa mendoakan dan memberi semangat dan nasihat kepada diri ni..terima kasih sangat,,,hny Allah akan membalas jasa kalian..
Saturday, April 25, 2009
Pelajaran dari Gaza untuk Kaum Wanita
Alhamdulillah malam Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.
Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.
Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.
Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.
Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.
Apa yang kita dengar dari berita:
1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.
2. Seorang wanita mengatakan: “Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi).”
3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: “Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali.”
4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.
Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: “Hai kamu masih hidup ya?”
Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.
Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama’ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.
Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.
Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.
Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:
1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka
Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.
Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.
Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.
Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:
1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana “stress” atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.
2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.
3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.
Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.
Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.
Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.
Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.
Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..
Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.
Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.
Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang baru.
Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.
Oleh Wan Ahmad Sanadi,
Ahli ISMA Shah Alam-Klang
Tuesday, April 14, 2009
Bila Orang Kafir Mula Baca Al-Quran...
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa." (Al Baqarah:2)
Tulisan saya hari ini tidak bercadang untuk merumitkan lagi pemikiran umat Islam dengan memanjangkan lagi perbincangan mengenai hukum orang kafir membaca al Quran kerana kita telah maklum dan membaca serta mengikuti banyak pandangan mengenainya dari berbagai pihak dengan hujjah masing-masing, malah ada di kalangan kita yang ghairah membaca isu ini dari berbagai-bagai surat khabar dan laman sesawang sehingga lebih banyak helaian yang dibaca, lebih masa mengadap internet daripada helaian al Quran dan jangkamasa yang kita habiskan lebih lama dari masa yang kita peruntukan untuk kita membaca al Quran itu sendiri.Tulisan hari ini tidak bercadang membincangkan hukum orang kafir membaca Al Quran tetapi saya ingin mengajak pembaca sekelian melihat hukum orang Islam yang tidak mahu mambaca al Quran, tidak mahu mendengar al Quran, tidak mahu tunduk dengan hukum-hakam al Quran dan tidak mahu mengamalkan al Quran.Saya menegaskan dengan setegas-tegasnya, setiap orang Islam wajib membaca ,memahami dan mengamalkan Al Quran. Firman Allah SWT bermaksud:
"Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al Ankabut 45)
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan Aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), dan supaya Aku sentiasa membaca Al-Quran. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri." (An-Naml: 91-92)
Firman Allah SWT bermaksud: "Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara." (Surah Toha: 123)
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal." (Surah Toha: 124-127)
Malangnya hari ini, umat Islam terkejut dan terkedu apabila melihat orang kafir membaca al Quran sedangkan tawaran kepada umat Islam sendiri dibiarkan begitu sahaja.Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Orang yang mahir membaca al Quran akan bersama dengan para Nabi dan Rasul sedangkan orang yang membaca al Quran secara “merangkak-rangkak” ketika membacanya, baginya dua pahala." (6670 Sahih al Jami’)Umat islam masih tersipu-sipu malu untuk membaca al Quran walaupun ganjarannya begitu lumayan sekali Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Barangsiapa yang membaca satu huruf al Quran, baginya satu pahala, satu pahala akan digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf." (2910 Sunan Tirmizi)Malang sekali umat Islam sudah jauh berpaling dari mendekati al Quran. Golongan dewasa begitu sibuk dengan mencari kehidupan dan harta, tekun mengikuti turun naik saham dan berita sensasi di media massa sehingga tidak sempat membaca al Quran apatah lagi memahaminya, maka kehidupan pun jauhlah dari panduan al Quran.
Golongan remaja pula sibuk mengikuti perkembangan gossip artis, ahli sukan, perkembangan terbaru telefon bimbit dan dunia keremajaan. Sanggup bersengkang mata sehingga jauh malam untuk menonton perlawanan bolasepak tanpa menjelingpun kepada naskah al Quran yang sangat rindu untuk didakap dibuka dan dibaca.Pelajaran al Quran diletakkan di hujung-hujung silibus pengajian formal ataupun tidak formal malah ada cadangan al Quran dibaca dengan tulisan rumi walaupun Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada persidangannya ke-24 pada tahun 1989 memutuskan bahawa haram menulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al Quran, untuk mengejar matlamat agar setiap anak-anak khatam juga al Quran 30 juzu’ secara kosmetik sahaja walaupun dengan membacanya dengan tulisan rumi.Marilah kita kembali kepada al Quran!
sumber;ISMA
Monday, April 13, 2009
Thursday, April 9, 2009
Wednesday, April 8, 2009
satu ketika....
semalam bosan-bosan dok umah aku amik album,,tengok kembali gambar lama-lama...ahaks..macam tak percaya je,,aku ke ni?itu beberapa tahun lalu la..ketika tingkatan 5..ahaks..so belek punya belek,,timbul idea nak ceritakan sesuatu kat dalam blog ni...ahaks..malu la.....tapi tak pe...malu pada tempatnya..hiyarkkkkkk.......
ni pic aku n kak long aku..aku lupa tahun bila..tp yg pasti time raya la...aku jarang bergambar dengan dia..dan klu nak tau..yg baju putih tu aku la..agak berbeza dri skang kan?ahaks....amacam sejibik tak muke aku n kak long aku?
ni plak pic aku kat langkawi,,,tak salah aku time aku tingkatan 4..isk,,,kurus plak ek...skang knp berisi sikit?sikit ko ckp umar??berisi banyak tau tak,,kata farid kepada umar...huhuhuhuhuuu..tak pe la...berisi tu tanda cukup makan...ahaks...
ni plak pic aku kat dalam bilik aku...aku memang seorg kipas susah mati kartun satu ketika dahalu..dan pic ni klu korg nak tau,,penah masuk majalah utopia tau....ramai gile nak berkenalan,,siap anto surat lg,,ahaks.....time tu la,,skang sape la yg nak berkenalan dengan aku,.,.,.huhuhuhuhu....xpe..dah ade org yg syg..ahaks...
ha ni plak pic aku dalam bilik kat kampung...stailo tak?muat plak aku rembat baju kak ngah aku...ahaks...ade beza tak muka aku dahulu dan skang?takde la byk bezakan??dulu jambu sikit,,time skolah,,mn leh simpan janggut n jambang cam skang....heh..
ok kita pergi ke pic seterusnya,,,ha ni pic aku dengan roomate aku kat hostel sekolah teknik kajang...dr kiri labu(da kwin,anak sorg),ajis(jurulatih plkn),aku...dan farid ramli(tak dpt dikesan)...kami ni lah kira rapat kat hostel bilik 3....pic ni aku amik time org semua tgh prep kat bwh,,aku berempat naik bilik,,dok bergambor,,dan sampai skang aku n ajiz tu gile bergambor,,ade je posing2nya...ahaks...
ha ni plak zaman era permotoran aku,,,yang pakai jaket 2,,nama dia padil,,,sambil berlagak lepak kat motor aku,,cis,,cis dan cis...menyamar ek,,,padil ni dah kwin da pun...yg pegang pinggan tu,,add,,,time ni bgambar depan umah add tu la,,,dia tgh mkn,,kami dtg,,ajak berkonvoi,,g jalan2...tp dia xdpt ikut...hurm,,,dok la umah add....
ha ni plak jamuan akhir bg kami student form5 kelab sejarah..cari la mana aku?ahaks.,....muslimat yang kat depan aku tu,,member baik aku mase skolah dlu..tapi dah lama lost contact...ape la citenya skang ek..dah kwin ke?anak berapa?hurmm,...moga2 dia dah berjaya...smua dlm pic ni..aku tak tau ape dorg wat skang,,kj mana...khabar mereka pun aku taktau...lost contact dah.....camner la aku nak invite dorg nnt ek,,time walimah aku nnt....
haaa...ni pic yang menjadi sejarah dan kesayangan warga corrum85,,dah macam band of corrum85 plak gaya masing2...hurmmmm gambar candid...kalo korg nak tau,,pic ni masa raya kedua...ade gilenye kami g sagil(gunung ledang) time raya kedua..ahaks......g mandi air terjun.....semua yg dlm gambar ni...adalah member aku dr tadika lagi,,rindu kat korang...time ni semua pakai motor lg...skang dah semua berkereta....enjoy time ni...
haa...ni la bini pertama aku dulu...WEK 1591,jenis yamah TZM 150cc...tapi dah jual dah,,,sbb mmg badi kot,,satahun 3x aku menyembah bumi.....tapi aku syg sgt motor ni...bukan cikit duit aku nak dapatkan dan nak peliharanya..klu korg nak tau ,,ekzosnya baru tukar tau,,aku pakai yy pang ms tu,,bunyi mmg sedap,,,enjin mmg da bikin,,huh...jiwa motor lagi ke aku ni.,.,.dah la bwk2 la bertaubat....huhuhuhuhu
ni la yang aku dpt kongsikan...cukup la sekadar ini buat masa ini...sebarang komen boleh di lontarkan dlm blog ini k...ahaks....sekian dr sy...umar khalil al palongi.....
p/s;klu nak tgk pic besar..click kat pic k..